Sunday, April 21, 2013

Satu lawan satu di Jempol

Hazayani Zakaria,


(Aishah lawan Isa Samad di Jempol)

JEMPOL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di P127 Jempol  antara calon PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan calon BN Tan Sri Isa Samad.

Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan perkara tersebut jam 11 pagi tadi selepas proses penyerahan borang di Dewan Besar Kompleks Pejabat Kerajaan selesai.

Sementara itu bagi N05 Serting turut menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Abdul Rahman Ramli dan calon BN, Datuk Samsu Kahar.

N06 Palong juga ditandingi dua penjuru iaitu calon PKR Rebin Birham dan calon BN Datuk Lilah Yasin.

Manakala N07 Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR T. Kumar, calon BN Manicam Letcumanan, dua calon bebas masing Mazavan menggunakan lambang ikan dan Zailani Zakaria menggunakan lambang bunga.


N08 Bahau ditandingi calon DAP Chew Seh Yong dan calon BN  Dr. Yee Mee Faa.

Undi awal akan berlangsung pada 30 April manakala pengundian biasa pada 5 Mei.

Sumber harakahdaily

No comments:

Post a Comment