Monday, May 26, 2014

201 para ulama bersetuju dengan memfatwakan 'HARAM' menyertai pilihanraya di Mesir]

25 Mei 2014, Istanbul, Turki, telah diadakan satu muktamar yang dihadiri oleh 201 orang Ulama yang datangnya dari pelbagai negara dan sebulat suara untuk menjatuhkan hukum 'HARAM' terhadap pilihanraya yang akan diadakan di Mesir pada hari Isnin dan selasa (26 dan 27 mei 2014) ini.
Fatwa pengharaman ini telah disepakati di bawah "Lajnah Penyelarasan Fatwa Umat Islam" dibawah tajuk perbincangan dan permasalahan ummat islam di Mesir iaitu :
" Haram keatas mereka yang menyokong KUDETA dan bersepakat dengannya "
Di dalam persidangan itu, telah sepakat para Ulama dengan mengharamkan segala bentuk kerjasama oleh rakyat Mesir kepada KUDETA dari pimpinan dan pentadbiran yang rendah hinggalah pimpinan yang tertinggi.
Pengharaman ini juga adalah kerana iainya berkaitan dengan penggulingan dan rampasan kuasa terhadap bekas presiden Mesir yang sah iaitu Dr Mursi yang dipilih secara sah dan adil iaitu dengan cara Demokrasi dan disokong oleh Majoriti rakyat Mesir oleh KUDETA itu sendiri.
Di akhir muktamar itu, mereka menyeru agar RAKYAT MESIR memboikot dan memulaukan segala bentuk proses pilihanraya presiden yang dijalankan di Mesir pada ketika ini demi kesejahteraan rakyat mesir sejagat. Hal ini demikian kerana, telah tercatit dan terbukti dalam sejarah hitam MESIR bahawa calon presiden yang bertanding ini, adalah individu yang telah melakukan kemusnahan dan kezaliman terhadap rakyat mesir demi mencapai cita-citanya untuk berkuasa di Mesir.
26 Mei 2014
Sumber : R.N.N / RASD / Misr Youm / Malaysians 4 Egypt - M4E
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment