Wednesday, July 13, 2011

Majlis Cakna Cemerlang Pelajar -Pelajar PMR,SPM & STPM 2011

Pengetua SMK Padang Midin Kuala Terengganu Pn Hajah Zah Mohamad
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu
  
Pn Hajah Zah,Tn Hj Roshali bin Taha,,Tn Hj Jusof



















Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Tn Hj Roshaki Taha
Pengerusi PIBG SMKPM Tn Hj Jusof
Penceramah Motivasi Ustazah Azizah Hj Mohamad dari Yayasan Islam Terengganu
Kehadiran Ibubapa Pelajar-Pelajar
Pada 13hb Julai 2011 bertempat di Dewan Setia Budi Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu telah diadakan satu majlis CAKNA CEMERLANG pelajar-pelajar PMR,SPM&STPM 2011.

Program ini dirancang untuk memberi peluang kepada pihak ibubapa untuk menjalin kerjasama yang erat dan bersepadu dengan pihak sekolah bagi melahirkan anak-anak yang seimbang dan cemerlang dalam semua bidang.

Objektif Program:

i) Memberi peluang kepada pihak Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) menyalurkan sumbangan bagi mengeratkan hubungan antara ibubapa dan pihak sekolah.

ii) Melahirkan ibubapa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam usaha membantu mencipta kegemilangan anak-anak.

iii) Memberi kesedaran kepada ibubapa tentang peri pentingnya kecaknaan mereka terhadap sahsiah dan pendidikan anal-anak.

No comments:

Post a Comment