Saturday, May 5, 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet (3)


By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (2).

KEDUA: SISTEM PIRAMID.

Sistem Pyramid dahulunya di Malaysia lebih dikenali sebagai skim Pak Man Telo. Sistem ini secara dasarnya adalah mengambil pelaburan daripada individu atau kumpulan dan seterusnya membayar pendapatan daripada pelaburan ahli di bawah.

Sistem ini juga dikenali sebagai “Chain Letters, Chain Referral, Binary Compensation Plan, Matrix Marketing atau Forced Matrix”. Pada asasnya ianya adalah sistem yang membayar imbuhan berdasarkan pelaburan orang yang terkemudian atau downline.

Di negara barat Sistem Pyramid telah wujud sejak tahun 1920an lagi di Amerika Syarikat dan juga Sepanyol. Ianya adalah variasi dari Skim Ponzi yang diasaskan pada 1919. Sekali lagi, kehebatan dan kekreatifan pakar-pakar penipuan semasa telah mengubahsuaikan sistem ini mengikut peredaran zaman yang berkaitrapat dengan perubahan prasarana dan teknologi.

Contohnya, sebelum era internet, sistem pembayaran skim pyramid dan lain-lain skim penipuan terkemuka agak melecehkan iaitu secara tunai, pengiriman wang pos, cek dan sebagainya. Tetapi dengan wujudnya system pembayaran melalui media internet, semuanya automasi. Kaedah-kaedah pembayaran adalah menerusi system transaksi yang canggih seperti system Paypal, StormPay dan Egold.

Fokus utama sistem ini adalah pelaburan dan penarikan pelaburan ahli baru. Kamu dijanjikan keuntungan besar dan kedudukan yang lebih apabila lebih ramai orang menyertai program ini. Selepas beberapa ketika sistem ini menjadi bentuk piramid kerana bilangan diatas adalah sedikit dan bilangan di bawah adalah ramai.

Motto mereka antara lainnya adalah Bekerja Secara Bijak, Bukan Bekerja Keras (Work Smart, Not Work Hard). Tetapi “Motto Tersembunyi” yang sebenarnya adalah “Bekerja Secara Bijak Sekarang, Kerana Ramai Yang Di Bawah Akan Bekerja Untuk Anda Kemudiannya”.

Pengiklanan skim ini juga hampir menyerupai sebahagian besar sistem yang di gambarkan diatas. Di dunia internet ianya lebih mirip kepada pemukauan dengan pembelian syer, distributorship atau pencarian “Downline atau orang baru di bawah anda”. Sistem ini sudah pasti akan menemui kegagalan.

Hal ini kerana selepas beberapa waktu beroperasi, kadar pertambahan ahli baru akan susut dan pelaburan baru tidak dapat menampung pembayaran ahli lama apabila sampai waktu pusingan pembayaran berikutnya. Jumlah pelabur yang ramai di bawah (pelabur terkemudian) pasti akan mengalami kerugian dan tidak akan mendapat pulangan walau sesenpun.

Rasional sebahagian besar yang memasuki skim ini adalah masih ada ramai lagi yang akan menyertainya. Dia yakin, dia akan mendapat pulangan sebelum sistem ini jatuh. Samada kita sedar atau tidak apabila kita menyertai program sebegini, kita sebenarnya mengambil hak orang lain. Tetapi realitinya, sebahagian besar manusia tetap menyertainya kerana inginkan kekayaan dengan jalan mudah.

Sebagai contoh; suatu skim yang memerlukan kamu mencari hanya 6 orang downline dibawah kamu dan akan menghasilkan penyertaan hampir sepuluh juta peserta (10 million). Walaupun secara matematiknya di atas kertas ianya boleh digambarkan, namun secara realitinya ianya sesuatu yang mustahil di Malaysia kini.

Contoh-contoh Skim Piramid Online

1. Hanya Sedikit Untuk Banyak.
(Just A Little For A Lot)

Syarikat Webco menawarkan pelaburan USD10.00 dan Sistem Downline Sepuluh, dengan tujuan kamu dapatkan USD10,000.00 selepas downline kamu cukup seribu orang (1,000 orang). Pemukauan adalah berdasarkan pelaburan yang kecil USD 10.00. Kamu di pukau dengan adanya Jutaan Pelayar Internet yang mana untuk kamu mendapatkan 1,000 ahli di bawah kamu tidaklah susah.

Kamu di umpan dengan harapan dalam sedikit masa lagi kamu akan mendapat USD1,000.00. Jumlah pelaburan yang kecil ini membuatkan ramai Pelayar Internet tidak akan menyaman sekiranya skim ini gagal. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tetapi yang kaya sebenarnya operator skim ini. Bayangkan, sekiranya beliau menipu 100,000 orang, beliau telah pun mendapat USD1Juta. Kamu pelabur hanya berharap kepada USD1,000.00 sahaja.

2. Sekaki Atas Yang Lain (A Leg Up On The Others)

Syarikat Metal Trade menawarkan system binary yang mana kamu hanya perlu membayar USD$288.00 yang mana USD$200.00 adalah untuk catalog masa hadapan syarikat tersebut. Selepas itu kau hanya perlu mencari dua orang downline sahaja. Dua orang di bawah kamu akan mecari dua orang lagi dan begitulah seterusnya. Lebih besar kumpulan bawahan kamu, lebih besar peluang pendapatan tunai bulanan yang kamu dapat.

Jika 12 orang menjadi ahli di bawah kamu, kamu berpeluang mendapat USD400.00, seterusnya 36 orang, 50 orang dan berikutnya. Kamu di pukau dengan pulangan sehingga USD$18,528.00 sebulan. Mengejutkan lagi mereka mendakwa telah menerima sokongan Badan Perniagaan Amerika Syarikat dan juga telah dianalisa oleh University of Harvard. Penipuan identiti ini sebenarnyalah yang memukau ramai pelabur untuk mempercayai skim ini.

3. Azimat Sekolah Atasan
(Upper School Charm)

Persatuan Penyimpan Oxford menawarkan kamu menyimpan duit dalam bentuk pinjaman kepada bank. Dalam ertikata lain Persatuan ini berhutang dengan kamu. Kamu akan dibayar balik sebanyak 10% sebulan compounding sehingga sepuluh tahun. Kamu juga digalakkan menjemput rakan lain untuk memberi hutang kepada persatuan ini.

Sekiranya rakan kamu melabur, dengan setiap pelaburan mereka, kamu akan diberikan 1% dari nilai pelaburan mereka sebulan. Perjanjian atau akad yang kamu setujui ketika kamu memberikan pinjaman kepada Syarikat ini, membolehkan mereka melepaskan diri daripada
tindakan undang-undang.

Kamu bersetuju dengan risiko pinjaman yang kamu berikan. Umpan mereka adalah mereka akan mula membayar dengan pelaburan kamu atau pun pelaburan baru. Akaun kamu memperlihatkan pinjaman pokok kamu kepada mereka tidak berubah, tetapi mereka telah
mula membayar dividen kepada kamu.

Trend ini akan mereka teruskan, biasanya selama setahun atau bilamana pelaburan baru boleh menampung pembayaran mereka. Kepada yang menambahkan pelaburan, mereka akan
membayar pada masa, tetapi mereka juga mengamalkan profiling untuk megoptimasikan umpan mereka.

Ringkasan

Hampir kesemua sistem yang dijalankan dan dipromosikan di atasnmenyatakan kesahihan dan juga testimony yang akan meyakinkan kamu untuk melabur. Tetapi kamu perlulah sedar bahawa hampir kesemua program ini akan hancur di kemudian hari.

Perhatian!

Trend di akhir 2005 – lebih banyak penipuan secara skim pyramid ini melibatkan penawaran sistem pembayaran dan penerimaan imbuhan melalui sistem kad ATM. Dalam kes terbaru, Bank Of Lousiana telah tertipu melalui pemberian card Maestro Cirrus oleh beberapa sindiket berasaskan skim pyramid.

Insya Allah, saya akan bongkar perkara KETIGA pula, mengenai saham syarikat syarikt atau rakan perniagaan.


 

No comments:

Post a Comment