Friday, July 20, 2012

Rashid Maidin - Wawancara 1989



Bapak Rashid Maidin
Oleh: matpit
"Bapak Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan ulung yang berasal daripada kaum buruh. Pada akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah British, dan kemudian, fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat.

Pada tahun 1955, beliau telah ikut serta dalam Rundingan Baling yang berlangsung antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan berperintahan sendiri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Hari ini, beliau tetap dengan gigih berjuang demi kebebasan, demokrasi, keadilan masyarakat serta perdamaian dalam negeri yang diidam-idamkan rakyat tanah air kita..

Soalan: Bilakah Bapak dilahirkan?
Rashid Maidin: Saya dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1917.
Soalan: Kalau begitu, Bapak lebih tua daripada Bapak Abdullah C.D.
Rashid Maidin: Ya, Abdullah C.D. atau Cik Dat enam tahun lebih muda daripada saya. Beliau dan saya adalah rakan seperjuangan yang paling akrab sejak akhir Perang Anti-Jepun hingga sekarang.

Soalan: Apakah rahsia kesihatan Bapak? Daripada wajah Bapak, Bapak kelihatanbelasan tahun lebih muda. Bolehkah Bapak ceritakan secara terperinci untuk pengetahuan generasi muda?
Rashid Maidin: (ketawa) Sebenarnya, tak ada sebarang rahsia. Menurut pengalaman saya, pertama-tama, kita mesti mempunyai semangat yang optimis untuk menjayakan cita-cita hidup kita berjuang untuk rakyat dan tanah air. Ini paling penting. Selain itu, saya sentiasa amalkan latihan gerak badan, bersukan, termasuk berjalan kaki dan latihan taichi qigong. Tambahan pula, alam sekeliling di hutan rimba yang hijau ini begitu menyegarkan. Udaranya bersih dan nyaman, tak ada hingar-bingar dan debu-debu, seperti di kota.

Soalan: Kami juga dapat tahu Bapak seorang penggemar muzik.
Rashid Maidin: Ya, muzik, khasnya muzik asli, memang saya minati sejak kecil lagi.

Soalan: Ada orang mengatakan Bapak seorang penggesek biola.
Rashid Maidin: (ketawa) Oh, itu indah khabar dari rupa. Saya sudah lama gantung biola saya.

Soalan: Seperti tercatat dalam sejarah, Bapak salah seorang anggota perwakilan Parti Komunis Malaya dalam Rundingan Baling pada bulan Disember 1955.
Rashid Maidin: Ya, kami bertiga, iaitu Chen Ping, Chen Tien dan saya, telah menghadiri perundingan tersebut bagi pihak PKM.

Soalan: Apakah tujuan perundingan itu?
Rashid Maidin: Tujuannya adalah untuk mencari jalan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British serta menamatkan perang yang dilancarkan penjajah British yang bermula pada 20 Jun 1948.

Soalan: Bagaimanakah sikap orang ramai pada masa itu terhadap perwakilan PKM?
Rashid Maidin: Orang ramai sangat menginginkan kemerdekaan. Apabila rombongan kami keluar dari hutan di Kelian Intan dan dibawa dengan kereta ke Baling, di sepanjang jalan, orang ramai tak putus-putus mengalu-alukan kami. Di Baling, puluhan ribu massa rakyat menunggu ketibaan kami dan menyambut kami dengan pekikan “Merdeka”.

Tempat penginapan kami di Baling dipagari kerawat berduri dan orang ramai tak dibenarkan masuk. Jadi, mereka berasak-asak di luar, ingin melihat kami dan bersalaman dengan kami. Kami juga dengar mereka panggil nama kami. Pendek kata, orang ramai, baik Melayu mahupun bukan Melayu, menganggap kami sebagai pejuang kemerdekaan. Suasana hangat itu begitu mengesankan dalam ingatan saya sampailah ke hari ini.

Soalan: Bagaimanakah sikap perwakilan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu masa itu?
Rashid Maidin: Perwakilan mereka disertai oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall dan juga Abdul Hamid Jumat. Sungguhpun perundingan itu perundingan damai, malangnya sikap mereka sangat keras, bahkan bermusuhan. Kami diberi kata dua, iaitu sama ada menyerah diri atau dihapuskan. Kami tentu tidak boleh terima kata dua sedemikian.

Soalan: Apakah sikap PKM dalam perundingan itu?
Rashid Maidin: PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaan. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya, dan beliau berjanji untuk menemui kami lagi setelah kembali dari London. Sayangnya, ini tidak berlaku. Sebaliknya, Kerajaan Tunku menerima syarat-syarat penjajah British dan meneruskan perang warisan penjajah itu ke atas kami.

Soalan: Apakah ini sebab utama perang itu berubah menjadi perang dalam negeri?
Rashid Maidin: Ya.

Soalan: Berbalik kepada latar belakang Bapak, bolehkah Bapak ceritakan sedikit tentang keluarga Bapak?
Rashid Maidin: Saya lahir dalam keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Datuk dan nenek saya berasal dari Rawa, Sumatera. Mereka berhijrah ke Perak pada akhir abad ke-19. Adik-beradik saya lapan orang, tujuh lelaki dan satu perempuan. Saya anak yang paling tua.

Soalan: Benarkah Yang Berhormat Encik Yusuf Maidin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Sungai Manik, itu adik Bapak?
Rashid Maidin: Benar. Ketika dia di sekolah vokesyenal, saya membantu belanja persekolahannya.

Soalan: Bagaimanakah persekolahan Bapak sendiri?
Rashid Maidin: Saya belajar di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, dan lulus darjah 5. Pada sebelah petang, saya belajar agama di madrasah Kampung Gunung Mesah. Kerana ibu bapa saya miskin, lepas tamat sekolah Melayu pada tahun 1928, saya pun terpaksa mencari kerja.

Soalan: Tapi Bapak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Bilakah Bapak belajar?
Rashid Maidin: Boleh sikit-sikit. Sebenarnya, walaupun terpaksa berhenti sekolah, tapi minat untuk terus belajar tetap mendalam. Ketika berumur 12 tahun, saya ke Tapah bekerja dengan bapa saudara saya. Sambil bekerja, saya belajar bahasa Inggeris waktu malam dengan seorang mubaligh yang menyebar agama Kristian di kalangan Orang Asli. Dengan bantuannya, saya juga ambil kursus gaya pos dengan sebuah sekolah di Jakarta. Kemudian, pada tahun 1938, ketika saya bekerja di Kampar, saya teruskan lagi belajar Inggeris di sekolah malam selama hampir dua tahun lagi. Selain itu, saya tambah dengan belajar sendiri.
Soalan: Bapak pernah menjadi buruh mahir. Benarkah?
Rashid Maidin: Benar. Masa di Tapah, ketika berumur 16 tahun, saya menjadi magang di stesyen janakuasa elektrik milik Perancis. Lepas setahun, saya lulus dengan memperoleh Sijil Kelas 2 dan dibayar upah $30 sebulan. Kemudian, saya bekerja pula di Kampar dengan Talam Mines Company Limited. Di sana, pada tahun 1938, saya ambil ujian Electrical Chargeman dan dapat Sijil Kelas 1. Saya pun dibayar upah $60 sebulan, manakala buruh biasa mendapat upah 75 sen sehari. Upah saya lebih sedikit kerana saya ada sijil dan tahu bahasa Inggeris.

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit bagaimana Bapak mula terlibat dalam politik?
Rashid Maidin: Sebagai anak Perak, semangat anti-British memang sudah tersemai kerana pengaruh Perang Maharajalela. Pengaruh ini meresapi diri saya sejak kecil lagi. Setelah bersekolah, saya pun ada membaca buku-buku tentang perang ini. Saya menceburkan diri dalam kegiatan berorganisasi mulai tahun 1937, iaitu dengan menjadi anggota Persatuan Drebar-Drebar Melayu Perak. Pada tahun 1939, ketika bekerja di Tanjung Tualang, saya menjadi ahli kesatuan sekerja Kinta Mining Workers Association. Di situlah, saya mendapat didikan secara langsung daripada seorang kader bawah tanah PKM yang bernama Lai Raifel atau Lai Fook yang bekerja sebagai buruh bersama saya. Melaluinya, saya dapat membaca pelbagai jenis buku politik. Kesedaran kelas saya beransur-ansur meningkat, dan saya diterima menjadi anggota PKM pada penghujung tahun 1941. Raifel dan saya juga berusaha untuk menyusun kaum buruh Melayu dalam kesatuan sekerja, tapi usaha ini terhenti apabila meletusnya perang.

Soalan: Apakah kegiatan Bapak semasa Jepun menduduki Malaya?
Rashid Maidin: Semasa pendudukan Jepun, saya terus bekerja di lombong kapal korek Tanjung Tualang, yang telah beralih ke tangan Jepun. Terhadap fasis Jepun, saya ambil sikap talam dan muka. Secara rahsia, saya buat kerja propaganda di kalangan kaum buruh, mendedahkan kezaliman fasis Jepun serta mendidik kaum buruh tentang perjuangan kelas dan Parti Komunis. Kegiatan itu bertujuan berkoordinasi dengan perang gerila yang dilancarkan oleh Tentera Anti-Jepun. Untuk memperbaiki kehidupan kaum buruh, yang sangat buruk waktu itu, kami membuat pakatan mengambil bijih di lombong waktu tengah malam dan menjualnya kepada pemborong gelap. Ini dapat menambah pendapatan kaum buruh sekali ganda.

Soalan: Bolehkah Bapak terangkan sedikit keadaan setelah Jepun menyerah diri?
Rashid Maidin: Masalah pokok masa itu bagi orang ramai ialah kelaparan. Untuk mengatasi masalah ini, PKM telah melancarkan gerakan menentang kelaparan yang diikut serta oleh berpuluh ribu orang ramai. PKM mengemukakan beberapa tuntutan kepada British: (1) Beri wang $10 seorang untuk menggantikan wang Jepun yang sudah tidak laku lagi; (2) Segera beri kerja kepada kaum penganggur; (3) Ubati orang sakit; (4) Segera hantar makanan ke Malaya dan berikannya kepada orang ramai.

Saya campur gerakan ini di Ipoh. Di sana, di bawah anjuran Parti, kami mengadakan kegiatan masak nasi kawah untuk orang ramai yang lapar. Ini dapat membantu masalah orang ramai dalam batas tertentu, tapi British sangat marah. Mereka menghantar seorang pegawai tinggi dari Kuala Lumpur ke sana untuk mengugut kami. Kata pegawai itu, dia datang tidak membawa makanan, tapi bawa senapang dan meriam. Kebiadaban British ini mengobarkan lagi gerakan anti-kelaparan yang terus menjalar ke lain-lain tempat.

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit hubungan Bapak dengan Bapak Abdullah C.D.?
Rashid Maidin: Masa pendudukan Jepun, Abdullah C.D. masuk pasukan gerila. Saya berkenalan dengannya pada penghujung perang anti-Jepun apabila beliau keluar dari hutan. Kemudian, setelah Jepun kalah, kami bersama-sama bekerja dalam pasukan propaganda PKM yang beribu pejabat di Ipoh. (Pasukan propaganda itu diketuai oleh Eng Min Chin, sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan Abdullah C.D. lebih 45 tahun yang lalu. Beliau memeluk agama Islam; nama Islamnya Suriani binti Abdullah.) Waktu itu, kerana komplotan Jepun dan British, timbul situasi pergaduhan kaum antara Melayu dan Cina. Kami berdua ditugaskan bergerak ke merata tempat untuk mendamaikan pergaduhan tersebut.

Pada tahun 1946, kami berdua ditugaskan pula ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan kerja Melayu di kalangan pelbagai lapisan masyarakat, khasnya kaum buruh. Selain itu, kami juga bekerja di akhbar Pelita Malaya dan Suluh Malaya. Di Kuala Lumpur, kami tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Ke mana-mana saja kami pergi, kami sering bersama.

Soalan: Kami tahu Bapak pernah ke London selepas perang.
Rashid Maidin: Ya, saya ikut serta dalam rombongan tiga orang mewakili PKM menghadiri persidangan parti-parti komunis empayar British pada tahun 1947 di London. Persidangan ini dihadiri oleh wakil parti komunis dari tanah jajahan dan bekas tanah jajahan British seperti Burma, Ceylon (Sri Lanka), India, Australia, Kanada, Kuba serta negeri-negeri Timur Tengah. Persidangan itu membahas masalah gerakan pembebasan dan mengeluarkan perisytiharan menuntut kemerdekaan bagi tanah-tanah jajahan.

Soalan: Ada apa-apa peristiwa menarik di persidangan itu?
Rashid Maidin: Ada beberapa peristiwa sampingan yang boleh saya sebut di sini. Pertama, dalam perjalanan ke London, kami singgah di India selama dua hari sebagai tamu Parti Komunis India, yang ketika itu dipimpin oleh P.O. Joshi. Di London pula, rombongan kami diberi penghormatan tinggi sebagai pahlawan anti-Jepun oleh persidangan itu. Kami juga dapat berkenalan dengan pemimpin parti-parti sekawan dari pelbagai negeri. Sampai sekarang, kami masih berkirim salam dan bertanya khabar.

Selain itu, ketika di London, dengan tak disangka-sangka, Tunku Abdul Rahman, yang sedang belajar undang-undang di England, telah mengutus surat kepada rombongan kami. Antara kandungan surat itu, Tunku meminta maaf kerana tidak dapat hadir sebagai pemerhati di persidangan parti-parti komunis itu. Beliau juga menyatakan harapan agar sidang itu memperoleh kejayaan. Bekas Residen British di Selangor pula menulis surat kepada saya meminta saya melapangkan masa untuk menemuinya. Mungkin, bagi British pada masa itu, kenyataan bahawa orang Melayu mencampuri gerakan Parti Komunis adalah satu hal yang besar.

Soalan: Apakah tanggapan Bapak terhadap peristiwa itu?
Rashid Maidin: Saya rasa ini menunjukkan PKM dihormati oleh pelbagai pihak di dalam dan di luar negeri.

Soalan: Bagaimanakah sambutan orang ramai, khasnya orang Melayu, terhadap PKM waktu itu?
Rashid Maidin: Sambutan orang ramai memang baik. Saya beri satu contoh. Setelah berdirinya PKMM, saya mula berkenalan dan bekerjasama dengan tokoh Melayu lainnya seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan Pak Sako. Sekembalinya kami dari London, saya bersama Dr. Burhanuddin, yang juga baru pulang daripada Persidangan Se-Asia di New Delhi, telah menjelajah ke seluruh pelosok tanah air untuk menerangkan perjuangan anti-penjajah – saya atas nama PKM, dan beliau atas nama PKMM. Kami mulakan lawatan kami dari Melaka terus hingga ke Perlis, kemudian berputar dan pergi lagi sampai ke Kelantan. Rapat umum yang kami adakan dihadiri oleh puluhan ribu orang. Di setiap negeri yang kami kunjungi, kami diberi sambutan yang luar biasa hangatnya oleh orang Melayu dan kaum lain.
Soalan: Kami difahamkan Bapak pernah ditangkap penjajah British dan dipenjarakan. Bagaimanakah hal sebenarnya?
Rashid Maidin: Saya ditangkap kira-kira sebulan selepas Darurat diisytiharkan, iaitu pada bulan Julai 1948 di Labu Kubung, Sungai Manik, Perak. Mula-mula, saya dipenjarakan di Taiping selama enam bulan. Selepas itu, saya, bersama-sama kira-kira 50 orang tahanan lain, termasuk Ustaz Abubakar Al-Bakir, Cikgu Sabrun dan lain-lain anggota PKMM, digiring ke Pulau Jerejak. Dari Taiping ke Pulau Jerejak, kami digari beramai-ramai, 10 hingga 12 orang dengan seutas rantai panjang. Di kem tahanan Pulau Jerejak, ada kira-kira 500 orang tahanan pelbagai kaum. Di sana, kami tubuhkan jawatankuasa mogok menentang peraturan penjajah British yang tidak membenarkan kami beli barang makanan dari luar atau terimanya dari rumah.

Soalan: Apakah tuduhan yang dikenakan ke atas Bapak?
Rashid Maidin: Saya dituduh sebagai komunis. Ramai pak haji, ustaz, guru dan lain-lain semuanya dituduh sebagai komunis. Ketua Intelijen British yang menyoal siasat saya mengatakan saya akan ditahan bertahun-tahun. Saya tanya: “Sebab apa dan apa buktinya?” Dia membuka fail catatannya dan memetik ucapan-ucapan saya dalam rapat umum di mana saya pernah berkata: “Selagi ada penjajah British di Malaya, kita akan berjuang terus.”

Setelah satu setengah tahun di Pulau Jerejak, saya dibawa pula ke Pulau Tanjung Beruas, Melaka. Penjara Tanjung Beruas lebih besar, mengandungi 1000 orang lebih tahanan, yang ditempatkan dalam blok-blok. Bagi satu-satu blok, terdapat 200 hingga 300 orang. Saya dimasukkan dalam Blok K bersama Cik Muda dari Terengganu, Cikgu Hamid dari Kelantan, Ustaz Yahya Nasim dari Selangor dan lain-lain anggota PKMM. Saya dipilih oleh kawan-kawan sebagai “Presiden Blok K”. Pak Sako dan Boestamam juga dipenjarakan di Tanjung Beruas, tapi ditempatkan dalam blok yang lain. Saya acap kali berjumpa dan berbincang dengan mereka di penjara itu.

Soalan: Bagaimanakah keadaan di penjara Tanjung Beruas?
Rashid Maidin: Pada mulanya, keadaan di sana lebih buruk daripada Pulau Jerejak. Misalnya, kami dipaksa angkut najis sendiri setiap pagi dan cuci jamban. Ini benar-benar menyebabkan kami marah. Setelah seminggu di sana, saya dan kawan-kawan bentuk satu jawatankuasa untuk melancarkan mogok lapar. Tuntutan kami ialah: (1) Berhentikan angkut najis sendiri, (2) Benarkan kami dirikan madrasah. Setelah tiga hari mogok, penjajah British mengalah dan menerima tuntutan kami. Selain itu, kami juga diberi kemudahan lain, termasuk bermain badminton waktu malam serta dapat membaca akhbar Straits Times. Tapi akhbar Utusan Melayu tidak dibenarkan.

Soalan: Kami dapat tahu Bapak dapat lepaskan diri daripada penjara itu. Ini benar-benar satu keajaiban!
Rashid Maidin: (ketawa) Bukan, ini bukan satu keajaiban. Sebenarnya, setelah dua tahun di Tanjung Beruas, muncul satu perkembangan baru. Kerana ekonomi British merosot akibat perang yang dilancarkannya terhadap Parti Komunis Malaya dan Tentera Pembebasan Nasional Malaya, ia pun menggunakan tahanan seperti kami menjadi buruh murah untuk membangun balai polis dan lain-lain. Dari Tanjung Beruas, 12 orang tahanan, termasuk saya, telah dipilih menjadi buruh untuk membangun sebuah balai polis di Caruk Batang, Jasin, Melaka. Kami diberi upah $1 sehari dan tinggal di berek polis yang dipagari kerawat berduri. Kerana saya mahir dengan soal elektrik, jurutera binaan di situ banyak bersandar pada saya. Pelan bangunan balai polis yang hendak dibina itu pun diserahkan kepada saya, manakala dia sendiri kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak.

Yang menjaga kami ialah beberapa orang polis Melayu, dengan diketuai oleh seorang sarjan yang telah bersara, bernama Pak Mi. Kami bernasib baik kerana Pak Mi benar-benar tak puas hati terhadap penjajah British, yang memaksanya berkhidmat semula dalam polis. Sebelum Darurat, Pak Mi pula pernah campur rapat umum dan kenal dengan saya. Dia memberitahu saya, tugasnya hanya menjaga “kerbau balar” (maksudnya orang putih), bukannya untuk menjaga tahanan. Pak Mi rapat dengan saya. Apabila makan tengah hari, dia dan polis lain makan bersama kami. Dia selalu bawa Utusan Melayu dan meminjamkannya kepada saya.

Di tepi tempat kami bekerja, ada sebuah kedai kopi orang Cina. Juga ada seorang budak Cina berumur 12 tahun menjaga lembu di situ. Melalui budak itu, saya mendapat hubungan dengan pasukan gerila kami di Melaka. Apabila perjanjian dengan kawan-kawan pasukan gerila sudah matang, saya bersama seorang tahanan lain, seorang pemuda bernama Yusuf dari Johor, membuat rancangan untuk melarikan diri semasa bekerja dan masuk hutan. Suatu hari, ketika makan tengah hari, saya dan Yusuf pura-pura sakit perut dan minta izin ke jamban. Kami dibenarkan pergi ke jamban tanpa dikawal. Mengambil kesempatan itu, kami pun terus lari ke hutan di mana bendera merah pasukan gerila, yang merupakan isyarat kami, sedang berkibar-kibar.

Soalan: Bagaimanakah Bapak dapat bergabung dengan pasukan Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Saya melarikan diri pada awal tahun1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara. Setelah bergabung dengan pasukan gerila, saya dibawa dari satu tempat ke satu tempat untuk bertemu dengan Jawatankuasa Pusat PKM dan Rejimen ke-10. Perjalanan dari Melaka ke pangkalan Rejimen ke-10 di Pahang memakan masa hampir setahun melalui hutan. Setelah sampai di Kerdau, Pahang, pada akhir tahun1952, barulah saya bertemu semula dengan Abdullah C.D.. Sejak itu, saya terus berjuang di Rejimen ke-10.

Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKM dan Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Dalam PKM, saya menjadi salah seorang anggota Jawatankuasa Pusat. Di Rejimen Ke-10, saya bersama Abdullah C.D. dan pemimpin lain memimpin pasukan ini melancarkan perjuangan, baik semasa di Malaya, mahupun di sempadan. Saya pernah luka di kaki dalam pertempuran melawan penjajah British.

Soalan: Apakah Bapak pernah bertugas di pasukan lain selain daripada Rejimen ke-10?
Rashid Maidin: Oh ya, untuk satu masa kira-kira selama 10 tahun, saya bersama-sama memimpin Pasukan Kawasan Khas. Kemudian, pada tahun 1972, saya balik semula ke Rejimen ke-1

Soalan: Apakah pendapat Bapak tentang peranan perjuangan bersenjata serta perjuangan rakyat tanah air kita dewasa ini?
Rashid Maidin: Kebanyakan masalah ini serta dasar-dasar PKM berhubung dengannya sudah pun dijelaskan oleh Pengerusi kami, Abdullah C.D., dalam temu bualnya. Jadi, saya tak akan mengulanginya di sini. Cuma satu perkara saja ingin saya tegaskan, iaitu masalah perang dalam negeri dan perdamaian. Parti Komunis Malaya bukan sebuah parti yang haus perang, bahkan merupakan sebuah parti yang cintakan perdamaian.

Rakyat juga cintakan perdamaian. Sebab itulah, kami pergi ke Baling dulu. Kami bersedia menamatkan perang dalam negeri dengan syarat yang adil dan munasabah. Kami bersedia berjuang bersama-sama parti politik lainnya secara damai dan demokratik untuk sama-sama membangun tanahair kita menjadi sebuah negara yang demokratik politiknya, makmur ekonominya, maju kebudayaannya, serta bersatu bangsanya.

Soalan: Bapak adalah seorang pejuang yang besar bagi tanah air dan bangsa kita yang telah bersama-sama memimpin perjuangan selama puluhan tahun ini. Bapak merupakan satu contoh yang patut diteladani, khasnya oleh angkatan baru. Sebagai penutup temu bual ini, apakah pesanan Bapak kepada angkatan baru?
Rashid Maidin: Sebagai orang tua, saya ada satu pesanan dan juga harapan kepada angkatan baru. Kemajuan negara, pembangunan negara dan masyarakat bersandar kepada angkatan baru. Hari depan juga milik angkatan baru. Tapi, sekarang, ada satu kecenderungan yang bahaya di dunia dan di negara kita, baik dalam politik, dalam masyarakat dan lain-lain – satu kecenderungan yang merosakkan angkatan baru. Misalnya, kebudayaan kuning, dadah, teori yang keliru dalam politik, pelbagai gerakan yang menyesatkan, gaya hidup yang individualistik, yang hanya mementingkan diri sendiri, dan sebagainya. Angkatan baru perlu nampak bahaya aliran ini dan harus menentangnya dengan tegas. Mereka patut menceburkan diri dalam gerakan yang sihat, yang berperanan membangunkan negara dan masyarakat, menegakkan demokrasi dan keadilan serta memupuk perpaduan antara kaum.

nota: wawancara ini dibuat oleh wartawan Suluh Rakyat pada tahun 1989
"
sumber tranungkite.net 

Wednesday, July 18, 2012

Adab Adab Berpuasa Bagi Mendapat Keredhaan Allah Swt

Oleh ida*Alegra*,
Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama, hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.

Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati.”

Kedua, jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya."

Ketiga, hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat, lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

Kelima, tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya. Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."

Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam ialah, selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).

Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki.

Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu dari kesalahan diri saya sendiri...
sumber mymasjid.net

Tuesday, July 17, 2012

Bhg Akhir - KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”


  Sultan Abdul Hamid ke 2
Sultan Terakhir Khalifah Uthmaniyah

UMAT ISLAM MUSLIM ATAS KERUNTUHAN KHILAFAH UTSMANIYAH
Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kamal la’natullahu ’alaih memutuskan untuk membubarkan Khilafah yang disebutnya sebagai “bisul sejak abad pertengahan”. Pada pagi 3 Mac 1924, diumumkan bahawa Majlis Nasional telah bersetuju dengan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama dari urusan-urusan negara. Pada malamnya, Khalifah diusir secara paksa oleh polis dan askar. Secara rasmi, runtuhlah Khilafah Utsmaniyah pada 3 Mac 1924.


Pembubaran kepemimpinan umat Islam sedunia tersebut menggoncang seluruh dunia, termasuk alam Melayu. Sebagai tindakbalas terhadap keruntuhan Khilafah, sebuah Jawatankuasa Khilafah didirikan di Surabaya pada 4 Oktober 1924 dengan diketuai Wondosudirdjo (kemudian dikenali dengan nama Wondoamiseno) dari Sarikat Islam dan wakil ketua Kiai Haji A. Wahab Hasbullah. Tujuannya adalah untuk membahas jemputan kongres Khilafah di Kaherah. Pertemuan ini dilanjuti dengan penyelenggaraan kongres Al-Islam Hindia ke3 di Surabaya pada 24-27 Disember 1924. Kongres ini disertai oleh 68 pertubuhan Islam yang mewakili pimpinan pusat (hoofd bestuur) mahu pun cabang (afdeling), serta mendapat dokongan bertulis dari 10 cawangan pertubuhan lain. Kongres ini dihadiri oleh ramai ulama dari seluruh penjuru Indonesia. Keputusan penting Kongres ini adalah melibatkan diri dalam pergerakan khilafah dan mengirimkan utusan yang mesti dianggap sebagai wakil seluruh umat Islam di Indonesia ke kongres dunia Islam. Kongres ini memutuskan untuk mengirim wakil ke Kaherah yang terdiri dari Surjopranoto (Sarikat Islam), Haji Fachruddin (Muhammadiyah), dan Kiai Haji A. Wahab dari kalangan ulama tradisi. 


Dokumen berkaitan pertemuan pertubuhan2 di Indonesia bertarikh 1.1.1925

Oleh kerana ada perbezaan pendapat di kalangan Muhammadiyah, K.H.A. Wahab dan 3 penyokongnya, mereka mengadakan mesyuarat dengan kalangan ulama kaum tua dari Surabaya, Semarang, Pasuruan, Lasem, dan Pati. Mereka bersepakat mendirikan Jawatankuasa Rundingan Hijaz. Jawatankuasa ini ditubuhkan dengan dua maksud, iaitu pertama untuk mengimbangi Jawatankuasa Khilafat yang secara beransur-ansur jatuh ke tangan golongan pembaharu, dan kedua, untuk menyahut seruan Ibnu Sa’ud, pemerintah baru di tanah Arab agar kebiasaan beragama secara tradisi dapat diteruskan. Jawatankuasa inilah yang kemudian diubah namanya menjadi Nahdatul Ulama (NU) di dalam suatu mesyuarat di Surabaya pada Januari 1926. Mesyuarat ini tetap meletakkan masalah Hijaz sebagai persoalan utama. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat di kalangan Muhammadiyah, Sarikat Islam dan NU, tetapi mereka sama-sama memberi perhatian besar terhadap keruntuhan khilafah Islamiyah dan memandangnya sebagai persoalan utama kaum Muslim. 

Sikap ini lahir dari keyakinan bahawa Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum Muslim. Umat Islam Indonesia ketika itu memandang Sultan Turki sebagai Khalifah. Di antara tokoh Indonesia dari Sarikat Islam, HOS Cokroaminoto, menyatakan bahawa khalifah bukan semata-mata untuk umat Islam di jazirah Arab, tetapi juga bagi umat Islam Indonesia. Beliau juga menegaskan bahawa khalifah merupakan hak bersama sesama muslim dan bukan penguasaan bangsa tertentu. Lebih tegas lagi, Cokroaminoto juga menyatakan selain dua kota suci Mekah-Madinah, khalifah adalah milik umat Islam sedunia. Ia menyarankan untuk mengirim utusan ke Kongres. Tujuannya adalah untuk “mempertanyakan mereka terhadap umat Islam sedunia”, dan “melakukan segala usaha yang dipertimbangkan berguna bagi umat Islam di negeri kita”. Di samping itu, mencari keterangan mengenai penerusan pemilihan khalifah. Bahkan, beliau mengkiaskan umat Islam laksana suatu tubuh. Kerananya, bila umat Islam tidak memiliki khalifah maka “seolah-olah badan tidak berkepala”.


PENUTUP

Berdasarkan beberapa catatan sejarah di atas dapat disimpulkan bahawa kesultanan Islam di alam Melayu memiliki hubungan yang erat dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan bukti-bukti tersebut menggambarkan kesultanan Islam di Indonesia sebagai sebahagian dari wilayah Khilafah Islamiyah.

Ketika kekuatan Khilafah Uthmaniyah mulai lemah, penjajah kafir Barat (Inggeris) melalui ejennya, Mustafa Kamal, berjaya meruntuhkannya. Akibatnya, institusi penyatu umat Islam sedunia itu pun lenyap dan wilayah negeri-negeri Muslim pun berpecah belah di bawah kekuasaan penjajah.

Di alam Melayu sendiri, pasca penjajahan secara fizikal (ketenteraan), beberapa tokoh yang ingin mendirikan negara berdasarkan sistem politik Islam, juga mengalami kegagalan akibat adanya ‘pengkhianatan’. Akibatnya, alam Melayu berpecah belah menjadi negara-negara yang ‘merdeka’ atas dasar sekularisme dan nasionalisme. Hal ini menjadikan perpecahan negeri-negeri Muslim terus berlanjutan dan menjadikan kaum Muslim tetap dalam keadaan lemah. 

Merujuk pada kenyataan sejarah yang ada, jelas bahawa ada usaha menyatukan kaum Muslim di berbagai negeri Muslim di alam Melayu atas dasar Islam. Bagi umat Islam di alam Melayu, perjuangan untuk melanjutkan kehidupan Islam dan menyatukan wilayah Islam dalam Khilafah bukanlah hanya semata-mata wujud ketaatan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kegiatan tersebut sesungguhnya juga merupakan usaha untuk meneruskan sejarah, di samping usaha untuk melanjutkan perjuangan para Sultan dan Ulama’ soleh terdahulu yang telah menyatukan Nusantara dengan Khilafah Islamiyah. Sebaliknya, penentangan terhadap usaha ini merupakan pengingkaran terhadap sejarah alam Melayu, di samping pengingkaran terhadap perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. 
sumber silverheritage.blogspot 

Monday, July 16, 2012

Bhg 3 - KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”




BENTUK-BENTUK HUBUNGAN ALAM MELAYU DAN KHILAFAH ISLAMIYAH

Portugis meluaskan pengaruhnya bukan hanya ke Timur Tengah tetapi juga ke Samudera India. Raja Portugis Emanuel I secara terang-terangan menyampaikan tujuan utama ekspedisi tersebut dengan mengatakan, “Sesungguhnya tujuan dari pencarian jalan laut ke India adalah untuk menyebarkan agama Kristian, dan merampas kekayaan orang-orang Timur”. Khilafah Uthmaniyah tidak berdiam diri. Pada tahun 925H/1519 M, Portugis di Melaka digemparkan oleh berita tentang penghantaran armada ‘Utsmani’ untuk membebaskan Muslim Melaka dari penjajahan kafir. Khabar ini tentu saja sangat menggembirakan umat Islam setempat. 




Ketika Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar naik takhta di Aceh pada tahun 943 H/1537 M, ia menyedari keperluan Aceh untuk meminta bantuan ketenteraan dari Turki. Bukan hanya untuk mengusir Portugis di Melaka, tetapi juga untuk menakluk wilayah lain, khususnya daerah pedalaman Sumatera, seperti daerah Batak. Al-Kahar menggunakan pasukan Turki, Arab dan Habsyah. Pasukan Khilafah 160 orang dan 200 orang askar dari Malabar, membentuk kelompok elit angkatan bersenjata Aceh. Al-Kahhar selanjutnya mengerahkan untuk menakluk wilayah Batak di pedalaman Sumatera pada 946 H/1539 M. Mendez Pinto, yang mengamati perang antara pasukan Aceh dengan Batak, melaporkan kembalinya armada Aceh di bawah komando seorang Turki bernama Hamid Khan, anak saudara Pasya Utsmani di Kaherah.

Seorang sejarawan Universiti Kebangsaan Malaysia, Lukman Taib, mengakui adanya bantuan Khilafah Uthmaniyah dalam penaklukan terhadap wilayah sekitar Aceh. Menurut Taib, perkara ini merupakan ungkapan perpaduan umat Islam yang memungkinkan Khilafah Uthmaniyah melakukan serangan langsung terhadap wilayah sekitar Aceh. Bahkan, Khilafah mendirikan akademi tentera di Aceh bernama ‘Askeri Beytul Mukaddes’ yang diubah menjadi ‘Askar Baitul Maqdis’ yang lebih sesuai dengan loghat Aceh. Maktab ketenteraan ini merupakan pusat yang melahirkan pahlawan dalam sejarah Aceh dan Indonesia. Demikianlah, hubungan Aceh dengan Khilafah yang sangat akrab. Aceh merupakan sebahagian dari wilayah Khilafah. Persoalan umat Islam Aceh dianggap Khilafah sebagai persoalan dalam negeri yang mesti segera diselesaikan.

Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah. Utusan ini bernama Huseyn Effendi yang fasih berbahasa Arab. Ia datang ke Turki setelah menunaikan ibadah haji. Pada Jun 1562 M, utusan Aceh itu tiba di Istanbul untuk meminta bantuan ketenteraan Uthmaniyah untuk menghadapi Portugis. Duta itu dapat mengelak dari serangan Portugis dan sampai di Istanbul, ia mendapat bantuan Khilafah, dan menolong Aceh membangkitkan askarnya sehingga dapat menakluk Aru dan Johor pada 973 H/1564 M. 

Dinar Acheh

Hubungan Aceh dengan Khilafah terus berlanjutan, terutama untuk menjaga keamanan Aceh dari serangan Portugis. Menurut seorang penulis Aceh, pengganti Al-Qahhar Ke2 iaitu Sultan Mansyur Syah (985-998 H/1577-1588 M) memperbaharui hubungan politik dan ketenteraan dengan Khilafah. Hal ini disahkan oleh sumber sejarah Portugis. Uskup Jorge de Lemos, setiausaha Raja Muda Portugis di Goa, pada tahun 993 H/1585 M, melaporkan kepada Lisbon bahawa Aceh telah kembali berhubungan dengan Khalifah Utsmani untuk mendapatkan bantuan ketenteraan untuk melancarkan peperangan baru terhadap Portugis. Pemerintah Aceh berikutnya, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah (988-1013 H/1588-1604 M) juga dilaporkan telah melanjutkan lagi hubungan politik dengan Turki. Bahkan, Khilafah Uthmaniyah dikatakan telah mengirim sebuah bintang kehormat kepada Sultan Aceh, dan mengizinkan kapal-kapal Aceh untuk mengibarkan bendera Khilafah. 



Hubungan akrab antara Acheh dan Khilafah Othmaniah telah berperanan mempertahankan kemerdekaannya selama lebih 300 tahun. Kapal-kapal atau perahu yang digunakan Aceh dalam setiap peperangan terdiri dari kapal kecil yang laju dan kapal-kapal besar. Kapal-kapal besar atau tongkang yang mengarungi lautan hingga Jeddah berasal dari Turki, India, dan Gujerat. Dua daerah ini merupakan wilayah Khilafah Uthmaniyah. Menurut Court, kapal-kapal ini cukup besar, berukuran 500 sampai 2000 tan. Kapal-kapal besar dari Turki dilengkapi meriam dan senjata lain digunakan Aceh untuk menyerang penjajah Eropah yang mengganggu wilayah-wilayah muslim di Nusantara. Aceh tampil sebagai kekuatan besar yang amat ditakuti Portugis kerana diperkuat oleh pakar senjata dari Turki sebagai bantuan Khilafah kepada Aceh.
Menurut sumber Aceh, Sultan Iskandar Muda (1016-1046 H/1607-1636 M) mengirimkan armada kecil yang terdiri dari tiga buah kapal. Ia tiba di Istanbul setelah belayar dua setengah tahun melalui Tanjung Harapan. Ketika misi ini mereka kembali ke Aceh dengan bantuan senjata, pakar tentera, dan sepucuk surat tentang persahabatan Uthmani dan hubungannya dengan Aceh. 12 pakar tentera itu dipanggil sebagai pahlawan di Aceh. Mereka juga dikatakan begitu ahli sehingga mampu membantu Sultan Iskandar Muda, tidak hanya dalam membina benteng yang kukuh di Banda Aceh, tetapi juga untuk membina istana kesultanan.

Kesan kejayaan Khilafah Utsmaniyah menghalang Portugis di Lautan Hindi tersebut amat besar. Diantaranya mampu mempertahankan tempat-tempat suci dan jalan-jalan untuk menunaikan haji; kesinambungan pertukaran barang-barang India dengan pedagang Eropah di pasar Aleppo (Syria), Kaherah, dan Istanbul; serta kesinambungan laluan perdagangan antara India dan Indonesia dengan Timur Jauh melalui Teluk Arab dan Laut Merah.

Hubungan beberapa kesultanan di Nusantara dengan Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Turki nampak jelas. Misalnya, Islam masuk Buton (Sulawesi Selatan) abad 16M. Silsilah Raja-Raja Buton menunjukkan bahawa setelah masuk Islam, Lakilaponto dilantik menjadi ‘sultan’ dengan gelar Qaim ad-Din (penegak agama) yang dilantik oleh Syekh Abd al-Wahid dari Mekah. Sejak itu, dia dikenali sebagai Sultan Marhum dan semenjak itu juga nama sultan disebut dalam khutbah Jumaat. Menurut sumber setempat, penggunaan gelaran ‘sultan’ ini berlaku setelah dipersetujui Khilafah Uthmaniyah (ada juga yang mengatakan dari penguasa Mekah). Syeikh Wahid mengirim khabar kepada Khalifah di Turki. Realiti ini menunjukkan Mekah berada dalam kepemimpinan Khilafah, dan Buton memiliki hubungan ‘struktur’ secara tidak kuat dengan Khilafah Turki Utsmani melalui perantaraan Syekh Wahid dari Mekah.

Sementara itu, di wilayah Sumatera Barat, Pemerintah Alam Minangkabau yang memanggil dirinya sebagai “Aour Allum Maharaja Diraja” dipercayai adalah adik lelaki sultan Ruhum (Rum). Orang Minangkabau percaya bahawa pemerintah pertama mereka adalah keturunan Khalifah Rum (Utsmani) yang ditugaskan untuk menjadi Syarif di wilayah tersebut. Ini memberikan maklumat bahawa kesultanan tersebut memiliki hubungan dengan Khilafah Uthmaniyah.

Di samping adanya hubungan langsung dengan Khilafah Uthmaniyah, ada beberapa kesultanan yang berhubungan secara tidak langsung, misalnya kesultanan Ternate. Pada tahun 1570an, ketika perang Soya-soya melawan Portugis, Sultan Ternate, Baabullah, dibantu oleh para sangaji dari Nusa Tenggara yang terkenal dengan armada perahu dan Demak dengan askar Jawa. Begitu juga Aceh dengan armada laut yang perkasa dan kekuatan 30,000 buah kapal perang telah menyekat pelabuhan Sumatera dan menyekat pengiriman bahan makanan dan peluru Portugis melalui India dan Selat Melaka. Musuh Ternate adalah musuh Demak.

Berdasarkan beberapa hakikat ini jelas bahawa kesultanan Islam di Nusantara memiliki hubungan dengan Khilafah Utsmaniyah. Bentuk hubungan tersebut berbentuk perdagangan, ketenteraan, politik, dakwah, dan kekuasaan.
Semasa Khilafah Islamiyah dalam kesusahan, di mana beberapa wilayahnya mula diduduki oleh penjajah, muncul usaha untuk mengukuhkan kesatuan Islam yang diterajui oleh Sultan Abdul Hamid II. Beliau mengatakan, “Kita wajib menguatkan ikatan kita dengan kaum Muslim di belahan bumi yang lain. Kita wajib saling mendekati dalam ikatan yang amat kuat. Sebab, tidak ada harapan lagi di masa depan kecuali dengan kesatuan ini.” Inilah gagasan yang dikenali sebagai Pan-Islamisme. Usaha menguatkan kesatuan Islam sampai ke Nusantara.

Snouck Hourgronje, penasihat Belanda, sentiasa memberikan maklumat kepada pemerintah Hindia Belanda bahawa ada usaha gerakan Pan-Islamisme untuk memujuk raja-raja dan pembesar-pembesar Hindia Belanda (kaum Muslim) untuk datang ke Istana Sultan Abdul Hamid II di Istanbul. Tujuan jangka pendek yang ingin dicapai di Batavia, mengikut ulasan Snouck, adalah untuk mendapatkan persamaan kedudukan orang-orang Arab dan kemudian untuk semua orang Islam sederajat dengan orang-orang Eropah. Jika tujuan ini sudah tercapai maka orang-orang Islam tidak lagi sukar mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari orang Eropah, bahkan boleh mengalahkan mereka sama sekali. Pemerintah Hindia Belanda amat risau bila kaum Muslim tahu bahawa Sultan Abdul Hamid II menyediakan biasiswa untuk pemuda Islam. Atas pembiayaan Sultan Abdul Hamid II, mereka masuk ke sekolah-sekolah yang tinggi untuk menerima pendidikan ilmiah dan mendapat kesedaran yang mendalam tentang kelebihan setiap muslim atas orang-orang kafir. Kesedaran dan kehinaan yang mendalam yang tidak harus mereka terima dan membiarkan diri mereka diperintah oleh orang kafir. Jika mereka telah menyelesaikan pelajaran dan telah menamatkan ibadah haji ke Mekah, mereka diharapkan dapat berperanan mengembangkan pemikiran Islam di daerah mereka.

Usaha pengukuhan kesatuan ini terus dilakukan. Pada tahun 1904 telah ada 7 hingga 8 konsul (utusan) telah ditempatkan Khilafah Utsmaniyah di Hindia Belanda. Diantara kegiatan para duta ini adalah mengedar mushaf al-Quran atas nama sultan, dan karya-karya teologi Islam dalam bahasa Melayu yang dicetak di Istanbul. Di antara kitab tersebut adalah tafsir al-Quran yang di halaman judulnya menyebut “Sultan Turki Raja semua orang Islam”. Istilah Raja di sini sebenarnya adalah kata al-Malik yang bererti pemimpin, dan semua orang Islam mengantikan istilah Muslimin. Jadi, sebutan tersebut menunjukkan pengisytiharan Khalifah bahawa beliau adalah pemerintah umat Islam sedunia. Hal ini menunjukkan bahawa khilafah Uthmaniyah terus berusaha untuk menyatukan kesultanan Melayu ke dalamnya, termasuk melalui penyebaran al-Quran.

Sebagai tindakbalas terhadap gerakan penyatuan Islam oleh Khilafah Uthmaniyah ini, terdapat beberapa pertubuhan pergerakan Islam di Alam Melayu yang mendokong gerakan tersebut di Hindia Belanda. Abu Bakar Atjeh menyebutkan di antara pertubuhan itu adalah Jam’iyat Khoir yang didirikan pada 17 Julai 1905 oleh keturunan Arab. Karangan-karangan pergerakan Islam ini di Nusantara dimuatkan dalam akhbar dan majalah di Istanbul, di antaranya majalah Al-Manar. Khalifah Abdul Hamid II di Istanbul pernah mengirim utusannya ke Indonesia, Ahmed Amin Bey, atas permintaan dari kumpulan tersebut untuk mengkaji keadaan umat Islam di Indonesia. Akibatnya, pemerintah penjajah Hindia Belanda melarang orang-orang Arab mengunjungi beberapa daerah tertentu.

Pertubuhan pergerakan Islam lain yang muncul sebagai sambutan positif terhadap penyatuan ini adalah Sarikat Islam. Bendera Khilafah Uthmaniyah dikibarkan pada Kongres Nasional Sarikat Islam di Bandung pada tahun 1916, sebagai simbol perpaduan sesama muslim dan penentangan terhadap penjajahan. Ketika itu, salah satu usaha yang dilakukan Khilafah Uthmaniyah adalah menyebarkan seruan jihad dengan atasnama khalifah kepada segenap umat Islam, termasuk Indonesia, yang dikenal sebagai Jawa. Di antara seruan tersebut adalah:

“Wahai saudara seiman, perhatikanlah berapa negara lain menjajah dunia Islam. India yang luas dan berpenduduk 100 juta muslim dijajah oleh sekelompok kecil musuh dari orang-orang kafir Inggeris. 40 juta muslim Jawa dijajah oleh Belanda. Maghribi, Algeria, Tunisa, Mesir dan Sudan menderita dibawah cengkaman musuh Tuhan dan RasulNya. Juga Kuzestan, berada di bawah tekanan penjajah musuh iman. Parsi dipecah-belah. Bahkan takhta khilafah pun, oleh musuh-musuh Tuhan selalu ditentang dengan segala macam cara”.

Hakikat ini memberikan gambaran bagaimana Khilafah Uthmaniyah memberi dokongan dan bantuan kepada kaum Muslim Indonesia serta memandangnya sebagai satu tubuh, bahkan menyeru untuk membebaskan diri dari penjajah musuh iman. Dalam hal ini kaum Muslim memberikan sambutan positif terhadap usaha pengukuhan kesatuan umat Islam sedunia tersebut. 

Sumber silverheritage.blogspot 

Sunday, July 15, 2012

Bhg 2 - KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”


PENGAKUAN ALAM MELAYU TERHADAP KHILAFAH ISLAMIYAH

Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah). Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M. Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara -yang masih beragama Hindu sekalipun – mengakui kebesaran Khilafah.

Pengakuan terhadap kebesaran khalifah dibuktikan dengan adanya 2 pucuk surat yang dikirim oleh Maharaja Srivijaya kepada Khalifah di zaman Bani Umayyah. Surat pertama dikirim kepada Muawiyyah, dan surat kedua dikirim kepada Umar bin Abdul Aziz. Surat pertama ditemui dalam sebuah diwan (arkib) Bani Umayyah oleh Abdul Malik bin Umayr yang disampaikan melalui Abu Ya’yub Ats-Tsaqofi, yang kemudian disampaikan melalui Al-Haytsam bin Adi. Al-Jahizh yang mendengar surat itu dari Al-Haytsam menceritakan pendahuluan surat itu sebagai berikut:


“Dari Raja Al-Hind yang kandang binatangnya berisikan seribu gajah, (dan) yang istananya dibuat dari emas dan perak, yang dilayani putri raja-raja, dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu, kepada Muawiyah………”


Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (246-329 H/860-940 M) dalam karyanya Al-Iqd Al-Farid. Petikan surat tersebut adalah seperti berikut:


“Dari Raja di Raja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab (Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekadar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.”


Selain itu, Farooqi menemui sebuah arkib Utsmani yang mengandungi sebuah petisi dari Sultan Ala Al-Din Riayat Syah kepada Sultan Sulayman Al-Qanuni yang dibawa oleh Huseyn Effendi. Dalam surat ini, Aceh mengakui pemimpin Utsmani sebagai Khalifah Islam. Selain itu, surat ini juga mengandungi laporan tentang kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Utsmani amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh Farangi (Portugis) kafir. 



Sulayman Al-Qanuni wafat pada tahun 974 H/1566 M tetapi permintaan Aceh mendapat sokongan Sultan Selim II (974-982 H/1566-1574 M), dengan mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh. Sekitar September 975 H/1567 M, Laksamana Turki di Suez, Kurtoglu Hizir Reis, diperintahkan berlayar menuju Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan. Namun dalam perjalanan, hanya sebahagian armada besar ini yang sampai ke Aceh kerana dialihkan untuk memadamkan pemberontakan di Yaman yang berakhir tahun 979 H/1571 M. Menurut catatan sejarah, pasukan Turki yang tiba di Aceh pada tahun 1566-1577 M sebanyak 500 orang, termasuk pakar senjata, penembak, dan pakar teknikal. Dengan bantuan ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1568 M.



Negara Aceh Darul Islam

Kehadiran armada tentera Kurtoglu Hizir Reis disambut dengan sukacita oleh umat Islam Aceh. Mereka disambut dengan upacara besar. Kurtoglu Hizir Reis kemudian digelar sebagai gabenor (wali) Aceh yang merupakan utusan rasmi khalifah yang ditempatkan di daerah tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan Nusantara dengan Khilafah Utsmaniyah bukanlah hanya hubungan persaudaraan melainkan hubungan politik kenegaraan. Adanya wali Turki di Aceh lebih mengisyaratkan bahawa Aceh merupakan sebahagian dari Khilafah Islamiyah.

Banyak institusi politik melayu di Nusantara mendapatkan gelaran sultan dari pemerintah tertentu di Timur Tengah. Pada tahun 1048H/1638 M, pemimpin Banten, Abd al-Qodir (berkuasa 1037-1063H/1626-1651) dianugerahkan gelaran sultan oleh Syarif Mekah sebagai hasil dari misi khusus yang dikirim olehnya untuk tujuan itu ke Tanah Suci. Sementara itu, kesultanan Aceh terkenal mempunyai hubungan erat dengan pemerintah Turki Ustmani dan Haramain. Begitu juga Palembang (Sumatera) dan Makasar yang turut menjalin hubungan khusus dengan penguasa Mekah. Pada ketika itu, para penguasa Mekah merupakan sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki.

Dari penggunaan istilah, kesultanan Islam di Nusantara sering mengaitkan dirinya dan tidak terpisah dari kekhalifahan. Beberapa kitab Jawi klasik mencatatkan perkara ini. Hikayat Raja-raja Pasai (hal. 58, 61-62, 64), misalnya, memanggil nama rasmi kesultanan Samudra Pasai sebagai “Samudera Dar al-Islam”. Istilah Dar al-Islam juga digunakan di dalam kitab Undang-undang Pahang untuk memanggil kesultanan Pahang. Nur al-Din al-Raniri, dalam Bustan al-Salatin (misalnya, pada hlm. 31, 32, 47), menyebut kesultanan Aceh sebagai Dar al-Salam. Istilah ini juga digunakan di Pattani ketika pemimpin setempat, Paya Tu Naqpa, masuk Islam dan mengambil nama Sultan Ismail Shah Zill Allah fi-Alam yang bertakhta di negeri Pattani Dar al-Salam (Hikayat Patani, 1970:75).

Dalam ilmu politik Islam klasik, dunia ini terbahagi dua, yaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Dar al-Islam merupakan daerah yang diterapkan hukum Islam dan keamanannya ada pada tangan kaum Muslim. Sedangkan Dar al-Harb adalah lawan dari kata Dar al-Islam. Penggunaan istilah “Dar al-Islam” atau “Dar al-Salam” menunjukkan bahawa para pemerintah Melayu menerima konsep geopolitik Islam tentang pembahagian dua wilayah dunia itu. Konsep geopolitik ini semakin jelas ketika bangsa-bangsa Eropah —dimulai oleh “bangsa Peringgi” (Portugis) yang kemudian disusul bangsa-bangsa Eropah lainnya, khususnya Belanda dan Inggeris— mulai bermaharajalela di kawasan Lautan India dan Selat Melaka (Sulalat al-Salatin, 1979:244-246). Mereka melakukan penjajahan fizikal dan menyebarkan agama Kristian.

Khilafah Turki Uthmaniyah, seperti disebutkan oleh orientalis, Hurgronje (1994, halaman 1631), bersifat pro-aktif dalam memberikan perhatian kepada penderitaan kaum Muslim di Indonesia dengan cara membuka perwakilan pemerintahannya (konsulat) di Batavia pada akhir abad ke-19. Para kedutaan Turki berjanji kepada umat Islam yang ada di Batavia untuk memperjuangkan pembebasan hak-hak orang-orang Arab sederajat dengan orang-orang Eropah. Selain itu, Turki juga akan berusaha supaya seluruh kaum Muslim di Hindia Belanda bebas dari penindasan Belanda.

Lebih dari semua itu, Aceh banyak didatangi para ulama dari berbagai belahan dunia Islam lainnya. Syarif Mekah mengirim utusannya ke Aceh seorang ulama bernama Syekh Abdullah Kan’an sebagai guru dan muballigh. Sekitar tahun 1582, datang 2 orang ulama besar dari negeri Arab, yakni Syekh Abdul Khayr dan Syekh Muhammad Yamani. Di samping itu, di Aceh sendiri lahir sejumlah ulama besar, seperti Syamsuddin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf al-Singkeli.

Abdul Rauf Singkel mendapat tawaran dari Sultan Aceh, Safiyat al-Din Shah menjadi Kadi dengan gelaran Qadi al-Malik al-Adil yang kosong kerana Nur al-Din Al-Raniri kembali ke Ranir (Gujarat). Setelah melakukan berbagai pertimbangan, Abdul Rauf menerima tawaran tersebut. Beliau menjadi qadi dengan sebutan Qadi al-Malik al-Adil. Abdul Rauf telah diminta oleh Sultan untuk menulis sebuah kitab sebagai rujukan (qaanun) penerapan syariat Islam. Buku tersebut kemudian diberi judul Mir’at al-Tullab.

Berbagai kenyataan sejarah tadi menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan ‘kesatuan’ sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah (Dar al-Islam). 

Sumbe silverheritage.blogspot


Saturday, July 14, 2012

Bhg 1 - KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”




Dr. Sallehuddin Ibrahim
Ikatan Intelektual Nusantara, [IKIN] 



Seorang orientalis, Profesor William R. Roff (University of Edinburgh, Scotland), berkata bahawa ada keinginan besar di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan sehingga ketika ini untuk mengurangkan peranan Islam dan peranan Khilafah di kalangan masyarakat Muslim di alam Melayu. Malangnya ada tokoh politik, pemikir dan sejarawan Muslim yang terpengaruh dengan Barat sehingga mereka menyembunyikan malah ada yang menghina Khilafah.


Profesor Anthony Reid yang banyak membuat kajian tentang hubungan Khilafah dan Alam Melayu mengatakan, “Untuk Muslim Asia Tenggara, Khilafah Uthmaniyah yang terletak jauh di Turki mewakili suatu impian; keinginan untuk bernaung di bawah kekuasaan Islam ketika berlaku kemerosotan politik Islam. Tetapi terdapat tempoh penting yang menyaksikan impian itu mendatangkan kesan politik yang nyata” Beliau juga menegaskan,“Tidak perlu lagi diperkatakan bahawa impian supaya wujud kuasa Muslim yang kuat lagi maju terus memberi ilham kepada Muslim di mana-mana yang merasakan mereka lemah dan dijajah. Khilafah Uthmaniyah tersemat dalam hati mereka selama 400 tahun.” 


 Sultan Abu Bakar

Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim). Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak (Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. Hikayat Johor meriwayatkan:


Sultan Abdul Hamid Ke-2

“… hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”


Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan keluarga dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia).


Jauh sebelum merdeka dari penjajahan fizikal (ketenteraan) di alam Melayu telah berdiri pusat-pusat kekuasaan Islam yang berbentuk kesultanan. Mulai dari kesultanan Aceh yang terletak di hujung barat, kesultanan Melaka, kesultanan Johor, hingga kesultanan Ternate di hujung timur.


Berbagai catatan sejarah membuktikan bahawa kesultanan-kesultanan Islam tersebut bukan berdiri sendiri, melainkan mempunyai hubungan sangat erat dengan Khilafah Islamiyah, khususnya Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Tulisan ini akan mengulas secara ringkas beberapa bukti sejarah yang menggambarkan hubungan kesatuan antara kesultanan-kesultanan Islam di wilayah Nusantara dengan Khilafah Islamiyah.

sumber silverheritage.blogspot

Friday, July 13, 2012

Cuepacs bincang bonus raya Isnin ini




 
Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang dalam mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
  
Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di ibunegara hari ini.
  
Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.
  
"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.

Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.

Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

- Bernama\
-malaysini.com

Thursday, July 12, 2012

Top 10 Universities in Malaysia 2012


Faizul Azri   
      

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sarawak Logo (Top 10 Universities in Malaysia)Universiti Malaysia Sarawak Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
Universiti Malaysia Sarawak (English: University of Malaysia, Sarawak) or UNIMAS was officially incorporated on 24 December 1992. UNIMAS is Malaysia's eighth University, established just after the declaration of Vision 2020. Recently, UNIMAS has been ranked at 191st in Asian University Rankings 2011 by QS World University Rankings®.
The University took in its first students numbering 118 in 1993 with the opening of the Faculty of Social Sciences and Faculty of Resource Science and Technology. These students were temporarily located at Kolej Latihan Telekom, Simpang Tiga, Kuching until in 1994 the University moved to its East Campus in Kota Samarahan, Sarawak. The University’s East Campus at Kota Samarahan was officially launched by the Prime Minister, YAB Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad on Independence Day, 31 August 1993.
The University consists of eight Faculties, three Institutes and seven Centres.


 

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
Universiti Utara Malaysia (English: Northern University of Malaysia, (UUM) is a public university in the town of Sintok, Kedah. Utara means 'northern' in the Malay language. It was formally incorporated on 16 February 1984.The university was established with the specific mission of providing a leadership role for management education in the country. Thus, the university is also known as a management university. The academic establishments in UUM include College of Business (UUM COB), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and College of Arts and Sciences (UUM CAS). UUM is the first university in the country to be a fully wired using fiber-optic cables.The university has 29 computer laboratories in academic and administrative buildings on the campus, providing students with access points for e-services.

 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Logo (Top 10 Universities in Malaysia)Universiti Islam Antarabangsa Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
The International Islamic University Malaysia (Arabic: الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا‎), also known as IIUM or UIAM, is a public publicly funded university in Malaysia. Its main campus is located in Gombak, Selangor with its Centre for Foundation Studies situated in Petaling Jaya and its medical-centric branch in Kuantan, Pahang. The university is sponsored by eight different governments from the Organisation of the Islamic Conference (OIC). It is completely distinct from the International Islamic University Islamabad, Pakistan and International Islamic University in Chittagong, Bangladesh.

 

Multimedia University

Multimedia University LogoMultimedia University Logo
Multimedia University is Malaysia's first private university. It has two campuses with one in Cyberjaya and another in Melaka. The distance between the two campuses are approximately 150 kilometers, via the North South Expressway.

 

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia  Logo (Top 10 Universities in Malaysia)Universiti Sains Malaysia Logo (Top 10 Universities in Malaysia)

Universiti Sains Malaysia (University of Science, Malaysia; acronym: USM) is a public university in Malaysia. There are three campuses: one in the island of Penang (Main Campus), one in Kelantan (Health Campus), and one in Nibong Tebal (Engineering Campus). There is offshore collaboration with KLE University, India offering the Doctor of Medicine (USM) undergraduate degree. USM plans to open a Global Campus (Kuala Lumpur Campus) located at Kuala Lumpur Education City (KLCE). With around 28,287 (postgraduates and undergraduates) students in 2009, USM is one of the biggest universities in terms of enrollment in Malaysia. The number of lecturers is about 1,479, which leads to a student-lecturer ratio of around 1:19.

 

Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra MalaysiaUniversiti Putra Malaysia
 
Universiti Putra Malaysia (English: Putra University, Malaysia ), or UPM, is a leading research intensive public university located in central Peninsular Malaysia, close to the capital city, Kuala Lumpur. It was formerly known as Universiti Pertanian Malaysia or Agricultural University of Malaysia (Malay: universiti, university; pertanian, agriculture; Malaysia). UPM is a research university offering undergraduate and postgraduate courses with a research focus on agricultural sciences and its related fields. Ranked joint 358th best university in the world in 2011 by Quacquarelli Symonds, UPM is taking steps to boost its research capabilities both in and beyond the scope of agriculture.

 

Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA Logo (Top 10 Universities in Malaysia)Universiti Teknologi MARA Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
Universiti Teknologi MARA ( English: MARA University of Technology) is a coeducational public university with its main campus located in Shah Alam, Selangor, Malaysia. It is the flagship institution of the Universiti Teknologi MARA System, the largest university in Malaysia in terms of size and student enrollment and the only public university carrying out intakes twice a year.
The university's faculties comprise 4,000 academics, scholars and researchers. The university has expanded nationwide with four satellite campuses, 12 branch campuses, nine city campuses and 21 affiliated colleges. With this network and over 17,000 staff, the university offers more than 300 academic programmes. It is home to some 172,000 students: bumiputeras and international students.The teaching is fully conducted in English.

 

University of Malaya

University of Malaya (Top 10 Universities in Malaysia)University of Malaya (Top 10 Universities in Malaysia)
The University of Malaya is a public research university located in Kuala Lumpur, Malaysia. It is the oldest university in Malaysia. In post-nominals the university's name is currently abbreviated as UM and Malaya during the pre-independence period.
The University was founded in 1949 as a public-funded tertiary institution. Today, it has more than 2,500 faculty members of various expertise. In 2012, UM was granted autonomy status by the Ministry of Higher Education.
In 2011, UM is ranked at 401 to 500 in the Shanghai Jiao Tong University’s 2011 Academic Ranking of World Universities (ARWU). And the THES – QS World University Rankings has ranked UM in the top 200 universities of the world.

 

National University of Malasyia

National University of Malasyia Logo (Top 10 Universities in Malaysia)National University of Malasyia Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
The National University of Malaysia (Abbreviation: NUM; Malay: Universiti Kebangsaan Malaysia; Abbreviated UKM) is a public university located in Bangi, Selangor which is about 35 km south of Kuala Lumpur. Its teaching hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) is located in Cheras and also has a branch campus in Kuala Lumpur. Currently there are 17,500 undergraduate students enrolled, and 5,105 postgraduate students of which 1368 are foreign students from 35 different countries.
Universiti Kebangsaan Malaysia is one of the five research universities in the country. It was ranked by The Times Higher Education Supplement (THES) at number 185 in its annual ranking of the world's top 200 universities for 2006.[3]


Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia Logo (Top 10 Universities in Malaysia)Universiti Teknologi Malaysia Logo (Top 10 Universities in Malaysia)
Universiti Teknologi Malaysia (also known as University of Technology, Malaysia, UTM) is the oldest public engineering and technological university in Malaysia. The university specializes in technical studies, with separate faculties for the various engineering divisions such as Civil, Mechanical, Electrical, Chemical and Biomedical engineering. It also has faculties for Education, Pure Sciences, Management, and Human Resources Development. It is the country's major source of graduate engineers and similar professionals. Alumni of UTM have been instrumental in developing sectors related to engineering and technology in Malaysia.
With over 20,000 students on campus, more than 25% of them are postgraduates. Since the 1990s, the number of foreign students, particularly from neighbouring Asian countries, the Middle East, and Africa, has been increasing, especially in postgraduate programs. UTM graduates have gone on to many academic and professional institutions across the world.
 
 
 
--Resource
4icu -- http://www.4icu.org/my/
wikipedia -- wikipedia.com
malaysiandigest.com