Wednesday, December 12, 2012

Pesawat MAS 'Retro Livery' Mula Penerbangan Esok

  
Pesawat MAS yang menggunakan warna dan logo asal. Pix: MASPesawat MAS yang menggunakan warna dan logo asal. Pix: MAS 








KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini memperkenalkan satu daripada pesawatnya yang kini tampil dengan warna dan lambang pengenalan asal yang digunakan pada 1 Okt, 1972 sempena 40 tahun syarikat penerbangan itu.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata pesawat Boeing 737-800 itu telah dicat semula sepenuhnya dengan warna pesawat pertama syarikat itu yang ke udara empat dekad lalu.

Lambang pengenalan asal itu mempunyai logo wau bulan Kelantan, mewakili penerbangan yang terkawal dan juga melambangkan pelbagai mitos berkaitan Malaysia.

Untuk melengkapkan logo itu, syarikat penerbangan kebangsaan itu menampilkan warna bendera Malaysia, "Jalur Gemilang", di mana merah adalah warna dominasi yang digunakan dalam dua jalur sepanjang badan pesawat seperti pada bendera kebangsaan itu.

Warna biru digunakan untuk tulisan nama syarikat penerbangan itu dengan putih sebagai latar belakang, kata MAS.

Dinamakan "Retro Livery", pesawat itu ditampilkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya.

Pesawat itu memulakan penerbangan esok ke Jakarta dan Bangkok, dua destinasi popular MAS.

Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan menu baharu dengan makanan klasik Malaysia untuk penerbangan pesawat ini.

MAS berkata pihak syarikat juga telah menyediakan satu kejutan istimewa untuk penumpang MH711 dan MH782  ke Jakarta dan Bangkok, esok.



- Bernama

No comments:

Post a Comment