Harakahdaily, |
Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini.
Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon.
Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gap order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya.
Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini.
MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini.
Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang.
Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek.
Poll yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan berbanding moneyfesto BN.
Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu.
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.
“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaanya dan beredar.
No comments:
Post a Comment