| Roketkini.com, |

( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)
KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.
Seorang
isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi
awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang
selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju
sesampainya di rumah pada awal petang.(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)
“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.
Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.
Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.
Sumber harakahdaily

KUALA LUMPUR:
Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam berkata
pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemimpin pembangkang
mendalangi pencerobohan pengganas di Sabah baru-baru ini perlu
mengemukan bukti.


















PUTRAJAYA,
April 27 — In an otherwise quiet Putrajaya, thousands of supporters
braved a drizzle last night to catch a glimpse of PAS spiritual adviser
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who came to support PAS candidate Datuk
Husam Musa’s bid to represent the country’s administrative capital.

Apr
27: Former UMNO strongman Dr Mahathir Mohamad has been roped in by UMNO
to campaign in its stronghold Putrajaya for its secretary general
Tengku Adnan Tengku Mansor who is being challenged by PAS vice president
Husam Musa.
Beliau Berumur 81 Tahun...
PUTRAJAYA: Calon
PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa
kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika
Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ini.










