Saturday, May 21, 2011

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Kawasan  permainan kanak-kanak



Kereta kuda

Kereta kuda








Deretan Kedai Makan

Pantai Batu Buruk memang sudah terkenal semenjak dahulu lagi dengan acara tahunannya iaitu  " PESTA PANTAI" . Penduduk disekitar Kuala Terengganu selepas menuai padi berkampung disini.Pondok-pondok didirikan sepanjamg empat kilometer.Mereka berkampung lebihkurang tiga atau empat hari.Mereka berkunjung diantara satu sama lain.Mereka juga menerima tetamu daripada para pengunjung juga.Pertunjukkan tradisional seperti wayang kulit,dikir barat,panggung bangsawan dan persembahan moden juga dipertontonkan

Sekarang ini tiada lagi pesta tersebut kerana generasi baru sudah tidak berminat lagi.Untuk memperingati pesta tersebut kadang-kadang diadakan expo-expo yang melibatkan agensi agensi Kerajaan dan pihak-pihak Swasta.

Walaubagaimana pun setiap hari Pantai ini terus dikunjungi kerana disini ada padang permainan kanak-kanak,perkhidmatan menaiki kereta kuda,bermain layang-layang,dan tempat bersantai.

Untuk kemudahan penginapan disini ada Resort dan Hotel. Kedai makan dan kawasan parking turut disediakan.Untuk anda yang berada di luar Terengganu,Batu Buruk terletak dalam Bandaraya Kuala Terengganu,berhampiran dengan Hospital Besar Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment