Wednesday, September 26, 2012

[Gambar] Lelaki Tangkap Muammar Ghadafi Diculik & Ditembak



Ketegangan tercetus di Misrata, Libya Selasa lalu selepas bekas pemberontak yang telah dikreditkan terhadap penangkapan bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia selepas diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata. 
Omran Ben Shaaban, 22, dilaporkan diculik oleh kumpulan tersebut di bandar oasis Bani Walid, Julai lalu. Bandar itu merupakan kubu terakhir penyokong setia Gaddafi dalam konflik 2011, kata saudaranya Walid kepada AFP.
 
Omran dikatakan cuba untuk melarikan diri daripada penculiknya, namun cubaannya itu gagal dan dia dilaporkan telah dipukul serta ditembak di bahagian leher dan perut, kata Walid lagi. 
Omran telah dibebaskan 50 hari kemudian dalam keadaan kritikal dan diterbangkan ke Perancis untuk menerima rawatan di sebuah hospital. Walau bagaimanapun, Omran meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital tersebut, tambah Walid bin Shaaban. 
Sebuah pesawat swasta telah menerbangkan jenazah Omran ke Misrata. Jenazahnya disambut oleh kaum keluarga dan sahabat handai.  
Omran ketika dirawat di hospital
Omran menjadi terkenal selepas gambar dan video yang memaparkan dia memegang Gadhafi ketika beliau ditangkap bersembunyi dalam sebuah longkang pada 20 Oktober 2011 di Sirte tersebar di internet dan akhbar antarabangsa. - DCM/AFP
 
Sumber duniacacamarba


No comments:

Post a Comment