Tuesday, October 6, 2015

Serpihan baru tidak gugat PAS


RANTAU PANJANG: Kemunculan parti serpihan tidak menghalang PAS kawasan ini terus berkembang dengan mendekati masyarakat sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Naib Yang Dipertua, Mohamad Awang berkata, Dun Meranti dan Bukit Tuku kekal utuh sebagai benteng PAS di kawasan Rantau Panjang.

Bagaimanapun kata beliau sedikit berbeza d Dun Gual Periuk apabila ada segelintir bekas aktivis PAS menyertai serpihan PAS.

“Saya pun tidak menjangka ada beberapa individu yang kita didik dan asuh sejak awal meninggalkan perjuangan bersama ulama.

“Biar pun tidak ramai yang bertindak demikian namun diakui sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi PAS di Dun berkenaan,” katanya yang juga Adun Gual Periuk.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dun Periuk sejak 2008 berkata, gerak kerja parti tetap diadakan seperti biasa dengan dokongan padu ahli-ahli dan penyokong di peringkat akar umbi.

Katanya, tumpuan diberi kepada golongan anak-anak muda dengan mengadakan pelbagai aktiviti membabitkan mereka.

“Sambutan anak-anak muda kekal tidak berubah. Keadaan itu boleh dilihat pada Perhimpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan yang diadakan di Pusat Tarbiah Rantau Panjang Sabtu lalu dihadiri ramai kalangan mereka,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

sumber pas.org my

No comments:

Post a Comment