Cara Orang Melayu Dahulu Beraya
SEBELUM
kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini
seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan
alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan
lain-lain.
Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.
Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.

Di
sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal
ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa
maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai
hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut
menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan
Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu
amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya
Melayu.
Merantau
Orang
Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu.
Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia
Melayu.
Maka
setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin
untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi
suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.
Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.
Cuba
bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari
Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu
sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.
Bagaimanakah
pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri
sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya
Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?
Dalam
ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa
berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan
masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul
Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan
dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
Pada
Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil
takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir
mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada
laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan
meraikan kemenangan perang itu.
Tetapi
bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan
sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak
kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari
Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan
teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.
P/S : Gambar sekadar hiasan sahaja..
Sumber budakladang.com