Monday, January 16, 2012

Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Kota Konstantinople


Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat diTurkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata:“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luarsana.
Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.
Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.
ZAMAN KECIL
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.
Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.
Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu. Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.
ZAMAN REMAJA
Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.
ZAMAN DEWASA
Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.
Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.
Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah: “Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.” Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.
PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE
Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kotaberlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan. Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.
Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 250,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh. Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa. Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!” Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!
Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium. Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia,Serbia, Albani dan sekitarnya.
JUMAAT BERSEJARAH
Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”
Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”.Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini!Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?
AKHIR HAYAT
Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.
Wallahu a’lam.
 Sumber: http://www.ilmi-islam.com

Sunday, January 15, 2012

Cara Menjadi Mulia,Kaya dan Kuat

Marilah kita memerhati dan mengambil pengajaran dari kata-kata yang berhikmat dari Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling mulia maka dia hendaklah bertaqwa kepada Allah SWT. Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling kaya maka dia hendaklah lebih percaya kepada apa yang ada pada Allah SWT daripada apa yang ada pada dirinya sendiri. Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling kuat maka dia hendaklah bertawakkal kepada Allah SWT"

Perkara yang disebut oleh Rasulullah SAW menjadi pengajaran yang sangat penting, besar dan perlu kepada setiap orang yang beriman untuk menguji, mencuba dan menentukan sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah SWT

Adalah menjadi idaman hati setiap manusia mahu menjadi orang yang paling mulia, paling kaya dan orang yang paling kuat. Tetapi manusia hendaklah menyedari bahawa mereka adalah makhluk yang paling lemah, yang sangat berhajat kepada Allah SWT. Seseorang manusia tidak boleh berbangga dengan keturunan, bangsa, pangkat dan harta benda. Tidak boleh berbangga dengan kekuatan jasad yang ada padanya kerana yang menentukan dan mengurniakan segala-galanya ialah Allah SWT.

Allah SWT yang mencipta kita, maka segala yang ada pada diri kita ini adalah milik Allah SWT. Dia boleh memberi dan mengurnia, bila-bila masa sahaja, Dia boleh menghilang dan merampas sesuatu dari seseorang bila-bila masa sahaja.

Seseorang manusia yang beriman hendaklah sedar bahawa yang menentukan kemuliaan mereka bukannya pangkat, bukannya keturunan, bukannya harta benda, bukannya bangsa tetapi yang menentukannya ialah kepatuhan kepada Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Wahai Manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain dan yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah SWT."
(Surah Al-Hujurat: 13)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Semua kamu dari Adam, Adam dari tanah, tiada kelebihan di antara orang Arab dengan orang yang bukan Arab, di antara orang yang berkulit putih dengan orang yang berkulit hitam melainkan dengan bertaqwa kepada Allah SWT."


Yang menentukan kemuliaan manusia itu ialah kenalnya manusia itu akan Tuhannya. Makin banyak kenalnya manusia akan Tuhannya, maka taat kepada Allah SWT, mengerjakan segala perintah, meninggalkan segala larangan sehingga perkara itu menjadi sifat yang sebati di dalam dirinya dan menguasai hati yang menjadi raja di dalam jasad dan memerintah jasadnya supaya taat kepada Allah SWT.


Manusia hendaklah menyedari bahawa yang mengurniakan rezeki dan kehidupan yang senang adalah Allah SWT, manusia itu tidak boleh berbangga dengan kekayaannya, dengan kebijsanaannya mencari harta semata-mata.


Dia hendaklah menyedari bahawa rezeki adalah dari Allah SWT. Seorang yang tidak percaya bahawa rezeki itu dari Allah SWT walaupun pada pandangan lahirnya adalah seorang kaya dan mempunyai harta benda yang banyak, dia akan menjadi manusia yang paling papa, susah dan bangsat di mana dia tidak sanggup mengambil ni'mat dengan harata yang diberi oleh Allah SWT, tidak sanggup untuk menunaikan zakat, tidak sanggup membantu orang-orang yang susah, tidak sanggup membantu bagi kesenangan dirinya sendiri maka dia menjadi seorang yang fakir, seorang yang miskin walaupun mempunyai harta benda yang banyak kerana kebimbangan terhadap hilang harta bendanya, tidak percaya kepada rezeki dari Allah SWT langsung menyusahkannya dalam kehidupannya.

Adapun orang yang percaya kepada Allah SWT yang dikurniakan harta benda ataupun tidak, apabila dia yakin kepada Allah SWT, dia percaya kepada pemberian Allah SWT, dia akan mendapat kemenangan jiwa, seorang yang kaya jiwanya, senang dalam kehidupannya dan boleh menunaikan perintah Allah SWT dengan cara yang sebaik-baiknya.

Dan begitulah orang yang bertawakkal kepada Allah SWT, yang menyerah diri urusannya kepada Allah SWT, dikurniakan kepadanya kekuatan dalam menghadapi hidup ini sehingga dia sanggup menghadapi segala cubaan apabila dia menyedari segala-galanya adalah qadar takdir dari Allah SWT. Dia dapat menghadapi segala bala, penderitaan, kesusahan, rintangan dan cabaran dengan hati yang tabah kerana pergantungan dan menyerah dirinya kepada Allah SWT.

Kita melihat betapa banyak orang yang kuat dan gagah, yang mempunyai sifat keperkasaan, tetapi keperkasaannya dikhadamkan oleh orang lain atau digunakan oleh orang lain. Dia tidak boleh mengambil manfaat daripada kekuatan yang diberi oleh Allah SWT. Maka dia menjadi manusia yang hina dan lemah dengan kekuatannya kerana dia tidak mendapat kekuatan dari Allah SWT.

Oleh kerana itu semua kebaikan adalah bagi orang-orang yang beriman. Sekiranya dia diberi kesenangan, dia bersyukur, sekiranya dia ditimpa kemalangan, dia bersabar. Maka dia sentiasa mendapat pahala dan ganjaran. Kehidupannya penuh dengan amalan yang soleh, pemberian yang berkekalan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya jalan keluar (dalam menghadapi apa jua masalah) dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluannya), sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendakinya) sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
(Surah At-Thalaq : 2-3)


Marilah kita melihat dan mengambil pengajaran dari kata-kata yang berhikmat dari Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling mulia maka dia hendaklah bertaqwa kepada Allah SWT. Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling kaya maka dia hendaklah lebih percaya kepada apa yang ada pada Allah SWT daripada apa yang ada pada dirinya sendiri. Barangsiapa yang suka menjadi orang yang paling kuat maka dia hendaklah bertawakkal kepada Allah SWT."


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
dipetik daripada Buku Mutiara 2 Tok Guru : Membangun Ummah. 


Sumber: ilmi.islam.com

Saturday, January 14, 2012

Kenali Rahsia Diri Anda

Oleh royalrose,
Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, January 12, 2012

Mimpi Orang Politik



Oleh esmael
"Sejarah telah membuktikan betapa ahli politik yang di pecat atau keluar dari parti yang dishttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOrEqiUc86KZjjGNM-KkbCA_9MojGaKZGSLac9XdPWO3WClHWxC_Kb-BLgCsaK1tbxpcAdUDzPZ4C5J0yK93TFFrH7loXYNROXZ-5-M3PSS0KeJqTcQ6XQctPN97asGqFodo2UIa7FNQw/s1600/Mimpi.jpgertainya adalah sukar untuk berjaya. Walaupun pernyataan ini tidak selalunya benar, ini adalah realiti politik Malaysia.

Marilah kita lihat bagaimana sukarnya Tengku Razaleigh untuk mencari nafas politik apabila disingkirkan dari UMNO selepas bersengketa dengan Mahathir.  Beliau akhirnya terpaksa menerima hakikat kegagalan ini, dan akhirnya bertebal muka untuk kembali kepada UMNO.  
Arwah Dato Asri, bekas pemimpin utama PAS, walaupun berjaya menjadi menteri tetapi beliau gagal untuk memimpin parti barunya, dan akhirnya parti barunya dibubarkan oleh pengikutnya sendiri. 

Berahim Ali, Zul Kulim atau Zaharin Bayan Baru dan beberapa lagi pembelot parti yang mereka sertai sampai sekarang masih tidak berparti.  Mereka tahu dan sedar betapa sukarnya untuk mendapat sokongan sekiranya menubuhkan parti baru, justeru sehingga sekarang mereka masih terhegeh-hegeh di depan tangga umno menunggu kalau pun tidak ada karpet merah yang dibentang setidaknya mereka disemawa masuk ke rumah UMNO
. Tetapi ini tidak berlaku kerana faktor politik adalah pengikut, dan pemimpin politik yang tidak berpengikut seperti mereka tidak mempunyai nilai dan kuasa yang kukuh. Justeru ahli politik lompat biasanya melakukan gerakan lompatan terakhir mereka kerana wang ! 

Anwar Ibrahim walaupun telah mencatat kejayaan dengan parti barunya dan membuat percaturan politik yang mengelirukan pemimpin UMNO (parti yang memecatnya), namun beliau masih belum berjaya merealisasikan impian untuk merebut kedudukan utama di Puterajaya. Ukuran kejayaan politik beliau ialah menduduki kerusi nombor satu ! dan rakyat seluruhnya masih menanti.

Terkini, ikon PAS walaupun pengaruhnya tak sehebat Mat Sabu namun seperti juga Zol Kulim atau Berahim Ali, Hasan Ali melayarkan mimpi politiknya dalam suasana yang beliau sendiri boleh mengagak masa depan politiknya.   Hasan tahu beliau akan dilupai dan tidak siapa akan mengikutnya dalam beberapa bulan lagi.  Hasan tahu beliau akan bersendirian dan hidup dalam kesepian dalam beberapa bulan akan datang.  Tetapi beliau bertindak di atas keegoan, iaitu sifat kebanyakkan ahli politik.

Begitulah orang politik, ego mereka semuanya tinggi-tingi belaka.  Mimpi mereka semuanya ingin menjadi perdana menteri atau presiden. Mimpi mereka ingin negara di bawah ketiak mereka.  Mimpi mereka inginkan semua rakyat mendengar dan mematuhi cakap dan arahannya.  Orang politik sentiasa merasakan dialah benar walaupun berbuat salah, sedangkan orang politik sendiri tahu mereka jarang membuat perkara yang benar !
"
 



Sumber Detikdaily

Wednesday, January 11, 2012

Ilmu Ghaib

Oleh mustaqem walad,

Assalamualaikum wrbth.

Sebelum ini diberikan tentang 3 jenis ilmu iaitu Ilmu Qalam, Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah.

Ilmu Qalam telah dibentangkan, kini akan diceritakan tentang ilmu Ghaib.

Ada pun ilmu Ghaib merupakan satu ilmu yang dapat menerangkan sesuatu yang tidak boleh diterangkan oleh ilmu Qalam.

Ia hanya boleh diajar sepenuhnya oleh guru ghaib dan ianya tidak boleh dari guru zahir. Di dalam hal ini, pengajaran dan pengajian ilmu ini, guru zahir hanya bertindak sebagai penasihat mengikut pengalaman (mursyidnya) di dalam bidang hakiki dan makrifat terhadap seseorang yang menerima ilmu ghaib.

Biasanya guru ghaib yang mengajarkan ilmu ini adalah terdiri dari wali-wali Allah yang ghaib, para nabi dan rasul-rasul.

Ilmu ghaib biasanya diajar dan diperolihi oleh orang2 tertentu sahaja iaitu orang2 yang dianugerahkan oleh Allah swt utk menerimanya atau kepada orang2 yang sedang menjalani jalan hakiki dan makrifat melalui jalan tassauf atau saufi.

Ilmu ghaib ini adalah satu ilmu yang pengetahuannya amat luas sekali sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran. Ia hanya bolih diterima oleh alat yang bernama akal dan iman seseorang itu.

Daya pengetahuan ilmu ini adalah terlampau luas samada di bidang dunia, alam ghaib dan di semua bidang-bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan diri manusia. Ianya adalah ilmu yang meliputi alam Saghir atau alam kabir.

Sesungguhnya pemegang2 ilmu ini adalah terdiri dari dua golongan manusia. Pertamanya manusia yang dipilih sendiri olih Allah swt utk dikurniakan menerusi cara penyampaian yang dinamakan LADUNI....mereka akan terus diajar olih guru2 ghaib.

Keduanya ialah mereka yg menemui jalan hakikat kepada Allah swt dgn cara berguru dgn guru-guru hakikat dan makrifat serta mursyid yang mengetahui akan hakikat dan makrifat serta kemudiannya semasa menerima petua2 dari guru(penasihatnya) serta beramal dgn segala itu semua. Maka orang2 ini akan mendapat LADUNI melalui perantaraan guru ghaib yang terdiri dari wali-wali, nabi-nabi dan rasul-rasul. Dikatakan tahap kekuatan ilmu ini menembusi 7 petala bumi serta apa2 yang ada diantara keduanya.

Seseorang itu hendaklah menyucikan diri melalui mengamalkan kaedah2 hakikat - jalan menuju kepada Alah swt dan dgn cara jalan mengenal diri mengikut kaedah-kaedah tasauf atau jalan orang-orang saufi.

Seseorang itu juga hendaklah membersihkan diri dan jiwa raganya terhadap Allah swt supaya jalan saufi tersebut dapat dicapai.
Jika ianya menerusi akal...maka akal itu hendaklah dibersihkan, menghancurkan ketulan darah kotor di hujung jantung mereka yang menjadi tempat istana iblis.
Bila ianya dapat dihancurkan, akan terpancarlah satu nur iaitu Nurkalbun

Kadar kuasa penerimaan ilmuini bergantung kepada kadar tahap kesucian hati dan jiwa manusia tersebut di samping mengikut kadar yg dikurniakan olih Alah swt.

Surah Al Taghaabun ayat 11.....Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.

Ilmu ini diajar pada orang-orang tertentu dgn 5 cara..cara nur, tajali, sir, sirusir dan tawassul.

Pengetahuan ilmu ini dapat dilihat dgn mata basir dan dapat mendengar dgn telinga batin dan dapat pula kelazatan ilmu ini dirasai oleh hati hakiki yg dimiliki oleh orang-orang ariffinbillah.

Ilmu penyuluh hidup

Monday, January 9, 2012

ANWAR Tidak Bersalah dan BEBAS

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Keputusan dibacakan pada 9.23 pagi tadi.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
Dalam reaksi spontannya, anak Anwar – Nurul Izzah menulis di Twitter:
“Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!”
Syukurlah, kesusahan dan kesengsaraan naik turun mahkamah bakal berakhir. Tahniah Anwar…anda betul!!

SEBAK…Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.-Foto AP
 

Sumber dpd  ekeleh.com

Saturday, January 7, 2012

12 gugur syahid mempertahankan Itqan al-Muluk bi Ta'dil as-Suluk


- Pertempuran dengan polis Inggeris diPadang Kachung bukti kebangkitan rakyat Terengganu
HULUTERENGGANU - Menjelang akhir abad ke-20M, kuasa British sudahpun menular ke sebahagian besar negeri-negeri Melayu kecuali negeri-negeri Melayu Utara yang dianggap berada di bawah kekuasaan Kerajaan Siam.

Impian pihak British untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu tercapai apabila Kerajaan Siam berpakat dengan Inggeris, menyerahkan kononnya negeri yang menjadi haknya  kepada pihak British melalui Perjanjian Bangkok 1909.

Akibatnya negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Perlis dan Kelantan terpaksa menerima penempatan penasihat British yang memerintah kerajaan negeri bagi pihak Kerajaan Great Britain. Bagaimanpun, keadaan negeri Terengganu agak berbeza.

Pihak British hanya menempatkan seorang ejen British bertaraf konsular di sana.

Kewibawaan pemerintah Terengganu pada ketika itu, Sultan Zainal Abidin III menyebabkan pihak British menyedari bahawa mereka berhadapan dengan pemerintah Melayu yangsangat berbeza.

[Gambar -Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Hj Muhyiddin Abdul Rashid merangkap Pengarah Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk bi Ta'dil as-Suluk ebrsama Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah menziarahi maqam syuhada Padang Kachung pada Rabu 3hb Januari, semalam]


Mereka didapati telah mengamalkan dasar yang agak berhati-hati untuk berurusan dengan pemerintah tersebut. Walaupun mereka hanya mahu menempatkan ejen British yang mempunyai kuasa  yang sangat terhad, pihak British terpaksa berhadapan dengan pelbagai helah yang dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III.

Baginda berusaha menghalang penempatan ejen British tersebut dan membuktikan bahawa negeri Terengganu merupakan Kerajaan Malayuwiyyah Islamiyyah yang merdeka, bukan berada di bawah kekuasaan Siam dan enggan menerima ketetapan Perjanjian Bangkok 1909 (Izziah, 2011).

Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

Di Terengganu, usaha penjajah Inggeris melaksanakan undang-undang Inggeris dan mengenepikan undang-undang Islam yang telah dilaksanai di negeri ini bermula dengan Inggeris menubuhkan Joint Court yang dipengerusikan oleh British Agent bagi membicarakan, kononnya, kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang Inggeris atau warga negara Inggeris sahaja.

Terdapat juga hakim-hakim dari bangsa Melayu yang dilantik bertugas di mahkamah Joint Court ini. Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang berhubung dengan kesalahan jenayah dan tuntutan sivil.

Penjajah Inggeris juga telah membuat tanggapan bahawa undang-undang Islam yang ada dan berjalan di Terengganu pada ketika itu sebagai "The impractical requirements of Muhammadan Law" dan sukar dilaksanakan. Penjajah Inggeris berpendapat undang-undang Islam tersebut perlu digantikan dengan undang-undang Inggeris.

Setelah Sultan Zanal Abidin III mangkat pada 1918 beliau diganti oleh puteranya Sultan Muhammad Shah II selama dua tahun dari 1918 hingga 1920.

Ketika negeri Terengganu di bawah pemerintaikan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942), atas nasihat Penasihat Inggeris, beberapa perubahan struktur organisasi dan bidangkuasa Jabatan Agama Islam Negeri telah dibuat serta perjalanan undang-undang Itqan al-Muluk bi Ta'Dil as-Suluk telah diganti dengan undang-undang Inggeris, kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan undang-undang keluarga orang-orang Islam.

Undang-undang Cukai Tanah yang mula dikuatkuasa pada 1920an, yang mengenakan cukai 40 sen bagi setiap ekar tanah menjadi bibit pertama penentangan terhadap British khususnya di lokasi Kuala Telemong hingga Ulu Telemong. Selain itu rakyat dilarang menebas hutan untuk menanam padi huma meskipun ianya telah menjadi satu aktiviti pertanian turun temurun. Pada tahun 1928, 30 orang petani telah dihukum penjara kerana tidak mampu membayar denda sebanyak $5.00 setelah didapati bersalah menebas hutan tanpa lesen.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid telah bangkit menentang perlaksanaan undang-undang Inggeris bermula secara aman.

Dengan Kebolehan Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong tidak terbatas kepada ilmu-ilmu agama sahaja. Beliau menunjukkan kehebatannya berhujah apabila beliau dilantik menjadi peguam untuk membela rakyat yang disaman oleh pemerintah Inggeris.

Undang-undang Inggeris akur dan membebaskan orang-orang kampung yang ditahan dengan bantuan dari Tok Guru Haji Abdul Rahman. Beliau dalam hujah-hujahnya di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka. Hujahan inilah yang menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang campur tangan British di Terengganu.

Tekanan-tekanan pihak Inggeris kepada para petani khususnya menyebabkan pertembungan secara fizikal tidak dapat dielakkan.

Antaranya tindakan 'tali barut Inggeris' membakar kebun-kebun jagung dan tanaman orang kampung yang tidak membayar cukai.

Sebagaimana di catatkan, seramai 500 orang kampung dan petani dari Hulu Terengganu, mahu berarak bertemu dengan Sultan bagi menyampaikan hasrat dan perasaan tidak puas hati mereka.

Namun ada pihak yang mengambil kesempatan telah memberitahu Sultan sebaliknya, 500 orang yang sedang bergerak ke Kuala Terengganu itu dikhabarkan untuk memberontak dan Sultan telah mengarahkan polis menyekat kemaraan mereka.

Gerombolan orang kampung dan petani itu telah di sekat dengan pasukan polis di Padang Kachung, Kuala Telemong pada 22 Mei 1928 dan berlakulah pertempuran yang menyaksikan 12 orang pejuang gugur syahid apabila mati ditembak sepasukan polis.

Walaupun menurut sejarahnya, pada ketika berlakunya pertempuran, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong tidak ada, namun polis telah menahan dan menangkap beliau menyebabkan rakyat telah menyerang Balai Polis Kuala Berang.

Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan beberapa orang yang lain telah dibicarakan pada 11 Jun 1928 telah menjatuhkan hukuman penjara dan kerja berat ke atas 10 orang yang terlibat peristiwa penentangan di Hulu Terengganu.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong sendiri telah dan dibuang negeri ke Singapura dan selepas itu dibuang ke Mekah.

Dalam propagandanya, pihak British mengumumkan telah menghantar Tok Guru Haji Abdul Rahman ke Mekah, kononnya untuk mengaburi mata rakyat Terengganu, padahal apa yang berlaku sebenarnya adalah pembuangan negeri. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

Nama-nama 12 orang pejuang yang telah syahid menentang penjajah British di Padang Kachung, Kuala Telemong, Terengganu pada 23 Mei 1928:

1. Mahmud bin Mat Diah
2. Lebai Abdul Rahman (Tok Janggut)
3. Idris bin Muhammad
4. Mamat bin Musa
5. Muhammad bin Yunus
6. Abdullah bin Muhammad
7. Ismail bin Ali
8. Muhammad bin Jusoh
9. Muhammad bin Idris
10. Muhammad bin Abdullah
11. Abdul Hamid bin Sulaiman
12. Sulaiman bin Saleh

Menurut seorag penduduk Padang Kachung, Abdullah Mat Zain, 52, beliau telah mendengar cerita dari arwah ayahnya, semasa mayat-mayat syuhada di kutip di lokasi pertempuran, hanya sebelas setengah sahaja mayat yang dtemui kerana salah satu tubuh telah berkecai.

Kesmuanya syuhada tersebut telah dsemadikan dalam satu liang, dipanggil maqam 12 yang kini terletak dalam kawasan Masjid Kuala Telemong.

Sumber buletinonline.net

Friday, January 6, 2012

Gejala-gejala penyakit rohani

Oleh Xmeng,
PENGERTIAN ROHANI Perkataan rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.

Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:
�Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan�.
(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

LEMAH DAYA KERJA
Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan.
Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur)kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : �Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta�.
(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

�Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai�.

PENDANGKALAN RASA
Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur.
Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
�Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.�
(Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH
Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidakstabilan mental.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
�Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya�.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN
Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:
�Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S. An-Nur, ayat 50)

BURUK SANGKA
Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

�Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: �Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.�
(Al-Ahzab, ayat 12)
Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
�Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.�
(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)
Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

�Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.�
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

�Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.�
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI
Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN
Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN
Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA
Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.
Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun.

Monday, January 2, 2012

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan Malaysia 2012

Bulan                                               Tarikh Bayaran

Januari                                              13 Januari 2012

Februari                                            21 Februari 2012

Mac                                                  21 Mac 2012

April                                                  20 April 2012

Mei                                                   21 Mei 2012

Jun                                                    21 Jun 2012

Julai                                                  20 Julai 2012

Ogos                                                10 Ogos 2012

September                                        21 September 2012
                                                       
Oktober                                           19 Oktober 2012

November                                        5 November 2012

Disember                                         17 Disember 2012


Sumber Portal Pencen

Sunday, January 1, 2012

10 Wasiat Hassan Al Banna

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.
Ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
?dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat?
Juga di medan perang. Walaupun?
Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan?
Cuba hayati mesej arahannya.
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai
Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita?
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh !!! Apa tunggu lagi??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa !!!
Rasulullah s. a. w adalah
yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !
Plato juga berharap agar pementasan hiburan?
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
Supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan.
supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir
Ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam
ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu
Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya.
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita?
Jangan keraskan suramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah? mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!!
Boleh mengumpat? apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang ejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat emikian!!!
Salam kasih sayang adlah untuk semua> Salam kemesraan adalah untuk sejagat.> Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?!> Lihatlah pensyariatan ibadah haji.> Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!> Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!> Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama mnjunjung obor suci
Tidak mengeali tapi tak sepi.

> 10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
>Tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa.
Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana?
Sabda Nabi s. a. w bermaksud :
"Bertindak segeralah melakukan amal?"
(Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!!
Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret?
Tanpa haluan dan noktahnya.



ku mulai "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"............... ku tersenyum..kau tersenyum..kemesraan menguntum..