Wednesday, December 22, 2010

TUGAS HARIAN PENGAWAL KAWALAN TRAFIK UDARA LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD K.TERENGGANU

Menara Kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu beroperasi setiap hari bermula jam 0700 pagi hingga 2200 malam.Beroperasi dalam dua syif iaitu syif pagi bermula jam 0700 pagi hingga 1430 petang dan syif petang bermula jam 1430 hingga 2200 malam.Setiap syif tiga orang Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas untuk mengawal lalulintas udara.Pihak menara akan mempastikan keselamatan pesawat sebagai tanggungjawab utama.Mempastikan sifar kemalangan udara.

Syarikat penerbangan yang beroperasi disini ialah MAS,AIRASIA,FIREFLY dan tiga buah Sekolah Latihan Penerbangan iatu KISTAA.HMA dan APFT. Dengan pertambahan syarikat penerbangan di sini menyebabkan pergerakan lalulintas udara bertambah ke hampir 300 pergerakan dalam satu hari.Untuk kemudahan kawalan pesawat pihak kerajaan telah memasang alat ADSB (Radar) di Menara Kawalan untuk membantu Pegawai Kawalan Trafik Udara membuat kawalan.

Terminal LT Sultan Mahmud Kuala Terengganu


Controller Bertugas



Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud K.Terengganu

Pendaratan Pesawat MAS B747


No comments:

Post a Comment