Wednesday, November 16, 2011

Istana Negara Jalan Duta


Istana Negara Jalan Duta menggantikan Istana Negara, Jalan Istana yang telah digunakan sejak tahun 1957 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011 yang lalu. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 juga bakal menjadi istiadat pertabalan yang pertama diadakan di istana ini.

Istana Negara Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.


Grand lobby

Istana Negara yang baru ni mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah untuk kegunaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang DiPertua- Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

Manakala Pintu masuk ke-2 terletak di Jalan Semantan Dungun. Ini untuk Tetamu-Tetamu Diraja dan Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara yang berdepan dengan Plaza Damas ialah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agongdan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.



Yang membanggakan pembinaan istana negara yang baru ni 100% Made In Malaysia heheh. Means design & dibuat oleh anak tempatan. Tak kisahlah pintu gerbang dia tak secantik pintu gerbang sesetengah negara lain yang dibanggakan oleh sesetengah pihak tapi ahkak bangga. Ala-ala tradisional Melayu gitu. Kita boleh nampak pada ukiran-ukiran kayu.

Kepada mereka yang tidak tahu, sebenarnya projek Istana Negara ini sudah lama dirancang. Ini kerana Istana Negara yang sekarang ni adalah milik seorang hartawan Cina yang bernama Chan Wing. Asyik diubahsuai dan ditambah sampai dah tak mampu lagi nak tampung sebab kawasan yang terhad. Cuma perlaksanaannya agak lewat kerana banyak aspek yang perlu diambil kira. Ini bukannya nak buat banglo RM1-5 juta. Ini nak buat Istana Negara yang... Ingat senang ke. Korang tak tahu, betapa susahnya nak buat Istana Negara ni. Nak jaga site 241.3 ekar. Dengan nak ronda site, dengan pe'el sesetengah pihaknya lagi, dengan Raja datang tetiba buat visit. Lakiku tau macam mana stress nak jaga projek ni.



Kos pembinaan projek istana negara ini ialah RM800 juta. Kompleks Istana Negara je RM650 juta, persimpangan bertingkat RM130 juta dan menaik taraf jalan je RM32.5 juta. Sepatutnya rumah-rumah untuk staff pun depa nak buat sekali tapi kalau buat, bajet dia akan jadi RM1 billion, so tak jadi.


formal wing

sebelah kiri tu Multipurpose hall, Gambar Royal Wing tak ada,
hubby kata surau sangat cantik =)

"Sudah sampai masanya sebuah istana baru disediakan untuk memenuhi keperluan masa depan. Dan kita tidak perlu lagi menumpang warisan orang lain untuk kediaman rasmi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu." (Utusan Malaysia Online)

Sumber dpd Siti Zulaikha http://www.aleyanazuriq.com

No comments:

Post a Comment