Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif
elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20
sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos
sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun
meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak
rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga
purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80
sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST
smile emoticon
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan
Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999
berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion
atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula
memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini
boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk
rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk
membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion
atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman
perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan
pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya
membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika
tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh
melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi
tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.
4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07
trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK
Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan
banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK
purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport
dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia
adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan
mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun.
Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh
dengan perlahan.
5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan
meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang
terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki
nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau
10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.
6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara
daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini
bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi
rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah
diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada
kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar
yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api
lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna
subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.
7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan
pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini
adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika
Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata
pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952
setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan
tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di
Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia
bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun
menghasilkan pulangan yang lebih rendah.
8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit,
Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak
krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat
dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras
defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36
billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport
tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37
billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK
pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan
akaun semasa sebanyak 10%.
9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang
dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53
daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003,
Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan
Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi
jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah
RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang
haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti
Filipina, Nigeria dan Venezuela.
10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar
Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah
dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos
sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan
kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu
membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut
Payscale.com,
kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding
Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat,
bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan
mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.
Pandangan Peribadi :
Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
Sumber FB