Monday, November 5, 2012

Kenyataan Akhbar: "Pembayaran Awal Pencen Bulan November Bersempena Perayaan Deepavali Tahun 2012"


Bersempena dengan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 13 November 2012, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen lebih awal bagi bulan November 2012, iaitu pada 5 November 2012.

Sehubungan itu, penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 6 hingga 30 November 2012 boleh menunaikan waran mereka mulai 5 November 2012. Bagi penerima pencen yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 5 November 2012.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

02 November 2012

No comments:

Post a Comment