Wednesday, November 28, 2012

Sektor Perikanan dan Kelautan & Nelayan di Gaza

Aman Palestin Mesir

Terdapat kira-kira 3,700 nelayan sepenuh masa di Semenanjung Gaza bersedia untuk menyediakan pasaran protein kepada 1.7 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Selepas eks
port makanan laut nelayan Gaza ke Israel, Gaza menjadi kini mengimport kira-kira 80 peratus daripada keperluan protein dari Mesir dan Israel.

Ketika perjanjian Oslo 1995, para nelayan Gaza dibenarkan menangkap ikan sejauh 20 batu nautika bersamaan dengan 37.04 kilometer ke laut dalam.

Kemudian ketika Intifada 2002 tercetus dan beberapa perjanjian dibuat seperti Bertini Comitment, jarak ini dikurangkan oleh penjajah Israel kepada 12 batu nautika bersamaan dengan 22.224 Kilometer ke tengah laut.

Kemudian pada tahun 2006 selepas Hamas memenangi Pilihanraya Palestin, Israel menghadkan jarak hanya kepada 3 batu Nautika bersamaan dengan 5.5 Kilometer ke tengah laut.

Hakikatnya jarak 8 Kilometer ke tengah laut hanyalah kawasan laut berpasir dan hampir tiada hasil yang diperolehi oleh nelayan melainkan menunggu musim-musim tertentu sekumpulan ikan yang datang ke kawasan cetak tersebut.

Pelbagai kes kekejaman dilaporkan berlaku ke atas Nelayan Gaza, antaranya mereka dipaksa di tahan di tengah laut dan dipaksa menanggal baju dan berenang ke kapal perang Israel.

Rekod mencatatkan hampir 500 nelayan Gaza pernah ditangkap dan 12 nelayan syahid akibat ditembak peluru kapal perang Israel.

Sejak dari Januari 2011 hingga April 2012, sekurang-kurangnya 60 penculikan nelayan dilaporkan, 12 nelayan cedera ditembak, lebih daripada 13 bot nelayan yang diambil, jaring nelayan dan peralatan yang sengaja dirosakkan.

Lebih 3,700 nelayan tetap bekerja di lautan Gaza dan 70,000 orang bergantung kepada pendapatan dari laut tersebut.

Kebenaran untuk menangkap ikan dalam jarak dua belas batu nautika selepas gencatan senjata ini mengembalikan semangat Nelayan dalam industri mereka.

Seorang nelayan bernama Nunuh ketika ditanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuhan di atas perdamaian dan kemenangan pejuang juga berpeluang keluar dari rumah untuk kembali bekerja mencari rezeki.

Nunuh mengatakan bahawa gaji harian untuk nelayan hanya sekitar 300 sheqel (RM238) hingga 20 sheqel (RM 15).

Gaza sangat bergantung pada ikan yang diseludup dari Mesir melalui terowong dan adakalanya tidak berpeluang memperolehinya jika operasi keselamatan diperketatkan.

Nelayan di Gaza juga mengatakan bahawa aktiviti penangkapan ikan tempatan kini(sebelum gencatan) dapat menyediakan hanya 20 peratus daripada keperluan pasaran makanan laut Gaza.
TT Aman Palestin Mesir

Sumber/Gambar:
GNN
farmingunderfire
· · 

No comments:

Post a Comment