Friday, May 4, 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (2)


By mAYANGmAYA (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (1). Antara 8 Penipuan melalui email dan online classified.)

3. Mengisi Surat (Envelopes Stuffing Scam)

Iklannya berbunyi seperti berikut;

"Steady income for minimal labor - earn $2 each time you fold a brochure and seal it in an envelope! Send $20 for more details."“Pendapatan Tetap Kerja Mudah – RM2.00 Setiap kali anda mengisi Surat atau menulis! Bayar $20.00 untuk maklumat lanjut.


Kamu mungkin membayangkan kamu tinggal di rumah, mengisi atau menulis surat, dan akan di bayar mengikut apa yang dijanjikan. Sebaliknya Skim ini biasanya perlu untuk diikanlan di surat khabar, message board dan sudah tentunya melalui teknologi terkini, media internet. Pengiklanan adalah dengan modal kamu sendiri.

Oleh kerana itu ramai yang mengambil peluang menggunakan media internet kerana kebanyakkan laman web menyediakan perkhidmatan Online Classified percuma. Namun untuk menampakkan legitimasi peluang perniagaan ini kamu digalakkan menggunakan iklan berbayar. Di Malaysia, program sebegini juga dijalankan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Melalui skim-skim ini pelanggan seterusnya yang berminat dengan peluang ini akan membayar kepada kamu untuk menyertainya. Pengasas skim ini biasanya akan mengambil keuntungan dari yuran keahlian kamu bernilai lebih kurang RM20.00 atau nilai penyertaan. Samada
secara sedar atau tidak apabila kamu mematuhi arahan di dalam sistem ini, bukan sahaja kamu rugi bahkan kamu sudah menipu orang lain melalui sistem ini.

Biasanya skim ini mensasarkan kumpulan suri rumah yang hanya mahukan pendapatan kecil dan mengambil duit daripada mangsa yang lain.

4. Memeriksa Produk (Product Testing)

Skim ini juga mengambil keuntungan daripada yuran penyertaan di samping tindakan susulan perlu kamu bayar kos penghantaran dan pengurusan (Shipping and Handling) yang tinggi dari nilai produk sebenar. Kamu tentu menbayangkan kamu akan mempunyai produk terbaru dan juga menjadi pengguna awal (Consumer Tester).

Individu atau syarikat yang terlibat di dalam skim ini mengaut keuntungan daripada yuran keahlian dan harga yang tinggi untuk barangan yang murah dan tidak berkualiti. Barangan-barangan ini juga kebanyakkannya adalah Rejected Lots atau barangan tidak menepati piawaian daripada syarikat-syarikat pengeluar dan pengilang yang mereka dapati secara murah secara “Black Market”.

5. Pendapatan Melalui Beri Pendapat Pada Buku Tertentu. (Books Reviewer Fraud)

Lihat iklannya..

“Tinggal di rumah, hanya perlu berkebolehan untuk membaca dan mempunyai minat untuk memberi pendapat anda (books reviewer). Pendapatan hingga USD30,000.00 sebulan”.

Nampak hebat dan menarik bukan? Seperti biasa, kamu perlu membayar yuran seumur hidup (one-time payment) pada nilai di antara USD10.00 ke USD100.00. Sebagai balasan mereka akan menghantarkan kepada kamu atau melalui Digital Download senarai nama syarikat atau penerbit buku yang memerlukan pembaca untuk memberi pendapat tentang buku mereka.

Sekali lagi syarat yang biasanya syarikatsyarikat ini perlukan adalah pengalaman kamu di samping mempunyai kelulusan dalam bidang tertentu dan sebagainya. Sebenarnya memang ada syarikat-syarikat yang sememangnya memerlukan khidmat pembaca untuk memberi pendapat mereka tetapi melalui saluran yang betul. Kalau mahu, kamu boleh menghubungi mereka secara terus tanpa membayar skim seperti ini sesen pun.

Sekali lagi mereka mengaut keuntungan daripada yuran keahlian kamu. Kamu ditipulagi!

6. Gunakan PC Kamu Untuk Dapatkan Wang (Home Based Computer Work Fraud)

"PC Users - do overflow work and earn $14/hr with Data Entry and Word Processing from the comfort of your home, anywhere in the world!"

“Gunakan Komputer anda bagi menjana pendapatan $14 sejam melalui Kerja Menaip dan Kemasukkan Data hanya Dari Rumah Anda, di mana juga anda berada”


Di dalam program ini, kamu sekali lagi perlu menjadi ahli untuk mendapat akses ke database laman web mereka. Bayaran adalah kepada Pemilik Program ini samada secara yuran seumur hidup (one-time payment) atau secara setiap bulan (monthly fee) selagi kamu ingin mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka.

Database program sebegini mempunyai senarai nama syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat jurutaip luar (outsourcing typist). Kamu perlu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan melalui email dan bendaftar dengan mereka. Kamu juga mesti mempunyai kelayakan tertentu di samping menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Melalui program begini kamu berkemungkinan dapat kerja secara freelance daripada syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya peluang kamu amatlah tipis. Sebenarnya syarikat-syarikat yang benar-benar menghendaki pekerja sambilan secara global adalah amat terhad. Kebanyakan kerja-kerja freelance ini hanya tertumpu kepada mereka dari negara syarikat-syarikat terbabit iaitu Amerika Syarikat, Canada dan United Kingdom.

Database yang diberikan kepada kamu itu sebenarnya adalah “Outdated”. Apabila kamu menghubungi syarikat berkenaan, mereka akan memberitahu bahawa kekosongan terbabit telah dipenuhi. Memang benar mereka memerlukan kekosongan beberapa bulan atau minggu lalu tetapi kerana kamu hanya mendapat senarai data syarikat yang “Outdated” dari program sebegini, peluang pekerjaan freelance yang legitimate amatlah tipis.

Jikapun kamu bernasib baik mendapat pekerjaan freelance ini pula, bayarannya pula bukanlah USD14.00 sejam seperti yang dilaungkan diiklan pemilik program begini. Kadar bayaran sebenar biasanya adalah di antara USD1.00 ke USD2.00 sejam. Itupun kerjanya tidaklah tetap, bergantung kepada adanya kerja.

Kalau kamu kira-kira balik bayaran yang dikeluarkan sebanyak USD19.99 atau lebih untuk mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka, ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu dibayar, ianya tentulah tidak berbaloi. Biasanya lepas beberapa bulan, kamu masih lagi belum terima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini.

Apa Senario Sebenarnya?
Peserta PTRE biasanya tidaklah berminat terhadap iklan yang dihantar, tetapi mengklik pada iklan terbabit juga disebabkan akan menerima bayaran pada kadar tertentu daripada "Syarikat Pengiklanan Melalui Email".

Peniaga-peniaga biasanya tidak akan mendapat keuntungan dari pelaburan yang dikeluarkan untuk promosi pengiklanan cara ini kerana yang melihat iklan-iklan mereka ini bukanlah target market mereka sebenar. Iklan melalui email kaedah ini juga terhad sebenarnya, kerana tidak ramai peniaga-peniaga yang akan berterusan menggunakan khidmat sebegini.

Hal ini kerana memandangkan pulangan pelaburan (ROI) menerusi kaedah pengiklanan ini, jika adapun adalah terlalu kecil. Peluang pendapatan sebenar bagi mereka yang menjadikan program "Paid to Read Email" ini, sebagai sumber pendapatan biasanya adalah di antara USD 0 USD5.00
sebulan.

7. Pendapatan melalui survey online berbayar (Paid Survey Online)

Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking
Surveys Online?
Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam
Melakukan Survey Online?


Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat kamu. Benar ke? Mari kita tinjau bersama di bawah ini.

Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.

Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap survey, syarikat survey online membekalkan "raw data survey" ini kembali kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisis data, membuat rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.

Senariao Sebenar

Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online dan menjana pendapatan anda”. Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk keahlian atau "report" pada harga USD24.95-USD34.95 .

Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal peserta survey boleh memulakan "kerjayanya" ini dengan mendaftar dengan setiap syarikat survey online yang dipilihnya. Walaubagaimanapun pelayar hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut profil peribadi peserta.

Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad. Ketika pendaftaran, kamu perlu menyatakan profil kamu. Contohnya , “single white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling Jaya, Malaysia. Kamu hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi kamu, dan di mana kamu tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah tercapai, survey akan ditutup.

Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.

Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran daripada pihak Syarikat survey online. Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara
tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

8. Jurutaip Bekerja Dari rumah. (Work At Home Typist)

“If you are looking for a Work At Home Career with a Company that provides Unlimited Income Paid Monthly without any selling. Earn $.25 per adplacing PLUS Recruitment Commission. Flexible Working Hours. Worldwide Position Open. Full Support and Training. Freelance Home Typist”.

Ini adalah satu lagi program yang menjanjikan kebebasan kerjaya kamu dari rumah dengan bantuan penuh dari pihak syarikat. Syarikat-syarikat program “Work At Home Typist” ini biasanya mendakwa menpunyai kerja menaip untuk mereka yang boleh menaip dari rumah.

Untuk melakukan kerjaya ini Jurutaip perlu membayar yuran keahlian diantara USD$10.00 ke USD80.00 atau lebih untuk mendapatkan manual lengkap dalam menceburi kerjaya sebagai seorang "Home Typist" yang berjaya. Selepas pembayaran menjadi ahli, penaip akan diberikan Kit atau Manual Lengkap berkenaan secara "Digital Download" bagi memulakan kerjaya baru ini dan menjana pendapatan.

Kit ini sebenarnya hanyalah mengandungi cara-cara untuk mempromosikan program ini di seluruh dunia terutamanya menggunakan teknologi internet. Ianya termasuklah cara bagaimana untuk meletakkan iklan-iklan di pelbagai tempat termasuk secara "Online" dan "Offline". Ia juga disertakan perkataan-perkataan "pemukau" atau Hypnotic Words dalam bahasa Inggeris yang boleh mempengaruhi prospek. Mempengaruhinya di samping beberapa teknik-teknik promosi dan pemasaran lain, yang mana kebanyakkannya boleh diperolehi secara percuma di internet.

Secara dasarnya kerja kamu sebagai penaip adalah untuk menaip iklan mempromosikan syarikat yang menjual program “Work At Home Typist” ini secara "online" atau "offline". Untuk setiap penaip baru yang direkrut kamu akan mendapat komisen di antara USD5.00 hingga USD15.00.

Melalui pekerjaan ini peserta sebenarnya tidaklah akan menjadi seorang "Freelancer" yang berjaya, tetapi hanyalah akan tolong mempromosikan syarikat-syarikat sebegini menipu lebih ramai orang.

Analisis Penipuan.
(Mengenai perkara PERTAMA: PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED (EMAIL AND ONLINE CLASSIFIED -8 jenis Penipuan seperti disebutkan di atas.)

Bagaimanakah membezakan program atau skim yang benar dengan skim yang ingin menipu duit kamu? Sebenarnya sekiranya ada syarikat yang memerlukan pekerja melalui Internet, kamu boleh menghubungi mereka terus dan memohon pekerjaan dari rumah secara percuma (Pekerjaan sebegini dipanggil Freelancer atau Telecommuter).

Walau bagaimanapun, jika kamu masih mahu mencuba menyertai keahlian program mencari pekerjaan melalui Database mereka seperti di atas, kamu perlu mengambil langkah di bawah ini untuk kamu membuat keputusan sama ada program tersebut adalah betul dan sah.. atau hanya akan membazirkan masa dan kewangan kamu.

Analisa yang perlu kamu buat atau soalkan.
  • Apakah skop kerja atau tugasan kamu?
  • Bagaimanakah kamu akan menjalankan kerja ini? Minta mereka senaraikan semua langkah yang perlu kamu lakukan untuk menjalankan kerja ini.
  • Adakah kamu akan di bayar gaji atau komisen?
  • Siapakah majikan kamu atau siapakah akan membayar kamu?
  • Bilakah kamu akan mendapat gaji pertama atau bayaran pertama kamu?
  • Apakah jumlah keseluruhan yang akan kamu laburkan atau kewangan yang terlibat untuk kamu lakuan kerja ini? Ini termasuk dengan nilai yuran keahlian.
  • Apa kamu akan dapat dengan nilai yang telah kamu laburkan ini?
Realitinya, syarikat atau individu yang mempromosikan program sebegini hanyalah menjalankan promosi untuk mendapatkan yuran keahlian kamu sahaja. Jelas kamu yang rugi.
Program skim-skim ini secara amnya telah disiasat of Agensi Pos Kebangsaan Amerika Syarikat di samping beberapa Agensi dan Pihak Berkuasa Amerika Syarikat lain. Hasil yang didapati, kebanyakkannya adalah palsu atau hanya menguntungkan pihak yang menerima yuran keahlian.

Insya Allah, saya akan bongkar perkara KEDUA pula, mengenai sistem piramid.


No comments:

Post a Comment