Wednesday, December 12, 2012

Perdana Menteri Malaysia dijangka akan melawat Gaza bulan depan Januari 2013.

GAZA, (PIC) - Perdana Menteri Malaysia, Dato Najib Tun Abdul Razak dijangka melawat Gaza bulan depan (Januari), atas jemputan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh.

Haniyeh berkata, semasa satu mesyuarat pada hari Selasa bersama sebuah delegasi Malaysia yang sedang melawat Gaza untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin, dia telah menelefon YAB Perdana Menteri Malaysia Mohammed Najib Abdul Razak dan mengucapkan terima kasih kepada beliau untuk dasar Malaysia yang menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Haneya menambah bahawa beliau menjemput Perdana Menteri Malaysia untuk melawat Gaza, dan lawatan ini akan mengambil tempat dalam bulan depan.

Perdana Menteri Palestin mendedahkan bahawa beliau sepatutnya melawat Malaysia pada pertengahan bulan lepas, tetapi lawatan beliau telah ditangguhkan kerana pencerobohan di Gaza.

Bagi pihaknya, ketua delegasi Malaysia Daud Aziz menyatakan kegembiraan beliau berada di Gaza, sambil menekankan bahawa sokongan rakyat Malaysia untuk Palestin sangat kuat dan akan berterusan menghantar konvoi perpaduan dari Malaysia ke Gaza.

Sumber:
Team Palestina & Laman Arab
Perdana Menteri Malaysia dijangka akan melawat Gaza bulan depan.

No comments:

Post a Comment