Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.
Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang. - 16 September, 2013.
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment