Sunday, May 6, 2012

Nasihat Sheikh Yusuf Qardawi pada umat Islam Malaysia


  • Delegasi daripada Majlis Fatwa Negeri Perlis yang menziarahi ulama tersohor dunia Islam sekarang ini, Prof Dr Sheikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, 86 tahun mendapat beberapa nasihat penting untuk disampaikan kepada umat Islam khasnya rakyat muslim Malaysia. Berikut nasihatnya:
    • Keseluruhan ulama serta cendikiawan Islam seluruh dunia perlu bekerjasama demi membina semula ketamadunan Islam.
    • Perselisihan pendapat menjadi punca utama perpecahan umat Islam di seluruh dunia dan selagi usaha menyatukan mereka tidak dijalankan amat sukar untuk usaha tersebut dijalankan.
    • Umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadi 'fanatk' dengan Mazhab yang menjadi ikutan mereka.
    • Bagi mereka yang tidak mengikuti mana-mana mazhab pula perlulah menghormati dan tidak menolak mereka yang mempunyai mazhab ikutan.
  • Ada berbagai fahaman muncul diseluruh dunia sejak dahulu lagi dalam dunia Islam dan memang ini menjadi salah satu punca keretakan kesatuan umat Islam di seluruh dunia termasuklah juga di negara kita.
  • Dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang ini di mana ilmu berada dihujung jari kita, maka kerja menceduk ilmu menjadi begitu mudah sekali bagi mereka yang mahu mencarinya.
  • Kemudahan ini juga membuatkan percambahan pelbagai fahaman menular dengan begitu cepat sekali dan majoritinya menjadi pengikut ikut-ikutan yang kebanyakannya mencampur adukkan berbagai fahaman yang bersesuain dengan jiwa masing-masing.
  • Tidak hairanlah fahaman Syiah yang ditolak di negara kita berjaya mendapat tempat di sebilangan penduduk muslim negara kita. Fahaman Wahabi juga sudah menjadi perkara biasa dibual bicarakan sesama kita, begitulah juga beberapa fahaman lain seperti menjadikan hanya Al-Quran sebagai sumber rujukan dan juga fahaman tasawuf atau tarekat seperti Wahdatul Wujud dan lain-lain terdedah kepada penduduk muslim di seluruh dunia.
  • Mohonlah kepada Allah senantiasa agar Dia membimbing kita ke jalan yang benar, menghidupkan dalam kebenaran dan mematikan kita dalam kebenaran.
  • Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment