Friday, September 13, 2013

13 bantah angkat sumpah MB dipenjara dua tahun

Tiga belas orang yang dijatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000 dihantar ke Penjara Tapah selepas Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman yang bermula hari ini.
perak mb ubudiah mosque bn takeover 060209 02Semua mereka dijatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan selepas didapati bersalah kerana meneruskan perhimpunan haram walaupun diarahkan supaya bersurai pada 6 Februari 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Perak empat tahun lalu.
Ia adalah hari sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat beralih menyokong BN.

Menurut peguam Augustin Anthony, pihaknya akan memfailkan rayuan untuk menangguhkan hukuman di Mahkamah Tinggi Taiping seawal-awalnya Selasa minggu depan selepas Hakim Norsalha Hamzah menolak permohonan mereka pagi tadi.

"Ada di antara OKT (orang kena tuduh) merupakan penghidap kanser dan ibu tunggal," katanya kepada Malaysiakini.

Turut sama bertindak sebagai peguambela adalah Aminuddin Zulkifli dan Zamri Ibrahim.
Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
   
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
   
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
   
Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.
   
"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.
   
Terdahulu, Augustine memohon mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294, Kanun Prosedur Jenayah dengan mengambil kira fakta sebelum menjatuhkan hukuman kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka.
   
Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata hukuman setimpal perlu dikenakan kerana kes itu telah mengambil tempoh hampir lima tahun yang melibatkan perbelanjaan serta masa mahkamah.

"Apa yang berlaku semasa kejadian adalah keadaan huru-hara kerana menentang satu proses perundangan, menimbulkan keadaan tidak aman dan banyak kerosakan.

Seksyen 145 dilihat lebih serius sebab itu ayat yang digunakan dalamnya adalah "...shall be punish...", oleh yang demikian tidak timbul Seksyen 294 wajar diguna pakai," katanya.
   
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya
umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.
   
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain serta sejumlah penyokong PAS turut hadir di perkarangan mahkamah.

Sumber malaysiakini

Wahabi menurut pandangan Malaysia



Blog Gendang Perang



(1703 - 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah 'Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama? yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kembali konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah (1263 - 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 - 1350M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid?ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah S.A.W. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid'ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin
kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

1. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang
diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
2. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah
boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
3. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang
kepada Ijmak dan Qias.
4. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
5. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab
Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu
adalah atas
dasar menziarahi Masjid Nabawi.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat
Islam syirik.
7. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w.
tahlil dan seumpamanya.
8. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam
seperti Maulid Nabi, Isra' Mikraj dan lain-lain.
9. Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
10. Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
11. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
12. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
13. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi
boleh baca dengan lurus sahaja.
14. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
15. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
16. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok-belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan
sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya:
Dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Rujukan: www.islam.gov.my
melalui islamgrid

Tetapi walaupun demikian , perlu kita fikirkan kenytaan di bawah... Tidakkah mereka sesat?

"Mereka kemudian menyeru Umat Islam supaya mengikuti Aqidah Mujassimah dan Musyabbihah mereka iaitu mengatakan Allah duduk semayam, beranggota badan seperti tangan, mata, kaki, muka. Aqidah inilah yang ditolak oleh ASWJ kerana menyerupai agama-agama Musyrik lain"

Tidakkah ini juga bermaksud menyekutukan Allah dan zatNYA dengan makhluk ciptaannya?

Persepsi gua mudah,
Allah duduk bersemayam bererti menyamakanNYA dengan raja Saud. Allah ada anggota badan seperti tangan, mata, kaki dan muka juga untuk menyamakanNYA dengan raja SAUD.  Kesimpulan gua wahabi menyeru manusia sujud kepada yahudi Saud.

***** Muhammad Bin Abdul Wahab adalah sekutu Saud ketika menghalalkan darah umat Islam di Saudi.

wasukalu.com

Thursday, September 12, 2013

Prestasi UM meningkat sejak 5 tahun, kata VC


Naib canselor Universiti Malaya Tan Sri Ghauth Jasmon berkata kedudukan institusi tersebut bertambah baik dalam ranking dunia sejak lima tahun lalu.

Katanya, kedudukan di tangga ke-156 pada tahun lalu adalah pencapaian terbaik universiti tersebut.

Tambahnya, peningkatan dan penurunan dalam ranking dunia adalah normal dan tiada universiti yang dapat terus meningkatkan prestasi, katanya kepada Malaysiakini.

Apa yang penting, universiti tersebut menunjukkan peningkatan secara keseluruhan dalam tempoh berkenaan, tegasnya.

Beliau mengulas prestasi universiti tertua di Malaysia itu yang merosot ke tangga ke-167 dalam senarai dikeluarkan firma Quacquarelly Symonds (QS).

Ghauth berkata institusi berkenaan akan menjalankan usaha bagi memperbaikinya.

Katanya, QS melakukan sedikit perubahan dalam kaedah untuk menilai reputasi akademik universiti dunia – yang didakwa menyumbang kepada kemerosotan ranking UM.

Peningkatan menyeluruh
Prestasi tersebut bagaimanapun menunjukkan peningkatan secara menyeluruh antara 2008 hingga 2013, katanya.
"Untuk makluman semua, kedudukan 156 pada tahun 2012 adalah kedudukan terbaik UM dalam sejarah universiti ini.
"Ada satu ketika dalam masa 8 tahun lepas UM pernah mencatatkan kedudukan ke-89 tetapi itu berlaku sebab terdapat kesilapan dalam data yang dihantar UM kepada QS-THE Ranking pada masa itu," katanya.

Katanya, UM menjalankan usaha untuk memperbaiki prestasi tersebut, antanya:
  • Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi secara aktif melalui Geran (HIR) yang diberi oleh Kementerian Pendidikan berjumlah RM590 juta bagi tempoh 5 tahun mulai 2011 sehingga 2015.
  • Keanggotaaan tiga orang Pemenang Hadiah Nobel dan dua orang Felo Terkemuka (bertaraf Highly Cited Researcher) dalam Majlis Penasihat bagi projek HIR.
  • Usaha mencari lebih ramai Academic Icon yang mempunyai latar belakang dan rekod pencapaian penyelidikan yang terkemuka.
  • Usaha membawa masuk seramai 300 orang pelajar yang mempunyai Kepujian Kelas Pertama melalui Program Bright Spark.
  • Kerjasama dengan lebih daripada 300 buah universiti ternama di seluruh dunia, termasuk dari Amerika Selatan dan Afrika. Antaranya dalam bidang Penyelidikan bersama, Pertukaran staf akademik, Joint PhDs dan Pertukaran Pelajar.
Ghauth juga berkata, kemerosotan prestasi UM pada tahun ini adalah kesusutan sebanyak 3.8 peratus dalam pengiraan untuk menilai reputasi akademik.
"Pada tahun ini, pihak QS telah mengubah cara pengiraan reputasi akademik dengan pemberatan dalam ranking mata pelajaran yang memberi impak yang besar terhadap pencapaian UM secara keseluruhannya.
"QS memberitahu pemberatan tersebut adalah bergantung kepada kecemerlangan sesuatu disiplin atau bidang tertentu di dalam sesebuah universiti," kata Ghauth.

Sumber malaysiakini

Wednesday, September 11, 2013

Mengapa kedudukan IPTA di Malaysia merosot?


Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:

azlan















Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).

Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
  • Reputasi pencapaian akademik (40%)
  • Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
  • Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
  • Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
  • Keantarabangsaan pelajar (5%)
  • Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)
Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan.
Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr-Saunders.

Pada 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan NUS di Singapura.

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:
  • Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan
  • Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia
  • Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya
  • Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan
  • Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia
Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

Rafizi Ramli adalah ahli parlimen Pandan dan pengarah strategi PKR
 
Sumber malaysiakini

Air botol dalam kereta anda sangat merbahaya!

http://www.tranungkite.net,
Orang ramai tidak perlu minum botol air yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Haba bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan dioksin ke dalam air.

Dioksin adalah toksin yang semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta.
Gunakan botol 'stainless' (keluli tahan karat) atau botol kaca bukan plastik!

Maklumat ini juga sedang diedarkan di Pusat Perubatan 'Walter Reed Army'. Tiada bekas plastik dalam ketuhar gelombang mikro. Tiada botol air dalam peti sejuk. Tiada bungkusan plastik dalam ketuhar gelombang mikro.

Kimia Dioksin adalah punca kanser, terutama kanser payudara. Dioksin adalah sangat beracun kepada sel-sel dalam badan kita. Jangan membekukan air dalam botol plastik kerana akan melepaskan dioksin daripada plastik. Baru-baru ini Pengurus Program Kesejahteraan di Hospital Castle, adalah satu program TV untuk kesihatan menjelaskan bahaya ini .

Kita tidak perlu memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang menggunakan bekas plastik. Ini terutamanya kepada makanan yang mengandungi lemak.

Gabungan lemak, haba yang tinggi dan plastik melepaskan dioksin ke dalam makanan.

Sebaliknya menggunakan kaca, seperti Pyrex atau bekas seramik untuk memanaskan makanan. Anda akan mendapat keputusan yang sama, tetapi tanpa dioksin. jadi, perkara-perkara seperti maggi dalam 'cup', sup segera, dan lain-lain, perlu dikeluarkan dari bekas mereka dan dipanaskan di dalam sesuatu yang lain.

Kertas juga boleh, tetapi anda tidak tahu apa yang ada dalam kertas. Ia adalah selamat untuk menggunakan bahan kaca, seperti Pyrex, dan lain-lain

baru - baru ini beberapa restoran-restoran makanan segera berpindah dari bekas buih stirena ke kertas. Masalah dioksin adalah salah satu sebab nya....

Bungkusan plastik, seperti berpaut filem, adalah sama bahaya apabila diletakkan di atas makanan yang perlu dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.Ketika makanan dipanaskan, haba yang tinggi menyebabkan toksin beracun yang akan mencairkan bungkusan plastik dan menitik ke dalam makanan. Sebaiknya tutup makanan dengan kertas tuala.

Facebook Hanya Di Kelate

Fikirkan hala tuju PAS, bukan isu


Oleh Abd Shukur Harun
Ketika PAS Kawasan seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung dan disusuli oleh mesyuarat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat peringkat negeri, menjelang Muktamar Tahunan PAS November nanti, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Terutamanya media massa, politikus Umno dan pihak yang menyokongnya yang sentiasa mencari salah PAS untuk menyerangnya. Ini biasa berlaku setiap menjelang Muktamar PAS.

Kini, isu yang hangat diperkatakan ialah isu Syiah iaitu ada pihak dengan segala prejudisnya menuduh PAS terlibat dengan Syiah, sedangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abd Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan menafikannya.

Bagaimanapun, isu ini terus diperhangatkan atas kepentingan tertentu dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu kononnya sebagai ‘orang Syiah’, padahal beliau telah menafikannya berulang kali.

Kemudian ditimbulkan pula isu sampingan – melaga-lagakan golongan ulama dan profesional - menjelang Muktamar PAS dan beberapa isu lain yang saling bermunculan yakni dijangka akan semakin rancak ditimbulkan semakin dekat Muktamar.

Bagi pendukung PAS yang setia, mereka sangat faham bagaimana musuh PAS memanipulasi isu ini setiap kali muktamar untuk memecahbelahkan PAS.

Oleh itu, mereka tidak perlu melayannya, menjelang Muktamar tahu lalu – sebelum PRU ke-13, masyarakat dihangatkan dengan isu supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan PAS dengan DAP, namun pendukung PAS yang amat setia tidak terpengaruh dengan hasutan ini, yakni akhirnya PAS terus bersama Pakatan menghadapi PRU tersebut.

Kini musuh politik PAS bangun kembali dan berusaha menimbulkan isu-isu yang disebutkan tadi dan tidak mustahil akan berusaha lagi merekacipta isu untuk memecahbelahkan PAS. Tetapi kita yakin, usaha musuh politik PAS ini akan terus gagal, sama seperti kegagalan mereka pada masa lalu, justeru pengalaman dan ilmu yang ada pada pendukung PAS mampu mempertahankan keutuhan parti.

Mengenai isu Syiah, Presiden PAS telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan agenda Barat yang hendak melemahkan Islam dengan masalah mazhab Sunni-Syiah. Beliau menyifatkan isu kontroversi ini perkara lama yang sengaja ditimbulkan kembali.

Justeru, katanya, secara sedar tetapi bodoh atau jahil, isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam mengenai kebangkitan Islam di seluruh dunia. Kata beliau, kerana asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya iaitu Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. Untuk itu, Presiden PAS menyeru supaya
umat Islam memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.

Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini, katanya, masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. Oleh itu, saya percaya isu Syiah ini tidak akan ‘menggegarkan’ Muktamar PAS November ini. Tetapi jika timbul juga, maka memang sangat malanglah.

Yang penting diberi fokas dalam Muktamar nanti ialah hala tuju PAS akan datang, melakarkan road-map parti dalam menghadapi politik baru negara ini iaitu PAS, sebagai parti politik Islam kontemporari, mesti menyediakan dirinya benar-benar kukuh dan berperanan penting dalam politik arus perdana Malaysia.

Ia tidak boleh lagi dilihat hanya ‘berlegar’ dalam kelompok atau lingkungan partinya saja, tetapi ia mesti menyerlah di mana-mana, mengambil bahagian  penting dalam semua situasi, justeru sebagai parti dan gerakan Islam, ia menjadi ‘pengimbang’ atau dalam bahasa yang mudah difaham sebagai pengadil dalam semua pergolakan dan keadaan.

Ini sesuai dengan sifat Islam sebagai agama wasatiyah, pengimbang dan penyaksi kepada manusia dan Rasul menyaksikannya, seperti yang disebut di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, 143.

Oleh itu para muktamirin perlu menyediakan gagasan dan idea besar ke arah itu, tidak perlu lagi mengulang-ngulang retorik dan slogan serta frasa lama. Atau membangkitkan isu yang bersifat remeh-temeh atau kritikan dalaman yang hanya ‘mencederakan’ sesama pendukung parti. Lebih-lebih lagi, seperti biasa, ada puluhan wakil media massa – dalam dan luar negara – yang membuat laporan Muktamar di samping para tetamu.

Mungkin ada hujah mengatakan bahawa bila lagi hendak mengkritik atau mengemukakan pandangan kalau bukan di Muktanar. Pada pendapat saya, itu memang benar bahawa kritikan atau teguran serta pandangan berbeza itu boleh saja dilakukan, tetapi pandangan dan teguran itu jangan sampai ke tahap dilihat sebagai tidak releven, tidak faham isu, malah bodoh. Maknanya, kritikan atau pandangan berbeza mestilah didukung dengan fakta, kemunasabahan atau logik akal serta dibawa dalam lingkungan akhlak Islam.

Sementara itu, saya percaya dalam Muktamar kali ini, akan timbul perihal kekalahan PAS di Kedah, kekalahan hingga 15 kerusi PAS di Kelantan, peningkatan prestasi PAS Terengganu yang sangat menjanjikan, kemenangan 15 kerusi PAS di Selangor, kemenangan beberapa kerusi PAS di Johor, sebuah kerusi PAS di Melaka, prestasi PAS Perak yang dan lain-lain akan dibahaskan dalam suasana yang tenang dan matang.

Juga perlu dibahaskan dalam Muktamar itu mengenai usaha PAS untuk menawan kerusi Melayu lebih banyak di luar bandar, di samping mengekalkan sokongan yang ada. Dalam masa yang sama mengeratkan kerjasama dengan semua parti dalam Pakatan rakyat dan berusaha memperkukuhkan lagi Tahaluf-Siyasi.

Kesimpulannya, Muktamar PAS kali ini mesti menghantar isyarat jelas bahawa PAS  sebagai parti politik Islam mampu berdiri gagah (Walking Tall) menghadapi cabaran yang ada betapapun kompeksnya. Ia bukan lagi parti yang berlegar di lingkungannya saja, tetapi ia parti yang hadir dan berperanan dalam arus perdana politik Malaysia. Untuk itu paduan antara ulama, profesional, veteran, tokoh aktivis dan pelbagai golongan lagi amat perlu.-HD


Sumber tranungkite

10 "Kesalahan" Presiden Mursi Yang Mengundang Rampasan Kuasa


KAHERAH - Dalam laman egyptwindow.net, hari Selasa (10/9/2013), Dr. Ahmad Samir menulis sebuah artikel panjang tentang kesalahan- kesalahan Presiden Mursi sehingga menyebabkan tentera melakukan rampasan kuasa. Berikut kesalahan- kesalahan beliau:

Pertama, di awal pemerintahannya, Presiden melakukan kunjungan ke luar negeri untuk memaparkan imej Mesir dan menarik pelaburan asing. Negara- negara yang dikunjungi adalah China, Rusia, Brazil, Pakistan, Afrika Selatan, dan lain-lain. Beliau tidak melawat Amerika, bahkan merancang pun tidak. Hal ini sedikit-banyak memgundang permusuhan Amerika dan Israel. Padahal sejak masa Anwar Sadat, Amerika adalah negara penyumbang utama Mesir.

Kedua, disaat terjadi serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza, bulan November 2012, Presiden Mursi secara langsung menyokong Gaza dengan menarik Duta Mesir di Tel Aviv dan menghantar perdana menteri masuk ke Gaza. Tindakan Presiden Mursi ini berakhir dengan keputusan Israel menghentikan serangan dan membuka pintu gerbang sempadan. Dari sini, semua pihak menilai Mursi sebagai presiden yang mampu menangani krisis di Timur Tengah, yang tentunya tidak disukai oleh Amerika dan Israel.

Ketiga, Presiden Mursi berkeras melaksanakan programnya mengembangkan Terusan Suez menjadi pusat perdagangan dunia seperti Dubai dan Singapura, dengan unjuran pendapatan USD 100 bilion setahun. Program ini jelas akan meletakkan Mesir sebagai negara maju secara ekonomi yang boleh mempunyai sikap politik yang bebas. Ini tentu akan membahayakan kepentingan Amerika di Timur Tengah. Bahaya itu juga akan menimpa Israel yang masih bercita-cita menguasai Dataran Sinai, sebelah timur Suez. Selain Amerika dan Israel ada negara Arab yang akan sangat dirugikan, yaitu Dubai. Dubai adalah wilayah paling miskin sumber minyak di antara 7 wilayah Arab. Dubai hanya bergantung pelabuhannya. Jika Suez dibangunkan, Dubai dijangka akan hancur 20 tahun mendatang.

Keempat, Presiden Mursi memprogramkan pembangunan di Dataran Sinai yang merupakan 31% dari seluruh wilayah Mesir. Dana yang dianggarkan untuk tahun 2013-2014 sebanyak USD 4.4 bilion. Beliau juga membuka bandar baru yang dinamakan Fairuz untuk meningkatkan kepadatan penduduk. Selain itu, ada dua universiti baru yang dibina. KetikaDdataran Sinai dikembangkan sedemikian rupa, tentu akan memberi wilayah ini kekuatan yang membahayakan Israel penjajah tetangga Sinai, Palestin.

Kelima, Presiden Mursi memprogramkan untuk memcapai kadar sara-diri gandum tidak lebih dari 3 tahun masa pemerintahannya. Mesir adalah negara terbesar pengimport gandum. Gandum sendiri biasa digunakan sebagai senjata untuk menekan negara -negara pengimport. Tercatat import gandum Mesir setiap tahun mencapai 10 juta tan. Dari angka itu, Amerika mendapatkan jatah 41.5%, Australia 22.7%, Eropah 12.7% dan Kanada 3.6%. Negara- negara ini tentu tidak mau kehilangan pasaran besar gandumnya .

Keenam, Presiden Mursi mula membuat mekanisme pembangunan sistem pendidikan di Mesir, yang mengesampingkan para sistem dan perunding Amerika. Pembangunan itu didasarkan kepada norma, akhlak, kemajuan ilmu dan teknologi, keperluan negara, dan pasaran tenaga kerja. Diharapkan akan terwujud bangsa yang produktif dan positif. Hal ini tentu tidak boleh membuat Amerika dan Israel tenang.

Ketujuh, sikap Presiden Mursi dalam kes Syria. Beliau membebaskan visa warga Syria yang berhijrah ke Mesir, melayan pelajar Syria seperti rakyat Mesir sendiri, menarik duta Mesir di Damsyik, menutup kedutaan Syria di Kaherah, dan lain-lain. Langkah- langkah berani ini telah membangkitkan kembali peranan negara Arab dan Islam dalam menyelesaikan sebuah kes dalam panggung antarabangsa. Seakan telah mengetepikan peranan Amerika. Langkah beliau yang menakjubkan adalah acara "Persidangan Rakyat Mesir untuk Menyokong Revolusi Syria" yang mengundang tokoh- tokoh dari dunia Islam. Ia sudah cukup untuk mencengkam Syria dan sekutu-sekutunya (Rusia, China, Iran dan lain-lain)

Kelapan, Presiden Mursi memikirkan semula idea penubuhan "Islam G8", organisasi 8 kerajaan Islam. Ia bermula dengan kerjasama politik dan ekonomi antara Mesir dan Turki yang kukuh. Kemudian teruskan dengan kerjasama yang sama di antara Mesir, Turki, Pakistan dan Malaysia. Langkah ini akan membuat banyak ketakutan dan rasa yang tiada tandingan, Tidak terkecuali Saudi, Kuwait, Bahrain dan UAE.

Kesembilan, Presiden yang salah apabila perhatian yang lebih kepada pembangunan dan pembaharuan ekonomi dan pengukuhan kuasa bawahannya. Walaupun pemimpin-pemimpin yang tidak menyatakan pihak berkuasa itu tidak akan dapat menubuhkan sebuah negara. Dia tidak memperbaharui empat tonggak kerajaan, tentera, polis, badan kehakiman, dan media. Tiang keempat negeri ini kemudian menubuhkan dirinya sebagai di luar kuasa Presiden Mursi. Membuka peluang yang luas untuk saki-baki rejim Mubarak untuk membuka jalan kepulangan kumpulan.

Kesepuluh, Presiden Mursi kelihatan terlalu awal untuk menunjukkan contoh kerajaan Islam. Walaupun tidak ada kuasa kebangsaan, serantau, apatah lagi dunia adalah cukup untuk menyokongnya. Kesilapan ini agak tercemar projek Islam dengan cara publisiti yang luas "kegagalan" beliau dalam memimpin.

Presiden Mursi kesilapan di atas telah mewujudkan gabungan antarabangsa berusaha untuk menggagalkan kerajaan dan berakhir dengan kejatuhannya, apabila Presiden Mursi sibuk dengan perkara-perkara yang kurang keutamaan.

Dterrjemah dari dakwatuna.com


Sumber tranungkite

Tuesday, September 3, 2013

15 years after being sacked as DPM, Anwar still looks to the future

BY ZULKIFLI SULONG, FEATURES AND ANALYSIS EDITOR
Fifteen years ago today, Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) went to office as Malaysia's second most powerful man but left hours later sacked from the job of deputy prime minister and finance minister.
Since then, he has had a black eye and a back problem from being beaten up in a police cell, spent six years in jail for sodomy and corruption and caused the ruling Barisan Nasional (BN) to lose their two-thirds super majority in parliament twice.
Now 66 and a grandfather, Anwar cuts a trim figure as the parliamentary opposition leader and Pakatan Rakyat de facto chief and remains very much as popular as he was when in government.
"I still remember every second of misery which I endured, what my wife, family and friends went through. I give thanks that it didn't affect my peace of mind and I don't feel hatred towards those who had attacked me.
"I only want to look forward," he told The Malaysian Insider in a special interview in Kuala Lumpur over the weekend.
After he was sacked from public office, Anwar was free for 18 days before being arrested under the Internal Security Act (ISA) and later charged for sodomy and corruption.
On the day Anwar was fired, people from various levels of society including then PAS president the late Datuk Fadzil Mohd Nor visited his official residence across from Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's residence in Bukit Ledang to offer their moral support and sympathies.
Anwar then moved to his own residence in the leafy Bukit Damansara suburb, where almost every day until he was arrested, the house was filled with people who came from different walks of life, politicians, lawyers, journalists, foreign diplomats and the man in the street.
"I am thankful to Allah for giving me the opportunity to do something and to choose loyal friends, Fadzil being a good example. And also the present PAS leadership with president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, DAP adviser Lim Kit Siang among other friends," Anwar said.
His arrest galvanised the opposition and his supporters, who then joined forces under Fadzil's leadership to form Gerak or Malaysia People's Movement.
Since then, Malaysia's politics has been anything but quiet and peaceful - all due to the fallout of what transpired on September 2, 1998.
For two consecutive elections, BN has lost the key two-thirds majority in Dewan Rakyat and even lost the popular vote in the May 5 general election this year.
Now there is talk of a unity government between BN and Anwar's Pakatan Rakyat (PR) which failed to capture power despite winning the popular vote.
"Firstly, it's untrue we have failed. Last month, I went to Istanbul, Turkey and met with leaders from Syria and Egypt including Sheikh Rashid Al-Ghannouchi from Tunisia. He told me, Anwar, there is no country where an oppressive system can succeed, if there are elections, everything will work out.
"From that point of view, I consider that I have enjoyed a major success. Yes, it's true that we didn't manage to form the government, but if we were to come to power using dirty and underhanded tactics, it wouldn't feel right either," he said.
Anwar also clarified news of a unity government being bargained between BN and PR after the opposition leader confirmed with the Asia Sentinel news portal that there have been overtures lately.
"The question of a unity government never cropped up at all. It has been mentioned, so for me there has to be certain concessions to agree on some basic policies,” he said.
"This is what we have been preaching, this is what I've been preaching since 2008. I still remember my first speech as opposition leader was to voice out calls for a regular dialogue on basic issues, economic, crime prevention among others, because it was very necessary."
But he said the government of the day has its work cut out for it in the present economic circumstances in the world.
"I don't understand how the Umno leaders can live in comfort and think that everything is fine when the statistics tell a different figure," Anwar said.
Going beyond dialogue with BN, Anwar also focused on cooperation among the three parties that make up PR - his PKR, DAP and PAS.
"We have heard views that in the aftermath of the general election, Pakatan Rakyat should continue to progress and not rest on their laurels. I agree, we should increase our cooperation.
"Some parties say DAP is comfortable because of strong Chinese support, that PAS should focus on the issue of Malay voters. For me, this doesn't complicate matters or block our cooperation but in fact, this consensus among Pakatan Rakyat is something which is very critical not just to the party but to the country," he said.
In the interview, Anwar also reiterated that PR was against any new delineation exercise for electoral constituencies until there was a change in leadership in the Election Commission (EC).
"We are firmly opposed to this because it is inconceivable that the Election Commission, with its dirty and tarnished record, is given the responsibility to carry out such a major task. It is illogical and we will fight this to the very end.
“It isn't a question of two-thirds majority but about the credibility of the EC which has to be resolved. The issue of the electoral rolls hasn't been settled until now, they should resolve that issue first. The solution doesn't lie in replacing a commission secretary who is going to retire soon with someone new," he said, adding the senior figures should be replaced and not the secretary. - September 2, 2013.

Source themalaysianinsider

Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP

OLEH MD IZWAN
Datuk A. Kadir Jasin (pic) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.
"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.
"Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.
Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.
"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.
Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.
Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.
Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 3 September, 2013.

Sumber themalaysianinsider

Rugi RM1.05 pada setiap pengisian minyak RM10

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.

Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.

Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.

Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.

Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.

RM1.05, apabila didarab dengan 30 hari (sebulan), bersamaan RM31.05.

RM31.05 didarab pula dengan 12 bulan (setahun), pengguna akan kerugian RM378 setahun.

Itu jika mengandaikan pengguna mengisi petrol RM10 sehari. Jika pengguna mengisi lebih dari RM10, lebih banyak kerugian yang dialami.