Monday, May 21, 2012

Arkitek mengesahkan peraturan pembinaan stadium tidak dipatuhi


Muda Mohd Noor

Bumbung stadium yang baru dibina itu runtuh pada 2 Jun 2009 sehingga hari ini belum dibaikpulih sepenuhnya.

PETALING JAYA: Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu runtuh kerana kerajaan tidak mematuhi peraturan pembinaannya, kata arkitek perunding Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah.
Bumbung stadium yang baru dibina itu runtuh pada 2 Jun 2009 sehingga hari ini belum dibaikpulih sepenuhnya.
Stadium berharga kira-kira RM270 juta boleh memuatkan 50, 000 penonton digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2008.
Bercakap dalam ceramah di Kuala Tgganu, Raja Kamarul Bahrin Shah  berkata, terdapat salah faham atau fakta yang sengaja disalah tafsirkan, untuk memesongkan pandangan umum terhadapnya. “Saya dilantik sebagai arkitek, tetapi tidak diberi kuasa untuk menjaga projek itu,” kata koordinator NGO Amanah Terengganu.
Menteri Besar Terengganu,  Datuk Seri Ahmad Said  berkata, semua pihak bersalah tetapi tidak ada sesiapa pun yang betul-betul bersalah.
Sumber freemalaysiatoday



No comments:

Post a Comment