Harakahdaily, |
Pra pelancaran konvoi Kembara Perantau 2012 di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong sepenuhnya tuntutan Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R) supaya royalti minyak Terengganu dikembalikan kepada kerajaan Negeri Terengganu bukannya melalui wang ehsan atau dana khas.
Setiausahanya, Shuhaimi Embong berkata tindakan menukar duit tunai atau royalti dengan wang ehsan atau dana khas merupakan satu pengkhianatan kepada perjanjian yang dimeterai antara kerajaan pusat dan negeri dengan Petronas.
Katanya, royalti diberi atas dasar hak, bukan seperti wang ehsan atau dana khas yang diberi atas dasar kesian atau ehsan kerajaan Pusat.
Perantau juga agak terkilan dengan tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak menarik balik saman yang pernah dikemukakan oleh kerajaan negeri yang terdahulu dengan alasan yang tidak munasabah, ujarnya.
Shuhaimi berkata, sebagaimana yang sedia maklum peruntukan yang dipanggil dana khas (wang ehsan) merangkumi sebanyak 84% daripada bajet kerajaan negeri dan peruntukan kewangan oleh kerajaan pusat melalui 'dana khas' dan 'wang ehsan' adalah melanggar perjanjian berkaitan dan suatu perbuatan pecah amanah serta tidak berpelembagaan.
Sehubungan itu, pelancaran \Konvoi Kembara Perantau 2012 menyokong 'R' dan PGU akan dilakukan oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail pada Sabtu, 15 Disember ini jam 12.30 tengah hari di Chukai, Kemaman.
Sebarang maklumat berhubung dengan perkara itu boleh menghubungi setiausaha konvoi, Zulhilmi Abd Rahman (012-9283560) atau Shuhaimi Embong (019-2183070).
Sumber harakahdaily
No comments:
Post a Comment