Monday, May 26, 2014

Ucapan Al-Fadhil Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Kepada Rakyat Mesir Sekitar Plihanraya Presiden Berdarah

Alhamdulillah. Selawat dan pujian ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan ke atas semua pengikut baginda.
Wahai anak-anakku, cucu-cucuku serta saudara-saudaraku di Mesir! Aku ingin mengatakan pada hari ini sesuatu yang tidak boleh aku elakkan lagi daripada mengatakannya, demi menegakkan yang haq serta menghapuskan kebatilan meskipun dibenci oleh golongan mujrimun(pendosa). Demi Allah bukanlah kata-kata aku ini kerana ingin mencari kelazatan di dunia, juga bukan kerana takut pada manusia. Sesungguhnya aku berkata kerana Allah dan kerana kebenaran yang ditegakkan di dunia ini.
Aku ingin mengatakan bahawa tidak dibenarkan ke atas rakyat Mesir yang bebas dan telah berkorban pada 25 Januari 2011 serta selepasnya untuk mengkhianati revolusi tersebut serta para syuhada. Hal tersebut hanya akan membawa kepada pembunuhan oleh para samseng yang tidak mengira siapa mangsa mereka walaupun kanak-kanak, dan telah menjadikan ramai wanita janda serta membuatkan ibu kehilangan anak mereka.
Wahai anak-anak Mesir! Penyaksian ini akan dikira dihadapan Allah pada hari kiamat kelak. Demi Allah yang telah berfirman,
Hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah," [65:2].
Janganlah bersaksi di atas penipuan, sesungguhnya ia adalah dosa besar.
Allah telah memerintahkan kita untuk memilih pemimpin agama mahupun dunia kita dari kalangan mereka yang kuat dan amanah.
"Sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja ialah seorang yang kuat dan dapat dipercaya," [28:26]. FirmanNya yang lain pula, "JanjiKu tidak berlaku pada orang-orang yang zalim," [2:124].
Rasulullah s.a.w bersabda dan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Huraira, "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kedatangan hari kiamat." Sahabat kemudian bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari kiamat." [Riwayat Bukhari]
Wahai anak-anak Mesir! Haram ke atas kalian untuk menzalimi negara kalian serta para syuhada, saudara dan diri kalian. Haram ke atas kalian untuk mensia-siakan masa depan kalian serta anak-anak kalian dengan undian kalian ka atas kezaliman ini.
Sesungguhnya wajib ke atas kalian untuk mengatakan tidak dan menolak daripada memilihnya, "Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka," [11:113].
Tidak dibenarkan ke atas kalian untuk mengundi mereka yang bermaksiat kepada Allah, yang telah mengkhianati amanah, menjatuhkan presiden yang sah, melanggar ikrar dan janji, merosakkan perlembagaan dan membelakangi undang-undang.
"Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di muka bumi, serta merosak tanam-tanaman dan ternak, sedang Allah tidak menyukai kerosakan," [2:205]
Jangan melibatkan diri dalam pilihanraya! Jangan kalian bersekongkol dengan kezaliman! Biarkan mereka membawa dosa zalim mereka sendiri.
Jangan terlibat dalam jenayah memilih lelaki yang gembira dengan kedatangan Zionis serta musuh-musuh ummah!
Lelaki ini bukan sahaja berperang dengan Islamis, malah dengan mereka yang menyeru kepada kebebasan.
Sesungguhnya ia adalah detik pemisah dalam sejarah Mesir. Ditulis pada sejarah Mesir anak-anaknya dengan cahaya pengorbanan mereka dan penentangan mereka ke atas orang-orang yang zalim, dan memboikot siapa yang mengangkat suaranya dengan kata-kata Firaun, "Aku hanya mengemukakan kepadamu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kamu jalan yang benar," [40:29]
Wahai rakyat Mesir di ibu kota, negeri, bandar dan kampung! Duduklah di rumah kalian dan jangan bawa diri kalian kepada dosa yang besar.
Jangan dengar kepada ahli-ahli serban yang palsu yang menggunakan agama untuk menipu manusia. Mereka bukanlah ulama agama tetapi ulama kerajaan dan pekerja-pekerja polis. Serban pada kepala mereka bukanlah serban yang asli. Semuanya tiada pada mereka serban di akhir hayat. Serban tersebut hanyalah serban demi mendapatkan pekerjaan!
Ulama Azhar yang sebenar adalah pemuda-pemuda serta wanita-wanita yang memenuhi dataran dan medan, yang mengetuai perarakan, yang merasai kesusahan serta mengatakan tidak kepada yang batil dengan mulut mereka. Mereka adalah yang membawa tugas mengatakan yang benar di hadapan pemerintah zalim.
Manakala mereka yang membunuh, melakukan jenayah serta memenjarakan orang bukanlah daripada kalangan ulama Azhar yang sebenar, "Dan orang-orang yang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali," [26:227]
Ya Allah aku telah sampaikan, maka kau saksikanlah!
Yusuf Al-Qaradhawi,
Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia.
Sumber : الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment