Wednesday, October 19, 2011

Majlis Graduasi 2011 SMK Padang Midin Kuala Terengganu.




Sebahagian dpd pelajar-pelajar yg menerima Sijil Graduasi


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu merasmikan Majlis Graduasi

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menerima Sijil Graduasi





Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Menyampaikan Sijil Graduasi
Pengetua SMK Padang Midin Pn Hajjah Zah 
Anak bongsu Unggul yang berada di Tingkatan Lima turut menerima Sijil Graduasi


Pada hari ini 19hb Oktober 2011 di SMK Padang Midin Kuala Terengganu,Terengganu telah mengadakan Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang telah berjaya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi menerima Sijil Graduasi. Jumlah pelajar Tingkatan Lima yang layak menerima sijil tersebut ialah sebanyak 243 orang pelajar dan manakala pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas sebanyak 49 orang pelajar.

Majlis Graduasi ini dirasmikan oleh Tn Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu En Razali bin Daud.Dalam ucapan perasmian beliau berkata bahawa inilah julung kali SMK Padang Midin mengadakan Majlis Graduasi ini semenjak sekolah ini ditubuhkan.Kebetulan beliau juga adalah bekas pelajar sekolah ini.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang ramai hadir ke majlis ini. Kepada pelajar-pelajar beliau meminta supaya terus bertungkuslumus mengulangi pelajaran kerana peperiksaan STPM dan SPM hanya tinggal beberapa  minggu lagi.

Puan Pengetua Hajjah Zah binti Mohamad dalam kata aluannya menyatakan bahawa sesungguhnya dalam perjalanan hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecermelangan diri dan salah satunya ialah anak-anak pelajar telah bukti  melalui Majlis Graduasi ini.Jadikanlah keputusan SPM dan STPM 2011 nanti sebagai landasan meneruskan kecemerlangan diperingkat yang lebih tinggi.

Pn Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru,ibubapa,pelajar-pelajar yang memberikan komitmen dan kerjasama untuk menjayakan majlis ini demi untuk menuju kecemerlangan bersama.
.



No comments:

Post a Comment