Sunday, April 7, 2013

Pakatan mampu pertahan Selangor


Oleh Abd Shukur Harun
BEBERAPA waktu lalu saya telah menulis dalam mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa kali bercakap dengannya mengenai visinya memimpin negeri Selangor yang kaya dan ternama itu



Kemudian membaca buku terkininya Fearless: From Kampung Boy To CEO, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang sangat menjanjikan.
Kini negeri Selangor yang diterajuinya sejak lima tahun lalu menjadi fokus penting menjelang PRU13 ini. Penganalisis mengakui Selangor negeri ‘paling panas’ dan akan menjadi kayu ukur kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.
Selangor mempunyai pengundi golongan pertengahan paling ramai, ia akan menjadi penentu BN dan Pakatan untuk masing-masing menawan atau mengekalkan kedudukan masingmasing, justeru seperti kata penganalisis, aliran sokongan di Selangor akan memberi kesan kepada negeri lain yang diterajui oleh Pakatan.
Menurut penganalisis, Selangor boleh dianggap sebagai permata mahkota, dan menjadi tunjang untuk menilai pengundi yang mula berubah kepada sesuatu pihak. Oleh itu, Selangor menjadi nadi penting Pakatan Rakyat. Oleh itu, pada pendapat saya, walau apa pun persepsi umum, nescaya kemajuan Selangor yang ada di depan mereka dan juga usaha Selangor yang bersungguh-sungguh untuk memberi kemakmuran kepada rakyat tidak boleh dipandang sepi.
Senarai program ekonomi, sosial dan agama yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah Khalid begitu panjang sekali. Walaupun masih ada sedikit lagi janji dalam Manifesto PRU12 masih dalam proses perlaksanaan,keseluruhan janjijanjinya kepada rakyat sudah terpenuhkan.
Di sinilah pada pendapat saya, dengan mengukur khidmatnya sepenggal yang lalu, sukar untuk dinafikan bahawa Khalid adalah Menteri Besar Selangor yang terbaik setakat ini.
Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor dan beliau telah melaksanakan amanah itu dengan baik.
Buku Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah-tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour.
Kejayaan tokoh dari Ijok, Selangor ini adalah paduan daripada didikan dan kasih sayang orang tuanya di kampung, semangatnya untuk belajar dan meneroka kehidupan yang sukar, kesungguhannya bekerja, banyak membaca dan teguh memegang amanah.
Caranya bekerja amat berstrategi, kebijaksanaannya ialah meletakkan orang yang layak di tempat yang sesuai dan meneliti hasil kerja yang diamanahkan kepada orang bawahannya.
Beliau mempunyai falsafah supaya mencuba dan terus mencuba, walaupun gagal di peringkat permulaan. Antara pesannya yang sangat menarik dalam buku itu ialah: “When people depend on you, you must be trustworthy and you must earn it.”
Katanya lagi: “Appreciate all your experiances, good or bad. Be creative, very creative, and of course be prepared for the worth” Mengenai politik Khalid berpesan: “Sometimes your staff can really be from another planet. Learn about them, from them and with them. The role of the government is that of a costodian of natural recources, taxes, royalties and other incomes, and proceeds from the disposal of public assets shoud be keep in special fund, as in the Islamic Bait Al-Maal concept. The custodian acts in trust for, and in the interest of the entire nation.” Ini sebahagian kata-kata Menteri Besar Selangor itu.
Negeri berprestij seperti Selangor ini sedang menjadi tumpuan pihak Umno-BN untuk merampasnya kembali dalam PRU akan datang. Namun Khalid menghadapinya dengan tenang, tetapi penuh waspada dan mengatur strategi bersama pasukannya untuk menghadapinya.
Saya memberi fokus kepada Selangor pimpinan beliau ini justeru ‘serangan luar biasa’ musuh Pakatan sangat ditumpukan ke negeri penting ini dan Khalid kelihatannya tenang saja menghadapi cabaran itu.
Kita dapat mengerti mengapa serangan besar-besaran ini berlaku, kerana di Selangorlah paling banyak peluang projek besar dan kecil, kemudahan asas yang mencukupi.
Benar isu air telah digembargemburkan oleh musuh Pakatan Rakyat, tetapi kerajaan negeri Selangor telah mengambil tindakan bijaksana yang pada akhirnya nanti rakyat Selangor sendirilah yang akan memiliki pengurusan air negerinya.
Di Selangorlah terletak begitu banyak institusi pengajian tinggi, sementara sekolah agama diberi bantuan mencukupi, program agama bukan saja di masjid dan surau, tetapi melimpah hingga ke banyak dataran.
Sementara itu, program untuk rakyat, antara lain, ialah:Tabung Warisan Anak Selangor, Skirm Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk IPT, Program Peningkatan Hasil, Batuan dan Galian, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu, Skim Kesihatan Wanita, Program Mikrokredit Miskin Bandar, Skim Mikrokredit Selangor, Pusat Dialisis Rakyat dan Pusat Tuisyen Rakyat.
Dalam masa yang sama industri berkembang, pelabur berdatangan, perumahan rakyat sangat diberi perhatian dan kemudahan asas sangat dititikberatkan.
Oleh itu, bagi mereka yang berfikiran terbuka, rasional, jauh daripada prejudis politik, mereka melihat perubahan di negeri Selangor ini begitu ketara. Kejayaan ini adalah kejayaan rakyat negeri Selangor seluruhnya di bawah kepimpinan Khalid.
Oleh itu, saya yakin, dengan izin Allah, Pakatan Rakyat akan dapat mempertahan negeri permata mahkota ini dalam PRU13 akan datang.

Sumber detikdaily

No comments:

Post a Comment