Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
Isi kandungan |
Asal-usul
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu. [2]
Persatuan Pekerja atau Buruh
Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-undang(Law Day).
Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.
Hari Mei di United Kingdom
Di United Kingdom, acara-acara politik kadangkala memecahkan mereka kepada dua kem. Pergerakan Buruh perdana meraikan Hari Mei mereka pada hari Isnin pertama di dalam bulan Mei, yang mana ia adalah hari cuti kebangsaan dan mungkin atau mungkin tidak wujud pada 1 Mei. Perarakan berskala kecil telah dianjurkan parti-parti politik (biasanya termasuk tetapi tidak terhad kepada Parti Buruh, Parti Pekerja Sosialis, Parti Sosialis Scotland, Parti Komunis Britain dan kumpulan berhaluan kiri yang lain). Keraian sebegini biasanya ditandakan dengan perkhemahan arak di tempang letak kereta dan penjualan bahan-bahan propaganda Marxist.Hari sebenar 1 Mei di U.K., walau bagaimanapun ,secara umumnya digambarkan dengan perarakan-perarakan umum dan demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan anarki , walaupun dalam tahun-tahun kebelakangannya ia juga melibatkan kumpulan-kumpulan komunis, secara khususnya mereka daripada cawangan Trostsky.
Hari Mei di Jerman
Hari Mei pada masa kini masih mempunyai kepentingan politik, dengan kesatuan pekerja dan parti-parti politik sering menggunakan hari Mei ini untuk aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen politik,tetapi sejak 1987 ia juga dikenali sebagai mogok besar oleh radical berhaluan kiri, termasuklah senario punk rock, Autonome, dan lain-lain lagi, tetapi juga ramaja-remaja "biasa" yang benci kepada polis. Walau bagaimanapun, Hari Mei 2005 di Berlin adalah yang paling aman dalam jangkamasa 23 tahun years.Tahun-tahun kebelakangan ini, neo-nazi dan kumpulan-kumpulan lain berhaluan radikal kanan seperti NPD juga menggunakan hari ini untuk mengaturkan demonstrasi-demonstrasi awam, biasanya membawa kepada pertempuran dengan pembantah berhaluan kiri, yang mana ia menjadi satu perisitiwa keganasan di bandar bersejarah Leipzig di 1998 dan 2005.
Hari Mei Eropah(EuroMayDay)
Semejak 2001, EuroMayDay telah menjadi sebahagian daripada keraian Hari Pertama dari bulan Mei, yang bertujuan untuk mengemaskini isi kandungan politik dalam tradisi Hari Mei. Titik rujukan EuroMayDay adalah bukan pada kelas pekerja industri, tetapi lebih kepada pekerja-pekerja sementara/fleksi/net yang semakin bertambah dan tidak menentu. EuroMayDay bertujuan untuk mencipta satu penentang yang jelas terhadap ketidaktentuan pekerjaan dan kehidupan. EuroMayDay berasal daripada Milan, Italy, yang mana ia mulanya merebak ke Barcelona in 2004 dan kemudiannya ke bandar-bandar seluruh Europah pada 2005. Dalam tahun 2005, lebih kurang 200.000 orang ramai mengambil bahagian dalam EuroMayDay.Dalam tahun 2005, rangkaian EuroMayDay menggunakan slogan Ketidaktentuan dunia mariklah kita bersatu dan lancarkan mogok untuk satu Eropah yang bebas dan radikal(Precarious of the world let's unite and strike 4 a free open radical Europe.Middlesex Declaration of Europe's Precariat 2004 lahir daripada acara Beyond ESF yang diadakan selari dengan Forum Sosial Europah yang diadakan di London pada September 2004. Dalam tahun 2006, lebih banyak bandar mengambil bahagian dalam EuroMayDay. Bilangan penglibatan peserta telah bertambah dari 5000 orang di Milan pada tahun 2001 kepada 50.000 dalam tahun 2003 dan 100.000 orang dalam tahun 2004 (Milan dan Barcelona). Bandar-bandar EuroMayDay telah memasukkan Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, Hamburg, Helsinki, Jyväskylä, L'Aquila, Leon, Liege, London, Maribor, Marseilles, Milan, Naples, Palermo, Paris, Seville, Stockholm and Vienna.
No comments:
Post a Comment