Sunday, February 24, 2013

Terengganu “Kuwait Malaysia’.


Oleh Dr.Syed azman Syed ahmadPada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai keluhan seorang bekas pegawai tinggi Petronas yang telah hampir 30 tinggal dan berkhidmat di Kerteh, Terengganu yang di anggap sebagai hub kepada “Kuwait Malaysia’.



Beliau mengutuskan e-mail kepada saya untuk berkongsi keluhan mengenai keadaan sebenar industri gas dan minyak di Terengganu serta kelemahan kerajaan Terengganu menguruskan hasil minyak sehingga menjadikan kebanyakan rakyat Terengganu terpaksa hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dalam ‘negeri kaya, rakyat miskin’ ini.
Sallam Tuan Syed,
Saya bekas eksekutif kanan Petronas dan tinggal di Kerteh selama hampir 30 tahun. Saya bertugas dengan Petronas hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan di Petronas Gas Bhd. Saya ingin berkongsi pengalaman dan informasi mengenai kawasan industri minyak dan gas dan kawasan persekitaran Kerteh. Pada pandangan saya, pentadbiran kerajaan Terengganu amat lemah dalam membangunkan kawasan 'KUWAIT MALAYSIA’  yang menjadi jolokan kepada bandar Kerteh dan lebih lagi kepada bandar Kemaman. Dari aspek pembangunan, Kerteh amat ketinggalan berbanding kawasan lain seperti di Bangi dan Shah Alam, Selangor. Begitu juga dengan kawasan peindustrian di Gong Badak yang terletak dipinggir bandaraya Kuala Terengganu.
Dari sudut pendapatan tahunan, Majlis Daerah Kemaman adalah diantara yang tertinggi di Terengganu dan Malaysia pada amnya. Cuba Tuan Syed melawat kawasan Kerteh apa yg ada, cuma rasa pembangunan di kawasan ‘Mesra Mall’. Kawasan-kawasan kampung di sekitar bandar Kerteh, persiapan infrastruktur seperti  sistem perparitan dan jalanraya adalah amat tidak sempurna. Malahan sehingga kini terlalu banyak kawasan di Kerteh masih lagi tiada disediakan sistem perparitan yang sempurna.
Kerajaan Terengganu juga ternyata gagal memajukan kawasan Kerteh dan Kemaman secara amnya. Sepatutnya sudah lama diwujudkan UNIVERSITI  PETRONAS di Terengganu yang terletak berdekatan dengan kawasan Minyak dan Gas. Ia akan memeberi banyak faedah dan kebaikan jika ia didirikan di Terengganu. Ia juga akan memajukan ekonomi penduduk dan Petronas sendiri dan kawasan persekitarannya akan membangun dengan pesat.
 Malah pada masa kini Terengganu hanya mempunyai seorang Menteri yang ‘dok rak cetong’ (tidak berkemampuan) iaitu Dato Shaberry Chek berbanding dengan JOHOR yang mempunyai ramai Menteri dan Timbalan Menteri. Sistem jalan keretapi yang Petronas bina tinggal terbengkalai sehingga sekarang. Pengurusan Petronas pula terlalu banyak di pengaruhi oleh Kerajaan Pusat. Petronas sendiri sekarang terbelenggu dengan banyak dilema. Petronas juga sedang mengalami masalah pengeluaran minyak di Sudan.

Soal Royalti juga menunjukan kezaliman dan ketidakadilan Kerajaan dan Petronas. Projek-projek besar pula di monopoli oleh juak kroni pemerintah. Apa yang berlaku di Petronas Gas Bhd, projek Plant Revamp and Rejunevation GPP3, di monopoli oleh syarikat-syarikat PFCE dan HYUNDAI serta sedang mengalami banyak masalah. Masalah keselamatan kilang juga telah menyebabkan berlakunya kes kematian. Begitu juga dengan masalah gaji pekerja PFCE, kualiti kerja dan tiada intergriti dalam menlaksanakan kerja. Sebenarnya PFCE tak layak mendapat tender kerana telah gagal dalam menguruskan kerja Shutdown di GPP 4.

Weststar, sebuah syarikat pengendali pengangkutan udara ke pelantar Minyak  dikaitkan pula dengn pemimpin negara dan banyak lagi isu di kawasan Minyak dan Gas.

Kuasa beli penduduk Kerteh dan persekitarannya juga amat lemah.Tiada perancangan dari pihak kerajaan Terengganu bagi memajukan kawasan Kerteh dan Kemaman. Saya mendapat tahu, Singapura, sebuah negara yang kecil, kini menjadi Hub minyak dan Gas bagi rantau ini. Walaupun Singapura tiada sumber minyak dan Gas, tapi ia dapat membangunkan kawasan perindustrian  minyak dan Gas serta kawasan pembangunan bersepadu petrokimia di Pulau Bukom. Ini menunjukan pemimpin Singapura lebih berintegriti, cekap, bebas rasuah serta mempunyai pemikiran yang maju dan tinggi.

Saya berkeyakinan Pakatan Rakyat apabila dapat memerintah  Malaysia, akan  berjaya membangunkan Kerteh dan Kemaman menjadi bandar petrokimia, minyak dan Gas yang unggul di Rantau ini.

Apa kerajaaan Terengganu buat dalam masa 4 tahun dan menghabiskan 10 Billion wang rakyat? Saya berpendapat dan yakin pemimpin UMNO dan BN Terengganu tidak Cerdik dalam mentadbir negeri Terengganu. Saya pernah bercakap dgn YB KEMASIK (YB dari Umno) yang tidak mempunyai wawasan dalam membangunkan DUN Kemasik. Dia tiada mempunyai master plan Pembangunan Kerteh dan KEMAMAN serta tidak mesra dgn Pengurusan Petronas dikawasan Kerteh. Apa yang ia tahu mengumpan rakyat dengan wang seperti BRIM, Dana Raya, Dana pendidikan yang tidak menjurus untuk memajukan ekonomi org Melayu. Masyarakat Melayu patut disedarkan dengan kemajuan pemikiran yang sealiran dengan ajaran agama Islam.

Sekian dulu, Wassalam.
Hamba Allah.

Sumber detikdaily

No comments:

Post a Comment