Tuesday, November 19, 2013

Erdogan : Tidak akan ada satu kuasa (pimpinan) pun di dunia ini yang mampu melawan Turki

Perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata dengan kuasa Allah dan kemampuan yang Allah berikan kepadanya dalam menguruskan politik di turki bakal menjadikan Turki sebuah negara yang agung, dan tidak akan ada mana-mana kuasa yang mampu menandinginya.

Beliau menambah lagi bahawa satu asas penting yang dijalankan oleh politik kerajaannya adalah menjaga kebajikan semua tanpa meletakkan sebarang perbezaan atau meminggirkan mana-mana inividu atau wilayah.

Ucapan Erdogan telah disampaikan di sebuah majlis pembukaan beberapa buah projek yang dilancarkan di Stadium Bandar Erghani di wilayah Diyaar Bakir yang dihadirinya semalam.

Katanya lagi sepertimana yang dilaporkan oleh wakil berita Anadhol Turki, bahawa dengan izin Allah, tiada satu pun dari penguasa dunia yang akan mampu menandingi Turki dan kurun ke 21 akan menjadi kurun kegemilangan buat Turki. Kami sebagai pemegang tampuk pemerintahan kerajaan ini sedang menuju ke arah menjayakan misi tersebut.

Beliau menegaskan bahawa di Turki tidak pernah berlaku peminggiran atau pengecualian ke atas sesiapa sama ada atas dasar bahasa, mazhab atau asal-usulnya. Maka, negara Turki adalah negara untuk semua warna, asal usul dan kepelbagaian rakyatnya, kesemuanya akan mendapat layanan kelas pertama dengan sama rata.

Dengan izin Allah melalui sokongan dan doa dari kalian semua, kita semua akan mencapai kemakmuran.

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

No comments:

Post a Comment