Wednesday, May 23, 2012

NASIHAT KEPADA PENGGUNA i-RAKYAT SUPAYA BERWASPADA TERHADAP PENIPUAN INTERNET BANKING



Impak Penipuan Internet Banking
Pengguna kehilangan wang deposit tanpa disedari dan akaun pengguna dijadikan pengantara atau mule untuk money laundering.

Modus Operandi – Phishing Melalui E-Mel

Pengguna menerima e-mel daripada fraudster yang seolah-olah datang daripada Bank Rakyat, di mana pengguna diperdaya untuk mendedahkan maklumat peribadi atau internet banking dengan menghubungi nombor telefon yang diberikan (bukan nombor Bank Rakyat) atau klik pautan (hyperlink) ke laman web palsu (URL selain https://www.irakyat.com.my/).

Contohnya, pengguna menerima e-mel yang mendakwa dihantar oleh pihak Bank Rakyat, atau daripada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM), yang mengatakan bahawa:

1. Maklumat peribadi diperlukan oleh pihak berkuasa, seperti Polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, BNM dan lain-lain untuk tujuan semakan atau siasatan.

2. Akaun internet banking pengguna telah dicerobohi dan pelanggan perlu memberikan ID, password dan maklumat peribadi kepada Bank untuk tujuan semakan.
3. Memerlukan pengguna memberi pengesahan terhadap maklumat peribadi, nombor akaun, ID dan password.

Langkah Pencegahan
1. Jangan bertindak balas terhadap e-mel dan nombor telefon yang telah diberikan, kerana ia adalah palsu. Jika terdapat keraguan, terus hubungi pihak Bank, iaitu cawangan atau Pusat Panggilan (nombor telefon: 1-300-88-12265 dan e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my).

2. Jangan klik hyperlink yang diberikan oleh pihak ketiga untuk pergi ke laman web i-Rakyat, tetapi taip sendiri URL/alamat laman web https://www.irakyat.com.my/ atau simpan di favourite web browser.

3. Pastikan ada logo mangga (padlock) pada status bar browser sebelum login kepada akaun i-Rakyat/internet banking. Ia menunjukkan kewujudan sijil yang mengiktirafkan bahawa laman web tersebut boleh dipercayai. Laman web internet banking yang palsu tiada padlock dan sijil tersebut.
www.irakyat.com.my

No comments:

Post a Comment