Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus
menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion
manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah,
baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah
akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat
melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang
pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa
disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya
pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana,
diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya
membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah
itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail
mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari
berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata
Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan
di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail,
“Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai
penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari
satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika
Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang
malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu
itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat
batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian
Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan
diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium
oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di
Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu
riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari
batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa
manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit
yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih
bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi
Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. ”‘Barangsiapa
menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia
kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari
perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium
hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat
diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah
beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah
(peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal
dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke
syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar
Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu
juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam
proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti
ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku
tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat
kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan
menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta
umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum
yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap
perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh
beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam
firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan” (QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang
berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah.
Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba
berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak
tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada
rahsia disebaliknya. -Sebuah Kehidupan
Sumber .ekeleh.com
No comments:
Post a Comment