dikemaskini Ahli
parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan semakan
kehakiman untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi yang didakwanya
meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.
Beliau memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan turut menamakan empat pihak sebagai responden – Ketua Pendaftar Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SPR , Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.
Perkara tersebut diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.
Permohonan semakan kehakiman itu difail oleh Nurul Izzah bersama dengan seorang penduduk Bangsar, Kadir Sultan Abd Majid. Kadir dan peguam Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah, turut hadir di sidang akhbar tersebut.
Dalam dokumen semakan kehakimannya, Nurul Izzah mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama tersebut dalam Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.
Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.
"Melalui surat bertarikh 6 Mac 2013 dari responden pertama kepada peguamcara pemohon-pemohon, Responden Pertama telah menyatakan bahawa mereka mengambil maklum dan sedang meneliti perkara dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon-pemohon yang masing-masing bertarikh 4 Mac.
"Namun demikian, responden pertama masih telah gagal, enggan dan/atau abai untuk melaksana kuasanya untuk pada bila-bila masa membatalkan atau memotong nama-nama dalam senarai yang dilampirkan dalam surat peguamcara pemohon masing-masing bertarikh 4 Mac," dokumen itu dipetik.
Alasan lain permohonan semakan kehakiman itu dibuat antaranya ketua pendaftar pilihan raya SPR dan SPR sendiri mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan dan mengemaskini Rang-rang daftar pemilih di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
"Pemohon-pemohon mempunyai "legitimate expectation" bahawa Rang Daftar-Rang Daftar pemilih akan dibersihkan dan dikemaskinikan oleh responden pertama dan/atau kedua.
"Kegagalan, keabaian dan/atau keengganan responden pertama untuk membatal nama-nama yang terkandung dalam semua senarai tersebut atau apa-apa bahagian daripadanya telah dan akan menjejaskan pemohon-pemohon untuk pilihan raya yang bersih dan adil," dokumen itu dipetik.
Menurut dokumen itu lagi, pengesahan dan pengemaskinian semua alamat boleh dibuat secara efisien dan bukanlah tidak praktikal kerana responden mempunyai satu "Agency Link-up System" (ALIS) yantg dibangunkan untuk berkongsi maklumat dengan satu sama lain dengan senang.
Dokumen itu juga menjelaskan responden pertama dan kedua mempunyai tanggungjawab di bawah artikel 8 dan 119 Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 5 Akta Pilihan Raya 1958 untuk memastikan Rang Daftar Pilihan raya dikemaskini dan bebas daripada kejanggalan, atau nama yang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya.
"Hak-hak pemohon untuk suatu pilihan raya yang bersih dan adil akan terjejas sekiranya responden pertama masih gagal, enggan dan/atau abai melaksanakan kuasanya menurut peraturan 25(2)(g).
"Peraturan tersebut untuk membatalkan nama-nama yang terkandung dalam semua senarai yang dilampirkan dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon tersebut," dokumen itu dipetik.
Sumber malaysiakini

BAGAN
DATOH, March 23 – Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
today refuted claims that Malaysia had sent a commando team to the
Philippines to assassinate Jamalul Kiram, the leader of the Sulu
terrorists from the southern Philippines who intruded into Lahad Datu in
Sabah.

“Accuse me, slander me, but don’t expect me to surrender,” Anwar (picture) was quoted as saying by PAS organ Harakah Daily in a ceramah at Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri here last night.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.
Himpunan
aman dan serahan memorandum tersebut dipimpin oleh Penaung Majlis
Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku
Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Memorandum
berkenaan mewakili 45 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini
yang diselaraskan oleh Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’ turut
membuat desakan terhadap empat perkara kepada kerajaan negeri
Terengganu.
Menurut
beliau, pihak Sekretariat Royalti Terenggnau turut melahirkan rasa
dukacitanya di atas penarikan balik saman kerajaan negeri Terengganu
terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012, sedangkan
tuntutan hak royalti belum selesai.
"Tahun
lepas pengambilan penjawat awam kira-kira 50,000, jadi, tahun ini saya
percaya pengambilan akan lebih 50,000 kerana kebanyakan mereka yang
dilanjutkan perkhidmatan sehingga 60 tahun akan pencen tahun ini,"
katanya.