Sunday, June 15, 2014

4 Gambar Pokok Kurma di Kota Bharu




"Terkini, penduduk di Kota Bharu pelik apabila beberapa batang pokok buah tamar yang ditanam pihak berkuasa tempatan hampir  tujuh tahun lalu, kini telah lebat berbuah.



Info melalui Daily Traffic Report, Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah menanam 37 buah pokok sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Tujuan utamanya ditanam adalah untuk dijadikan pokok hiasan bagi mengindahkan lagi bandar itu sejajar dengan gelaran Kota Bharu sebagai bandar serambi Mekah.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap antara tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.



Malah berdasarkan keunikannya, pokok itu dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang agak lebat. Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah. “Namun tahun ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak. “Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, 10 pokok daripada kesemuanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur. “Saya berharap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah. Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya. - Media RFM"


Oleh:
matuse68

Sumber tranungkite

No comments:

Post a Comment