Oleh FitrahIslami
Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu.
Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.
2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
(1.)
Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul
Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang
sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah
dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok
yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah
perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi
hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.
4.
Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat
beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi
Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh
Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang
pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi
Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi
dengan dua syarat:
1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan
yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang
diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
5.
Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di
Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari
ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada
bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat
adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia
menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir
daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku
baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan
seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui
adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang
sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk
dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan
berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa
merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau
menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun
mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian
daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk
menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi
kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu.
Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam
setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
7.
Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang
dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti
berikut:
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang
dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh
hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut
orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan
mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang
umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang
didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan
mereka.”
8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)
- KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1.
Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak
melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak
bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik adalah
dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan
ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur
jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang
musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan
sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa
selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang
mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah
diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka.
Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan
penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian
hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu
menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk
ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh
terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh
ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran
yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan
dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa
perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri
dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam
masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi
ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu
memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam
menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan
ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil
langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk
lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama
yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang
mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang
hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan
tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah
sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri,
keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat,
mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari
tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya
akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara
seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah,
serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar
tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi
ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan
semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu
umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan
yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment