Tuesday, March 20, 2012

Kerajaan ditipu , diperbodoh AirAsia - MP Datuk Bung Moktar Radin

Abdul Aziz Mustafa, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ditipu, diperbodoh dan dipermainkan dalam penggabungan MAS-AirAsia.

"Rupa-rupanya kolaborasi ini telah dimanipulasikan oleh AirAsia itu sendiri," dakwa beliau dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menuduh AirAsia memanipulasi penggabungan itu apabila melantik salah seorang pengasas bersama serta ahli lembaga pengarah penerbangan harga rendah itu, Conor McCarthy, sebagai pengarah urusan MAS selepas berlakunya penggabungan itu.

Bung Moktar juga menuduh Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar sebagai "master mind".

"Ini bermakna kerajaan telah ditipu oleh AirAsia - diperbodohkan, dipermainkan melalui Khazanah.

"Oleh sebab itu saya minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat Ahli Lembaga Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar ini – dia master mind! Dia yang merugikan duit kerajaan, duit rakyat. Kenapa tidak disiasat?" dakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Selain Azman, Bung Moktar juga menuntut supaya disiasat Pengarah Komersil Interim MAS, Shane Nolan; Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAS, Rozman Omar; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kejuruteraan Aerospace MAS, Azhari Mohd Dahlan dan Ketua Komunikasi Strategik MAS, Nor Zalida Ahmad.

Rozman, Azhari dan Nor Zalida kesemuanya dari AirAsia. Nor Zalida pernah dilaporkan sebagai anak saudara kepada Timbalan CEO AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

Sama seperti McCarthy, Nolan adalah dari PlaneConsult, iaitu konsultan AirAsia.

Bung Moktar juga mendakwa, MAS mengalami kerugian sebesar RM2 bilion berikutan penggabungan dengan AirAsia itu.

"Saya cukup sedih bagaimana kolaborasi ini apabila MAS rugi dekat RM2 bilion tetapi AirAsia pula untung RM500 juta!" dakwa beliau.

Beliau meminta penggabungan itu dibatalkan serta-merta.

"Saya mahu mintalah kerajaan agar batalkan kolaborasi ini dengan serta-merta sebab MAS menanggung banyak kerugian daripada kesilapan demi kesilapan dan kesilapan inilah yang akan memusnahkan harapan rakyat," katanya.

Beliau juga menuntut Azman diundurkan dari Khazanah.

"Dia yang menjadi dalang yang menghancurkan. Khazanah membuat investment di sana sini dan bukan semua investment menguntungkan, banyak yang rugi. Rugi kerajaan yang tanggung.

"Untung dia kaya raya. Dia dapat bonus. Gaji tidak tahu berapa puluh juta, berapa puluh ribu, elaun dan sebagainya," dakwa Bung Moktar.

Tidak diketahui adakah Azman membuat keputusan bersendirian tanpa restu dan persetujuan Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sumber Harakahdaily

Lapan perkara bantu tingkat kesabaran




Oleh Kupunyati,
....selamat pagi.....................

SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.

Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

l Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.

l Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.

l Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.

l Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.

l Berusaha mencontohi orang sabar.

l Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.

l Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.

l Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedihberlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.

Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.

Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.

Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.

Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.

Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.
"Hatiku....hatiku JUa

Wednesday, March 14, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M)


Pusat Sivik Serada Kuala Terengganu

Sebahagian dpd Penerima BR1M berbaris untuk mendaparkan passport dan baucar


Kad passport BR1M


Penerima tandatangan untuk tunai RM500.00 diatas pentas


Penerima menunggu giliran untuk menukar baucar kepada tunai



Pada 13hb Mac 2012 di Dewan Sivik Serada (Banggol Tok Ku),Kuala Terengganu diadakan satu majlis penyampaian "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)" untuk DUN Alur Limbat yang melibatkan Kg Padang Midin,Kg Gong Kiat,Kg Binjai Berambu,Kg Kepong,Kg Beladau,Kg Baru dan Kg Serada.Penerima bantuan tersebut berjumlah 1500 orang.

Semasa orang ramai mendaftar untuk mendapatkan passport dan baucar BR1M , didalam dewan diadakan ceramah isu politik semasa yang disampaikan oleh penceramah UMNO. YB  Alias DUN Alur Limbat pun ada bersama-sama dalam majlis ini. Pada pukul 12.30 tengahari penerima bantuan dapat menukarkan baucar kepada tunai berjumlah RM500.00. Mungkinkah pada bajet tahun hadapan kerajaan akan meneruskan bantuan ini ?? Walau bagaimanapun bersyukurlah dengan pemberian ini.



Monday, March 12, 2012

Tips Untuk Tidur

 

Oleh zack
 
Beberapa tip untuk tidur, tip ini diadun daripada kitab Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali dan beberapa pandangan umun.

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak

2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.

4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus. 

6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.

7. hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.

10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.

Thursday, March 8, 2012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik," katanya.
Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan  beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Sumber Malaysiakini

 

Bangun Subuh Lambang Displin Diri

Solat subuh merupakan lambang disiplin diri dan kekuatan ummah. Itulah kayu pengukur nilai sesuatu umat. Umat yang lalai dari Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan akan tetapi berhak untuk diganti dengan yang lain. Sehinggakan pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan mereka tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat Jumaat.
Tanpa solat subuh umat Islam tiada lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka tidak memperhatikan solat ini. Presiden Sukarno sewaktu dalam pidatonya ambilan kata-kata daripada seorang pejuang Islam pada zaman pemerintahannya:

“Berikan aku 10 orang pemuda Islam yg selalu solat subuh berjemaah, nescaya akan aku goncangkan dunia bersama mereka”

yang melambangkan kekuatan umat Islam jika mereka mampu menunaikan solat Subuh secara berjemaah kerana sanggupnya mereka bangun ketika Subuh hanya untuk mengingati Allah SWT.

1. Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) 

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara baginda dengan Allah SWT kerana baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

3.  Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

4. Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka.

Rasulullah bersabda“Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.”) (Hadis Riwayat Muslim)

5. Rasulullah SAW memberi janji, apabila solah Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solah Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solah Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, At-Termizi dan Ibn Majah)

6. Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, ”dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)

7. Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

8. Hadis Abu Hurairah mengatakan: Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat. (Riwayat Imam Muslim)

9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Nabi SAW bersabda: Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Mungkin kerana inilah yang membuatkan kita terlepas solat Subuh dan bangun di tengah hari menyebabkan kita masih rasa ngantuk di petang hari walaupun kita lambat bangun.
Selain itu, keistimewaan Solat Subuh kupasan dalam buku bertajuk “Mukjizat Tahajud dan Subuh” karya Husni A.Ghazali adalah:

1. Disaksikan oleh malaikat
2. Menyelamatkan kaum dari azab
3. Mendapatkan pahala setara dengan ibadah haji dan umrah.
4. Terbebas dari Api neraka
5. Dijamin Masuk Surga
6. Lebih utama dari sholat fadhu yang lain
7. Mendapat perlindungan dari Allah SWT
8. Menyempurnakan Agama
9. Terhindar dari kemunafikan
10. Mendapatkan berkah dari Allah SWT dan dimudahkan rejekinya
11. Mendapatkan kasih sayang Allah SWT
12. Mendapatkan cahaya terang di hari kiamat
13. Meraih pahala yang paling mulia
14. Mendapatkan pahala setara dengan sholat semalam penuh
15. Menyimpan pahala yang sangat besar
16. Waktu Mustajab
17. Nabi Isa AS kelak turun di waktu subuh
18. Melihat Rabb di hari kiamat
19. Membawa bendera Iman
20. Ibarat perang yang menang dengan cepat.

Kerugian orang yang meninggalkan solat Subuh Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:
1. Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna (kelebihan) yg tersirat di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih) - keistimewaan itu hanya Allah saja yg mengetahuinya.
2. Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un : 4-5)
3. Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud:“Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Sumber ilmi islam.com

Wednesday, March 7, 2012

NEGARA PALING RAMAI UMAT ISLAM


 



1 daripada 4 penduduk dunia adalah muslim, dan jumlah muslim terbesar berada di luar Timur Tengah. Laporan yang dikeluarkan CNN menyatakan jumlah muslim China lebih ramai daripada yang berada di Syria, dan Muslim di Jerman jumlahnya lebih besar daripada muslim yang tinggal di Lubnan. Berikut negara-negara dengan populasi muslim paling ramai di dunia.

1. Indonesia : 195,670,000 orang



Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di dunia dengan kira-kira 13% jumlah Muslim di dunia berada di Indonesia dan 88% penduduknya beragama Islam. Pada tahun 30 Hijrah atau 651 Masehi, hanya berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Uthman ibn Affan RA mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam yang baru berdiri. Dalam perjalanan yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan Uthman sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian pada tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus singgah, abad demi abad. Mereka berdagang sambil berdakwah.

2. Pakistan : 156,490,000 orang


Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan yang dahulunya sebahagian daripada India. Dengan lebih dari 150 juta penduduk, Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan. Sedangkan dalam bahasa Parsi Pak berarti suci dan Stan bermakna negara sehingga para pendiri Pakistan mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.


3. India : 144,750,000 orang


Islam adalah agama yang kedua terbesar setelah agama Hindu (80.5%). Ada sekitar 174 juta Muslim, 16.4% dari jumlah penduduk. Sejak pengenalannya ke India, Islam telah membuat penyumbangan keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan politik kepada sejarah, warisan dan kehidupan India.


4. Bangladesh : 127,080,000 orang


Islam adalah agama terbesar Bangladesh, yang penduduk Muslim lebih dari 130 juta dan merupakan hampir 88% dari jumlah penduduk, berdasarkan banci 2001. Islam tiba di wilayah Bengal sejak abad ke-13, terutama oleh kedatangan para pedagang Arab. Majoriti Muslim di Bangladesh adalah Sunni, yang mengikuti ajaran mazhab Hanafi.

5. Mesir : 70,530,000 orang


Islam tiba di wilayah Mesir pada 628 Masihi. Ketika itu Rasulullah mengirim surat pada Gubenor Mukaukis - yang berada di bawah kekuasaan Rom - mengajak masuk Islam. Pada 639 Masehi, ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash dan pasukan Zubair bin Awwam berkekuatan 4000 orang memasuki Mesir. Mukaukis didukung gereja menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam.

Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”, nama panggilan Fatimah). Inilah yang kemudian bekembang menjadi Universiti Al-Azhar sekarang. Universiti Islam Al-Azhar di Kaherah Mesir, bersambung ke sebuah masjid dibina sekitar 971, adalah universiti yang tertua di dunia. Al-Azhar juga dianggap oleh banyak Muslim Sunnah sebagai pihak berkuasa tertinggi Muslim Sunnah.


6. Turki : 68,960,000 orang


Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya bermula dari zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam. Ia sukar dibayangkan Turki tanpa Islam seperti memikirkan Istanbul tanpa latar langit masjid masyhur dan menaranya. Sekitar 99% penduduknya adalah Muslim walaupun tidak pernah ada kajian mengenai ketepatan nisbah ini. Kebanyakan umat Islam di Turki adalah Sunah membentuk sekitar 85%.


7. Iran : 67,330,000 orang


Islam merupakan agama rasmi di Iran (dahulunya Parsi). 98 peratus daripada penduduk Iran menganut agama ini dan 89 peratus daripadanya berpegang kepada ajaran Syiah. Iran menjadi Republik Islam pada tahun 1979 apabila perlembagaan baru yang berunsur negara Islam diluluskan parlimen.

Kemaraan tentera Islam di Parsi pada 637-651 mengakhiri kegemilangan Empayar Sassanid dan seterusnya memusnahkan agama Majusi di Empayar Parsi. Namun begitu, tamadun Parsi tidak berakhir begitu sahaja. Ia mula berkembang bersama-sama dengan tamadun Islam. Sebelum datangnya Islam di Parsi, kebanyakan orang Parsi beragama Majusi dan juga terdapat kumpulan minoriti beragama Kristian dan Yahudi. Penyebaran Islam di Parsi merupakan sebuah proses yang perlahan. Penduduk-penduduk kota merupakan antara yang terawal memeluk Islam.


8. Nigeria : 64,380,000 orang


Islam dianut oleh separuh dari jumlah penduduk Nigeria. Penyebaran Islam di Nigeria terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat Trans Sahara dan Afrika Utara, peringkat Atlantik dan peringkat kemerdekaan. Di samping melakukan perdagangan, para pedagang Muslim juga memperkenalkan misi utama ajaran Islam, iaitu mengembangkan perdamaian, keadilan dan kesejahteraan.


9. China : 39,190,000


China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri.

Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam.


10. Ethiopia : 34,730,000 orang


Islam adalah agama yang di anuti oleh hampir separuh rakyat Ethiopia. Islam adalah agama majoriti etnik Somalia, Afar, Argobba dan Harari, dan kelompok terbesar dari masyarakat Oromo. Islam masuk pertama kali ke Ethiopia (dahulunya Habsyah) pada abad ke-7 Hijrah, ketika Nabi Muhammad s.a.w. melakukan hijrah beliau yang pertama ke negara tersebut (615 Masehi). Bagi kebanyakan orang Islam, Ethiopia disinonimkan sebagai kebebasan dari siksaan dan emansipasi dari rasa ketakutan (freedom from persecution and emancipation from fear), atau ekspresi kebebasan dan kepercayaan (freedom of expression and beliefs). Sedangkan hijrah kedua iaitu ke Madinah Al-Munawwarah disebut sebagai berakhirnya era penindasan (freedom from oppression).

Jejak-jejak hijrah Nabi s.a.w. dirakam oleh Allah s.w.t. sebagai tersurat dalam Surat Al-Hujurat (49) ayat 13. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke Ethiopia, beliau diterima secara terhormat oleh Raja Abyssinia, Negus Al-Asham. Oleh kerana itu, setelah beliau kembali ke Makkah, beliau mengutus Ja’far (saudara sepupu), membawa surat yang isinya mengajak Raja Negus Al-Asham masuk Islam. Oleh kerana Raja Negus masih ragu, maka 6 tahun kemudian beliau mengutus Amir ibn Umayya untuk membawa surat serupa, dan akhirnya Raja Negus memeluk Islam secara sukarela. Namun keluarga dan gereja tidak menerima keadaan ini, dan setelah baginda wafat keadaan berbalik seperti semula (Kristian Ortodok)


11. Algeria : 32,330,000 orang


Islam pertama kali dibawa ke Algeria oleh dinasti Umayyah selepas penaklukan Uqba ibn Nafi. Islam memainkan peranan politik besar di Algeria dan tiga pandangan boleh dikenalpasti. Yang pertama adalah pandangan Islam, di mana Islam dianggap sebagai semuanya - harus menjadi sebahagian dari setiap aspek kehidupan, baik swasta maupun awam. Yang kedua adalah pandangan sekular, di mana Islam dipandang sebagai pedoman membolehkan penyelewengan tertentu dalam Islam. Yang ketiga adalah pandangan tradisional, persepsi masyarakat tua dan luar bandar.


12. Maghribi : 32,280,000 orang


Islam pertama kali dibawa ke Maghribi pada tahun 680 oleh penaklukan Arab di bawah Uqba ibn Nafi, yang merupakan seorang Jeneral Bani Umayyah di Damsyik. Maghribi pada abad ke-7 merupakan sebuah wilayah Barbar yang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maghribi membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun ramai yang memeluk ajaran Islam. Pada 788, Idrisids memerintah Maghribi, menjadi dinasti Barbar pertama yang melakukannya.



Sumber laksamanabukitbintang.blogspot.com

Monday, March 5, 2012

Memperingati 90 Tahun Keruntuhan Khalifah Uthmaniyah

hilangnya khilafah islamiyyah. usah lagi ditangisi, kembalikannya wahai teman !
RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
 

Sunday, March 4, 2012

10 Golongan Yang Di usir Dari Padang Mahsyar

http://tulahan.blogspot.com,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW24ZpOKjcmgAKAQKnAcaRHelD3R0IFB486FgkalegThxMfebRLFzn2bPtLT4Mp5AQNhg5dagqUvkJQvzNIaMZh8YEJiUNKwHFNoYcezCnCQ4h4NvTgX8qVc1al2YypGeaHI14jOX2vyw/s1600/padang+mahsyar.png
1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Thursday, March 1, 2012

Minum Pagi Bersama Catriona Ross Bahrain (Cat)


Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala Terengganu

Muslimat bersarapan Pagi


Kehadiran Muslimat



Cat memberi ucapan









Tazikrah dpd Ustaz Wan Zuki












Pada 28hb Februari 2012 di Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu telah diadakan satu majlis Minum Pagi bersama Catriona Ross Bahrain ataupun lebih dikenali dengan panggilan Cat.Ramai daripada golongan muslimat datang berkunjung ke masjid ini untuk melihat dengan lebih dekat seorang insan seni yang telah berhijrah .

Cat memaklumkan perubahan ini berlaku selepas peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya  pada tahun 2007 dan musibah ini memberikan banyak pengajaran kepadanya.Menurutnya apabila kita ditimpa musibah kita bersabar dan apabila diberi nikmat kita bersyukur.

Dalam soaljawab dengan para muslimat,beliau memaklumkan telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2009 dan sudah mempunyai satu orang anak dan sekarang ini mengandung anak yang kedua pula.Bapanya seorang berbangsa Inggeris dan Ibunya orang Kelantan.Bersekolah di Kuala Lumpur dan di Kota Bharu.Memasuki IPTA di UPM dalam Jurusan Mass Comm. Tamat belajar beliau bergiat dalam bidang lakunan..

Beliau sedia berlakun lagi sekiranya sesuai dengan keadaan dirinya sekarang. Menurut beliau menerusi drama/filem bercorak agama merupakan salahsatu alat  penyebaran dakwah.