Ibrahim Ali: Sasaran kritikan kerana mengeluarkan kenyataan tragedi 13 Mei. — Gambar fail
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.
Chor Chee Heung
“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”
Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.
Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.
Devamany
“Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita.
“Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah,” katanya dan menambah, “kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan.”
Dr Mohd Puad
“Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan.”
Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara.
“Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif,” tambahnya.
Salahuddin Ayub
“Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali,” kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi.
“Saya yakin, ia satu ‘Puaka dan Saka’ Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka.”
Chua Tian Chang
“Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu.”
Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment