Monday, March 5, 2012

Memperingati 90 Tahun Keruntuhan Khalifah Uthmaniyah

hilangnya khilafah islamiyyah. usah lagi ditangisi, kembalikannya wahai teman !
RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
 

Sunday, March 4, 2012

10 Golongan Yang Di usir Dari Padang Mahsyar

http://tulahan.blogspot.com,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW24ZpOKjcmgAKAQKnAcaRHelD3R0IFB486FgkalegThxMfebRLFzn2bPtLT4Mp5AQNhg5dagqUvkJQvzNIaMZh8YEJiUNKwHFNoYcezCnCQ4h4NvTgX8qVc1al2YypGeaHI14jOX2vyw/s1600/padang+mahsyar.png
1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Thursday, March 1, 2012

Minum Pagi Bersama Catriona Ross Bahrain (Cat)


Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Terengganu

Muslimat bersarapan Pagi


Kehadiran Muslimat



Cat memberi ucapan









Tazikrah dpd Ustaz Wan Zuki












Pada 28hb Februari 2012 di Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu telah diadakan satu majlis Minum Pagi bersama Catriona Ross Bahrain ataupun lebih dikenali dengan panggilan Cat.Ramai daripada golongan muslimat datang berkunjung ke masjid ini untuk melihat dengan lebih dekat seorang insan seni yang telah berhijrah .

Cat memaklumkan perubahan ini berlaku selepas peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya  pada tahun 2007 dan musibah ini memberikan banyak pengajaran kepadanya.Menurutnya apabila kita ditimpa musibah kita bersabar dan apabila diberi nikmat kita bersyukur.

Dalam soaljawab dengan para muslimat,beliau memaklumkan telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2009 dan sudah mempunyai satu orang anak dan sekarang ini mengandung anak yang kedua pula.Bapanya seorang berbangsa Inggeris dan Ibunya orang Kelantan.Bersekolah di Kuala Lumpur dan di Kota Bharu.Memasuki IPTA di UPM dalam Jurusan Mass Comm. Tamat belajar beliau bergiat dalam bidang lakunan..

Beliau sedia berlakun lagi sekiranya sesuai dengan keadaan dirinya sekarang. Menurut beliau menerusi drama/filem bercorak agama merupakan salahsatu alat  penyebaran dakwah.


Friday, February 24, 2012

Pokok Dipercayai Tempat Nabi SAW Berteduh



Setelah sampai masanya dan ketika yang baik Nabi bersama rombongan niaga telah berangkat membawa barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Selama dalam perjalanan Nabi tidak henti-henti daripada berzikir dan tidak akan bercampur dengan para ahli rombongan yang akan bernyanyi dan bersyair apabila berhenti berehat. Sikap Nabi yang amat berlainan dari sikap kawan-kawan yang lain diperhatikan oleh Maisarah orang kanan Siti Khadijah.

Apabila sampai di negeri Huran semua rombongan niaga dari selatan khususnya dari Mekah akan berhenti rehat di Kota Busra. Nabi akan mengasingkan diri di bawah pokok kayu yang rendangsementara menunggu rombongan bergerak semula ke destinasi yang sebenar negeri Syam. Tempat yang biasa para khafilah Arab singgah ini adalah dekat dengan gereja atau biara rahib Nasrani atau paderi Kristian.

Ketika rombongan Nabi sedang berehat tiba-tiba muncul seorang paderi bernama Nastura dari dalam biara bertemu Maisarah bertanyakan tentang pemuda yang sedang duduk berehat di bawah pokok kayu rendang.

“Siapakah pemuda yang duduk di bawah pokok sana itu”

“Dia adalah pemuda yang berasal dari Tanah Haram dan berasal dari keturunan Quraisy” beritahu Maisarah.

“Adakah dalam kedua matanya ada tanda merah” tanya paderi Nastura. Maksud tanda merah di mata Nabi ialah terdapat bintik-bintik kecil berwarna merah di mata putih Nabi.

” Ya!” Jawab Maisarah.

“Itulah dia penghabisan nabi-nabi Allah. Mudah-mudahan nanti akan manusia mengetahui di kala dia diangkat menjadi Nabi” Jawab paderi Nastura. Paderi Nastura bergegas ke tempat Nabi terus tunduk mencium kepala dan kaki Nabi dan berkata ;

“Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yang disebut oleh Allah dalam Taurat. Sesungguhnya wahai Muhamad, aku telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada pada diri engkau sebagaimana yang telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu. Hanya tinggal satu tanda yang belum aku lihat pada dirimu. Kerana itu bukalah belakangmu untuk aku lihat.”

Setelah Nabi membuka pakaian baginda dan Nastura melihat belakang Nabi, dia berkata kepada Nabi ;

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah, dan saya naik saksi bahawa engkau Utusan Allah yang ummi dari bangsa Arab Bani Hasyim yang berasal dari penduduk Mekah.”

Dengan berjumpanya Nabi dengan paderi Kristian bernama Nastura di Kota Busra ini bererti dua orang paderi Nasrani yang telah baginda temui mengakui kerasulan baginda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sebelumnya. Kali pertama adalah paderi Buhaira ketika Nabi berusia 12 tahun mengikut rombongan perniagaan Pak Ciknya Abu Talib. 

Dengan pengakuan para ulama besar Kristian pada zaman kehidupan Nabi Muhamad SAW tentang kerasulan baginda menunjukkan betapa tanda-tanda atau alamat kedatangan Rasulullah SAW telah diberitahu oleh Allah SWT terlebih dahulu semoga manusia tidak akan ragu-ragu terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhamad SAW.

Selepas peristiwa bertemu Paderi Nastura Nabi bersama rombongan meneruskan perjalanan ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan yang dibawa.

Kisah ini petikan dari buku “Sejarah Rasulullah Uul Azmi Terbesar Nabi Muhamad SAW” susunan Tarikuddin Haji Hassan mukasurat 79 – 81.

Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai sirah Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

sumber lamankongsi

Wednesday, February 22, 2012

Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500 bagi gred 1-54


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
  
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
  
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
  
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.
  
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
  
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.
  
"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
  
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
  
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
  
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
  
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
  
- Bernama
 
 Sumber Malaysiakini

Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam, kata Dr Asri


KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi “asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.
Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.
“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.
 “Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.”
Asri (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian.
Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.
“Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.
“Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu,” katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam.
Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.
Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak.
“Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa,” katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa.
“Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.”
Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam.
Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah.
“Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu.
“Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga menambah “asabiyah” ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Sumber the malaysian insider

Tuesday, February 21, 2012



Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat

Harakahdaily, 20 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.

Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemim­pin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan­ ada tidak kena.

Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.

Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.

Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemim­pin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.

Monday, February 20, 2012

AS Siapkan 17 Kapal Tempur di Selat Hormuz, Iran Siap sedia

Oleh: HALIMISLAM

"Parlimen Rusia menilai kehadiran kapal-kapal tempur Amerika Syarikat di Teluk Parsi sebagai tindakan bahaya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Parlimen Rusia, Laksamana Vladimir Komoyedov, menyatakan, jika dianggap perlu, kapal-kapal tempur Amerika itu dapat melancarkan serangan tentera ke Iran dan menembak ratusan peluru berpandu balistik ke wilayah Republik Islam.

"Ketika ini terdapat 17 unit kapal tempur Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan peluru berpandu balistik jenis Tomahawk,'' ujar Komoyedov.
Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) menyatakan bahawa kehadiran serentak beberapa unit gerak cepat kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan Teluk Parsi tidak ada hubungannya dengan peningkatan ketegangan soal Iran.

"Di antara 17 kapal tempur Amerika itu, terdapat dua kapal selam jenis Los Angeles-yang masing-masing mengangkut 12 peluru berpandu balistik. Selain itu, ada juga tiga kapal perang jenis Ticonderoga yang dilengkapi dengan 78 peluru berpandu Tomahawk, 12 kapal perosak yang dilengkapi dengan peluru berpandu pintar jenis Arleigh Burke dan jumlah totalnya mengacapai 352 unit (28 unit di setiap kapal), "katanya.
Menurut Komoyedov, jika hubungan antara Iran dan Barat semakin buruk, maka kapal-kapal tempur Inggeris, Itali, Perancis, Jerman, dan negara-negara lain anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) boleh bergabung dengan armada laut Amerika Syarikat di Teluk Parsi. "

Iran Siap sedia
Sementara itu, Iran menyatakan kesiagaan keselamatan di Selat Hormuz sebagai keutamaan utama.
"Angkatan bersenjata Iran dengan segenap kemampuan pertahanannya siap sedia penuh untuk melindungi serta menjaga kestabilan Selat Hormuz dan kawasan Teluk Parsi," ujar Jurucakap Jabatan Luar Negeri Republik Islam Iran, Ramin Mehmanparast saat berpidato di bandar Bushehr, Rabu (15/2).
Menurut dia, Wilayah Bushehr memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan Iran. Mehmanparast menuturkan pemasangan nuklear Bushehr dan Fars Selatan di wilayah selatan Iran menjadi simbol kemenangan bangsa Iran dalam menggapai teknologi maju
Adakah ketegangan ketenteraan antara AS-Iran akan menjadi pencetus perang antara kedua-dua negara itu?
 Sumber : www.halimislam.blogspot.com
"