Ketahuilah asal usul kita....
BANGSA MELAYU.
(Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil ka
jian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)
Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh
Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed
Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa
ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah
WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM.
Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.
Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:
" Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam
atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek
moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara
hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd
diri mereka itu."
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al
Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain
Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)
Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.
والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.
والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.
والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.
Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak
boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan
bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah
dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.
Sedemikian
sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-
1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.
Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar
sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok
Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin
Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di
Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar
lagi :-
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman
Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli
Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni
adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)
(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.
Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa
berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur
Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di
Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan
mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni)
yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra
Chola (2).
(Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam
ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja
Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di
Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk
memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027
-1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas
Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram
[Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan
di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah
menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara
negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara
[Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di
Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas
Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya
dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu.
Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang
Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah
kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada
seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda
bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.
Ketika itu,
Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta
Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(3) untuk
membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda
berasal dari Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku
Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah
Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian
dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman
Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di
Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah
diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal
berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)
(Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah
bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu
yang menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan
yakin bahawa kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah
bercampurbaur dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan
Hindu)
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja
Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian
baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja
(Kedah) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini seorang gadis
Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan
campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5)
mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di
Baghdad.
(Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di
Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan
jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan
mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala
Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai
Timur.
Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji
Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa
Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy
(atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani)
berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan
Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan
Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin
Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
(Nota 6) Kisah ini diambil
oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan
Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima
dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan
Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa
buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah
sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.
Pada suatu hari, Syeikh
Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia
Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin
Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang
berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia
berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan
izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di
Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan
telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha
yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan
satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan
diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
(Nota 7) – Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang
mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas
tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama
dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama
Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul
bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi
Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin
telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.
Walaubagaimanapun
ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah
sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir
JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy
yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1.
Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang
sama yang berada di Muzium Kedah masakini
Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni
mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja
Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh
Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan
oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin
mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar
penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus
memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang
menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para
pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha
Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh
rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal
ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang
jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal
daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang
mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal
masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat
Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 8) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain
berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a.
pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan
untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada
tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo
Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti
Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar
Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh
sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan
sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal
bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang
baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1
(Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)
Nota 9 : Sejarah
membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu
daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan
sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam
artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar
setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi
Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).
Pemerintahan di zaman ini
tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam
(tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan
jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan
ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan
diri ke dalam hutan dan bukit bukau.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9)
bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi
ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha.
Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah
menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 9)
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :
Surah Saad : Ayat 69
مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.
Hadis Nabi S.A.W :
ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى
الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في
النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي
صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال
نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم
الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات
والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ
الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم
ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب
المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات
بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام
Telah
menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan
kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi
SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam
sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia
berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la
yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda
“Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati
dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara
tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi.
Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al
Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku
berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”.
Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk
berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak
menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik
dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah
sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal
yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau
menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu
dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan,
menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat
Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan
juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a)
Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna
kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) –
manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara)
yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai
dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang
Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian
Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU
MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
(Nota 10) – Ada pendapat yang
menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan "Sanskrit" dan
"bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari India, China, Kemboja
dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul,
kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa "Melayu"
pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama
Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari kalam
Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang
baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar
gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.
Ilmuwan Melayu Islam juga
menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan
peringatan kepada seluruh manusia adalah :
a. dari keturunan Nabi
Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada
yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi
Khalifatullah*
(di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya
di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua
kalimah syahadah) sehinggakan
b. malaikat juga diperintahkan
sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk
langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)
Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang
bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal
dari syurga malah
c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di
langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan
pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla
(laitsakamithlihi syai-un)
d. Kerana zaman khalaf ini adalah
zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat
dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan
pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan
syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.
Hadis Qudsi di
atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA
"yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan
wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan
hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari
dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila
kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu
kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada
orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para
hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad
Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat
malam saat manusia tidur”
*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama
semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat
jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh
Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri
yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan
keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun
Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15
yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha
Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1
sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah
melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama
Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan
Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah
menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti
dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam
Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar
permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.
Setelah
binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum
kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar
jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara
berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh
(mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)
Guru Syeikh
Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada
561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk
menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah
bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan
Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
(11)
--------------------
(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran
'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul
Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip
maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama
yang mempunyai akhlak yang tinggi.
Kisah ini disahkan oleh DYMM
Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah
memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah
mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja
Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :
"Raja
Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan
Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara
India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan
Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan
Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.
(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru
Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan
Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan
Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis
(semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan
Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji
Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa
menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai
oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud
dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30
meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi
dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)
--------------------
Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara)
termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh
Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama
sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan
Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan
Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris
ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku
peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.
Penjajah
akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu
Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya
dengan faham sekular. (13)
Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud
ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan
perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah
dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam
Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya
merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku
antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling
bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.
Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa"
(memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak
disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak
syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa
yang ada dalam Al-Qur'an.
KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID
Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham
Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan
Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin
ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah
dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :
Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima
Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad
Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),
telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan
Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu)
dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga
guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu
himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh
Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri
lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar
War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa -
maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas
bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami,
perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin
b) Syeikh Abdul
Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil
Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu
Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah
Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya
muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru Haji
Ahmad Che Din (Junaiddin).
KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN
Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER - (15)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara
lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi
semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari
Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan tajdid
(memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari
segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama
merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.