Wednesday, February 20, 2013

Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu runtuh lagi

Harakahdaily,

(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut bertemu petugas penyelamat di kawasan stadium yang runtuh)

KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu yang runtuh sebelum ini runtuh lagi hari ini sehingga mencederakan beberapa pekerja tempatan.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya tiga pekerja rakyat tempatan di keluarkan dari runtuhan itu dan dibawa ke hospital.

(3 pekerja tempatan yang menjadi mangsa runtuhan ini)

Bangunan stadium yang runtuh sebelum ini sedang dibaik pulih namun tiba-tiba ia runtuh dan menimpa beberapa pekerja binaan yang sedang bekerja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mohd Abdul Wahid Endut yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke tempat lokasi sebaik sahaja dimaklumkan.

Beliau yang tiba di sana kira-kira jam 11.40 pagi sempat melihat tiga pekerja tempatan yang cedera ringan dikejarkan ke hospital.

"Saya difahamkan pekerja menjalankan kerja-kerja buang sisa kerangka yang runtuh sebelum ini, bimbang memberi mudarat kepada orang ramai. Tidak boleh nak kata apa, yang runtuh...runtuh lagi," katanya ketika dihubungi.

Turut bersama beliau ke lokasi kejadian Pengerusi Amanah Terengganu Datuk  Raja Bahrin Shah Raja Ahmad.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009

No comments:

Post a Comment