Wednesday, February 20, 2013

AirAsia X tawar tiket murah rakyat M'sia balik mengundi



 
Syarikat penerbangan AirAsia X menawarkan tiket harga murah untuk rakyat Malaysia di luar negeri balik mengundi.

Azran-Osman-RaniWalaupun tarikh pilihan raya masih tidak diketahui, tetapi AirAsia X berkata rakyat Malaysia yang tinggal di luar negeri yang berdaftar sebagai pengundi masih ditawarkan harga promosi itu walaupun mereka menempah pada saat-saat akhir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman-Rani mengesahkan perkara itu.

"Kami akan membuat pengumuman rasmi serta butirannya apabila pilihan raya dipanggil," kata Azran ketika dihubungi.

Azran membayangkan akan ada had kepada bilangan tiket yang ditawarkan walaupun ini dan tambang promosi itu masih dibincangkan.

Beliau berkata, pihaknya membuat tawaran tersebut kerana "kami merasakan mengundi adalah satu tugas penting untuk semua orang".

Pihak AirAsia X masih berbincang mengenai mekanisme tempahan, katanya, tetapi ia mungkin disediakan secara berasingan daripada lamanweb sedia ada.

Sumber malaysiakini

No comments:

Post a Comment