
Kadar
rasmi bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri di Malaysia. Seperti
yang termaktub dalam Rukun Islam, umat islam adalah diwajibkan untuk
menunaikan Zakat bagi yang berkemampuan. Bayaran zakat juga hendaklah
dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan
Syawal. Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan atau
keluarga miskin yang layak sahaja.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri Di Malaysia
Zakat Fitrah 2014 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri
Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan,
Johor, Kedah dan Terengganu.
| Perlis | 6.00 | 6.50 |
| Kedah | 7.00 | 7.00 |
| Pulau Pinang | 7.00 | 7.00 |
| Perak | 7.00 | 7.00 |
| Selangor | 7.00 | 7.00 |
| Negeri Sembilan | 6.50 | 6.50 |
| Melaka | 6.50 | 6.70 |
| Johor | 5.00/8.00* | belum diumumkan |
| Pahang | 7.00 | 7.00 |
| Terengganu | 4.50/7.00/7.60* | 7.00 |
| Kelantan | 7.00 | 7.00 |
| Sarawak | 6.50 | 6.50 |
| Sabah | 7.00 | 7.00 |
| (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | 7.00 | 7.00 |
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
- Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
- Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
- Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
- Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
- Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
- Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.



PPM
menganggap pemergian almarhum adalah suatu kehilangan besar kepada
jemaah Islam khususnya pendokong-penokong PAS kerana beliau adalah
pemimpin besar yang sentiasa hidup di hati ahli-ahli PAS serta rakyat
umumnya. Kerendahan jiwa dan kekuatan tarbiyahnya mendorong PAS menjadi
parti yang disegani rakan dan lawan. Beliau adalah duta dan pemimpin
yang berjaya mengukir nama dalam kalendar kejayaan PAS disamping mampu
menyebar luaskan dakwah melalui pelbagai lapangan, daripada politik,
kegiatan masyarakat, hubungan antarabangsa mahupun pendidikan.



KUALA LUMPUR:
Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun
2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun
Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan
memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

