Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Muhammad Haitamin Ishak di Kompleks Kejiranan Presint 9 selepas tempoh penerimaan borang penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi.
Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001, dan pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.
Husam pula selain bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya, juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Salor, Kelantan pada pilihan raya ini.
Kedua-dua kumpulan tiba di Kompleks Kejiranan itu pada masa yang sama kira-kira setengah jam sebelum pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi, dengan masing-masing diiringi kira-kira 1,500 penyokong, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan juga takbir.
Berbaju Melayu biru, Tengku Adnan memasuki kawasan dewan sejurus selepas ia dibuka, manakala Husam yang berbaju Melayu hijau, tiba kira-kira 15 minit kemudian.
Tengku Adnan yang ditemui sejurus selepas pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan senarai yang bertanding berkata, berdasarkan rekod cemerlang kerja-kerja yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, beliau yakin orang ramai akan kembali memberi kepercayaan kepadanya untuk menyambung tugas sebagai Anggota Parlimen kawasan itu.
Husam pula berkata beliau akan menggunakan media internet sebagai alat menyampaikan mesej kepada pengundi semasa berkempen, kerana menurutnya rata-rata penduduk Putrajaya mempunyai akses internet. — Bernama
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment