Monday, December 31, 2012

Hujan di T'ganu, Pahang dijangka berterusan hingga Rabu


 
Hujan sekejap-sekejap yang kadangkala lebat di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata daerah-daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Jabatan itu memberi amaran bahawa keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor juga dijangka berterusan hingga Rabu.

Daerah-daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu; Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis; Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, tambah jabatan itu.

Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri dan pihak bertanggungjawab membuat persediaan secukupnya terutama dari segi logistik sejak enam bulan lepas bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir sambil mengharapkan kerjasama orang ramai supaya lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan bagi mengelak bencana banjir menjadi lebih buruk.

"Kalau kita semua ada rasa tangungjawab dan tidak membiarkan sampah sarap masuk ke dalam longkang, Insya-Allah tak banjir kerana bila sampah tak ada, air hujan (dalam longkang) akan mengalir dengan lancar.

"..walaupun longkang itu kecil, tapi kalau bersih, air hujan boleh mengalir (dengan lancar) dan (walaupun) banjir mungkin tidak akan begitu teruk seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) peringkat Pahang di Kuantan semalam.

Minggu lepas beberapa buah daerah di Pahang dilanda banjir berikutan hujan yang turun lebih lebat daripada biasa, manakala daerah Kuantan dilanda banjir kilat ekoran keadaan longkang yang kecil dan saluran longkang dipenuhi sampah sarap.

Sementara itu, Ketua Pengarah Rela Datuk Mustafa Ibrahim berkata pasukan Rela sentiasa bersedia membantu menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

"Kalau di tempat yang agak teruk dilanda banjir, kita akan tempatkan 20 hingga 30 anggota kita bagi mengawal kawasan tersebut dari kejadian jenayah.     "Anggota kita juga akan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan, memasak dan mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di pusat berkenaan," katanya.

- Bernama

Sunday, December 30, 2012

Al-Aqsa Mosque

Photo: Al-Aqsa Mosque

Whenever Mosque Al-Aqsa is mentioned in the media, it shows the picture of Mosque (Dome of the Rock).

Question comes Why?

The main reason for that is the Zionist Conspiracy to erase from the memory of Muslims worldwide, the true picture of Mosque Al-Aqsa.

Many Muslims and Non-Muslims publish the incorrect picture of Mosque Al-Aqsa out of ignorance.
What is worse than this is that many Muslims today, display the picture of the Dome of the Rock in their homes and offices, as it were Mosque Al-Aqsa.

The real tragedy is that generations of Muslim children (as well as many adults) around the world, are unable to differentiate between Mosque Al-Aqsa and The Dome of the Rock.

What do you think is going to happen if Mosque Al-Aqsa is destroyed and removed from the present landscape.
Obviously, you might not expect much, since everyone will see the Dome of the Rock still standing, unharmed.
People will incorrectly believe that nothing has changed and that something else was destroyed.

What are you going to do NOW?
It is our duty now to clear up this misunderstanding, especially for our children because they are the future.
We have to carry out this duty even if we demonstrate and scream in the streets. We must help people understand the truth.

See the difference.
Now forward this to all, so as to inform them of the TRUTH.

TT: Sumber: alaqsa-mosque.blogspot

Whenever Mosque Al-Aqsa is mentioned in the media, it shows the picture of Mosque (Dome of the Rock).

Question comes Why?

The main reason for that is the Zionist Conspiracy to erase from the memory of Muslims worldwide, the true picture of Mosque Al-Aqsa.

Many Muslims and Non-Muslims publish the incorrect picture of Mosque Al-Aqsa out of ignorance.
What is worse than this is that many Muslims today, display the picture of the Dome of the Rock in their homes and offices, as it were Mosque Al-Aqsa.

The real tragedy is that generations of Muslim children (as well as many adults) around the world, are unable to differentiate between Mosque Al-Aqsa and The Dome of the Rock.

What do you think is going to happen if Mosque Al-Aqsa is destroyed and removed from the present landscape.
Obviously, you might not expect much, since everyone will see the Dome of the Rock still standing, unharmed.
People will incorrectly believe that nothing has changed and that something else was destroyed.

What are you going to do NOW?
It is our duty now to clear up this misunderstanding, especially for our children because they are the future.
We have to carry out this duty even if we demonstrate and scream in the streets. We must help people understand the truth.

See the difference.
Now forward this to all, so as to inform them of the TRUTH.

TT: Sumber: alaqsa-mosque.blogspot
 
 

Saturday, December 29, 2012

Cuepacs Mahu Kerajaan Umum Jadual Gaji Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR: Cuepacs pada Sabtu mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agung kongres itu, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
Beliau berkata, kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - BERNAMA

Orang Melayu Berjalan Kaki Ke Mekah


Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. Ini satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.

Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.


Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.

Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..

Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah



Sumber...MalaysiaSensasi
              

8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula ... Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakit berbahaya. 

Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan senaman yang bertumpu pada kaki. 

1. Serangan Jantung 

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat. 

2. Stroke 

Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3. 

3. Membakar Lemak 

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan. 

4. Melangsingkan Badan 

Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat). 

5. Kanser 

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara. 

6. Mencegah Osteoporosis 

Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari. 

7. Mencegah Kencing Manis 

Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes. 

8. Depresi 

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung.
 Sumber paapaada.blogspot

Anak Terengganu mahu serah memo tuntut Bertam PM307




Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Rakyat Terengganu di Kuala Lumpur akan menyerahkan memo tuntutan kepada Pengerusi Petronas bagi menuntut telaga minyak Bertam diserahkan kepada Terengganu.

Pengerusi 'Bertam Hok Ganukite', Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar) dalam kenyataannya berkata, memo itu akan diserahkan pada 4 Januari ini selepas solat Jumaat di Menara Kembar Petronas, KLCC.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Batu Burok mengajak semua anak-anak Terengganu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor agar bersama-sama dengan beliau menyerahkan memo tuntutan itu.

Mereka diajak untuk bersembahyang Jumaat di Masjid KLCC pada hari tersebut sebelum bersama-sama bergerak ke Pejabat Petronas di KLCC.

Satu sidang media juga akan diadakan selepas penyerahan memo tuntutan itu.

Telaga minyak yang baru ditemui, Bertam PM307 menjadi pertikaian apabila Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Pekan, Pahang Datuk Seri Najib Razak berkata, telaga minyak Bertam adalah berada di bawah perairan Pahang.

Sedangkan, di Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil yang mengesahkan tentang penemuan itu menyatakan ia berada di kawasan negeri ini (Terengganu).

Ekoran itu, berlaku pertikaian hak milik ke atas telaga minyak ini sehingga Sultan Pahang juga campur tangan.

Namun Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil sikap terbuka dalam hal ini.

"Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat... kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara," kata Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.
 
Sumber harakahdaily

Anwar is Pakatan’s right choice for PM


To stop concerted attempts to break up the opposition coalition, Pakatan leaders must decide once and for all who should lead, and it's obvious who the candidate is.
Amidst the display of greed among some opposition members on the issue of the next Prime Minister of Malaysia, it is certain that the man to lead Pakatan Rakyat (PR) in the elections should be its most popular figure.
There is little doubt who the man is who can lead the country towards the path for change. The thorns in the flanks of Pakatan, however, are not its political enemies but the leader’s nemesis who are acting as ‘resident evils’.
Several Pakatan members launched a controversial debate on who should lead PR after the 13th general election, ignoring the wishes of the people on the ground. In the past weeks, PR has generated the expected large crowds in its recent rallies.
Will PAS or DAP leaders come forward and tell the public that it is them and not Anwar Ibrahim who is behind this surge in support? If people are flocking to the rallies to listen to Pakatan, it due to the maestro of PKR who is the major crowd puller.
If shamelessness has no borders and limits, then we will surely see some of trouble makers coming forward to claim they are the ones behind the massive support PR is generating!
However, the rise in tempo against Anwar’s leadership in PR is a not a simple ploy by some greedy people to do a ‘coup d’etat’ in the coalition. The whole episode has to do with a lack of certainty on the position of Anwar within PR itself.
While the PKR sees Anwar as the sole candidate to lead PR and bring change – and they have excellent reasons to stick to this plan – the other coalition partners have been tip-toeing into a morass.
The absence of a declaration of leadership roles within the loose coalition is the number one reason for the claims by other partners to snatch the PM post after the polls. The fact that BN is wooing PAS to join a so called ‘Islamic’ coalition is a major factor in this crisis.
PR needs to lay down its leadership strategy in its pursuit of Putrajaya. In the minds of a large majority of the people, it is Anwar’s name which comes first as the potential PM.
He is expected to lead the coalition during the polls campaign and also declared as the PM in waiting. In the event PR decides to push forward such an agenda, which will be a popular one, the impact will be tremendous and the chances for PR taking power will be greater.
At least, this is what a majority of the public is thinking and it will be incredible if such a popular wish is not granted.
Pakatan must decide
At this juncture in Malaysian politics, it is clear that Anwar is the leader in PR. It is also evident that he is leading the pack of leaders from the PKR, PAS and the DAP.
What is not clear though is why some PR leaders are showing their greed and lack of tact and respect in publicising their ‘dreams’. Not that they are not entitled to such dreams but they are far from being the next ‘Martin Luther King’ in history!
With some of the PAS leaders kowtowing to the tune of the anti-Anwar lobby, they are allowing their opponents in power to drive a dangerous wedge between the coalition partners within PR.
It is not possible that the campaign to decide whether the PAS should have its leader as PM or not was not well crafted from above within PAS itself.
It is also impossible to believe that the PAS leadership was not aware that the gambit to seize the PM post within PR before elections are even called, was done with a specific goal in mind. And that goal is probably an attempt to ‘hijack’ the next electoral tsunami.
In the meantime, the DAP too was foraging into the controversy by raising the divisive issue of a non Muslim PM. Now that its has died down, it is hoped the DAP rallies itself behind Anwar. It is also hoped that the PAS buries its flimsy hopes of leading the nation with biggest wins in the polls and follow the leadership of Anwar.
In order to destroy the opponent’s drive to divide PR, its leaders must sit and decide once and for all on who should lead the grouping during the poll campaigns. To the masses who are following PR campaigns closely, it obvious that Anwar remains the ultimate candidate. Do any of the other Pakatan leaders have the courage to deny this publicly?
It is also a fact that not many among the leaders of PR are either capable or have the creed and charisma to be the next PM. Some have argued that Anwar, due to the numerous accusations against him can be labeled as ‘tainted’ while other leaders in PR are seen as ‘clean’.
Such talks are purely selfish. It is who the people want to lead their country and who the masses want as the leader of the Pakatan coalition who should be the PM in making.
It is not the dream talk or the dreamed ‘purity’ factors of some leaders that will affect the poll results. It is Anwar, voted by PR as the one to lead the electoral battle, who should hold the job as the top shot of the country after a PR victory in the next GE.
Ali Cordoba writes extensively on local politics.

Source freemalaysiatoday

Sekitar Gambar Majlis Akad Nikah Khairol Fahmi ( Apek)


jom lihat ada banyak gambar lagi...







Majlis Akad Nikah Khairol Fahmie ( Apek ) Tahniah Diucapkan dari Blogger Abu Luqman
 
Sumber kachipmas.blogspot

Thursday, December 27, 2012

PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT


Oleh aTiEs,

1. MANDI
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.

Sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."


3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat."
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.""

"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dari Mu dengan penuh kesabaran dan ketakwaan..."


Sumber mymasjid.net

Kenapa Yahudi Pintar dan Genius?


Kita sudah maklum bahawa selama ini dikalangan masyarakat sudah berkembang paradigma yang menganggap bahawa yahudi adalah suatu bangsa yang mempunyai kelebihan dalam hal kecerdasannya. Tapi benarkah demikian?

apa sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?

Mari kita mula dari masa kehamilan:

Begitu wanita Israel yang mengetahui bahawa dirinya tengah mengandungkan anak, maka secara langsung sang ibu tersebut sering bernyanyi dan bermain piano dan juga membeli buku matematik.

Bermain piano dan bernyanyi bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati binaan si bayi tersebut ketika lahir. Dengan bernyanyi dan bermain piano, maka sang ibu akan merasakan ketenangan.

Diharapkan sang bayi akan memiliki sifat-sifat yang tenang dan berfikir matang ketika menghadapi masalah hidup nantinya.

Sedangkan mengerjakan soal matematik bertujuan untuk mengembangkan kecerdasan otak bayi yang ada dalam kandungannya.
Agar anak mereka dilahirkan dengan otak genius.

Dan para ibu Yahudi yang tengah mengandung, terus menerus mengerjakan soal matematik yang ada sampai tiba saat melahirkan. Kadang mereka mengerjakan bersama suaminya dan bertanya kepada saudara-saudaranya apabila ada soal yang terasa sukar.

Maksudnya ... mereka tidak melatih kecerdasan otak anak mereka dari kecil, dari umur 3 bulan, tapi dari sejak di dalam kandungan, Sebuah perancangan yang dalam sekali bukan?!.

Cara makan keluarga Yahudi:

Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala (sekali lagi, tanpa kepala!) Bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kekacang.

Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Sama seperti kebiasaan orang Jepun yang genius juga dalam kerajinan memakan daging ikan), Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. Menjadi semacam kewajipan untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet), "Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama badam.

Perinsip: "kalau sudah makan ikan, tidak boleh ada daging yang dimakan bersamaan" ternyata sama dengan perinsip makannya Rasullullah SAW, manusia paling jarang sakit sedunia)

Mereka juga akan makan buah-buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk.
Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Ternyata makan buah dahulu baru nasi, akan menyebabkan buah busuk. Kerana proses pencernaan makanan di dalam perut kita itu memakan masa yang lama. Sehingga akan membuat buah mengalami beratur yang panjang hingga akhirnya dia berbau busuk. (Pernah membiarkan epal yang sudah menggelupas? Lama-lama akan kuning dan boleh membusuk? Itu hanya didiamkan dan terkena udara ... bagaimana kalau dicampur olahan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti busuk dahulu sebelum boleh diproses. Jadi istilah "makan buah setelah makan nasi" sebagai pencuci mulut itu SALAH. makan buah sebelum makan nasilah yang betul, bukan selepas makan nasi.
Masa kanak-kanak

Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berasaskan perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Di dalam perhatian peribadi saya, "Perbandingan dengan kanak-kanak di California, dalam peringkat IQ-nya boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!" Katanya. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka. Sukan yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut rakan Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak sebahagian daripada persiapan untuk membela negara.

kanak-kanak yang jaguh dalam hal sukan, biasanya mereka mempunyai kemampuan mengambil keputusan yang cepat, kerana otak mereka terlatih bergerak cepat, terlepas dari bagus atau tidaknya prestasi mereka di sekolah.

Sekolah Tinggi di yahudi

Di sini murid-murid didedahkan dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk mencipta produk. Meski projek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan membosankan, tetap diteliti dengan serius. Apatah lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, perubatan dan teknik. Idea itu akan dibawa ke jinjang lebih tinggi.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Dr Stephen Carr Leon sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, mahasiswa diharuskan mengerjakan projek. Dan mereka harus mempraktikannya.

Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $ US 1 juta!
Anda terperanjat?
Itulah kenyataannya.

Merokok bagi mereka adalah sesuatu yang paling pantang disentuh.
Bila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuan Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Maksudnya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Suatu penemuan dari saintis gen dan DNA Israel.

Kesimpulan, melahirkan anak dan keturunan yang bijak adalah kemestian. Tentunya bukan perkara yang boleh diselesaikan semalaman. Perlu proses, melalui beberapa generasi mungkin?

Kabar lain tentang bagaimana pendidikan anak adalah dari saudara kita di Palestin. Mengapa Israel membunuh kanak-kanak Palestin. Terjawab sudah mengapa pencerobohan tentera Israel yang biadab menumpukan diri pada pembunuhan anak-anak Palestin di Jalur Gaza.
Seperti yang kita ketahui, setelah melalui tiga minggu, jumlah korban terbunuh akibat holocaust itu sudah mencapai lebih dari 1300 orang lebih. Hampir setengah darinya adalah kanak-kanak.

Selain kerana memang tabiat Yahudi yang tidak mempunyai nurani, target kanak-kanak bukanlah kebetulan belaka. Tahun lalu, mengikut Ramadhan 1429 Hijriah, Ismali Haniya, pemimpin Hamas, melantik kira-kira 3500 kanak-kanak Palestin yang sudah hafidz al-Quran.

Anak-anak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi. "Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi.

Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus mendedah berinteraksi dengan al-Quran. Tak ada main Play Station atau game bagi mereka.

Namun keadaan itu memacu mereka untuk menjadi para penghafal yang masih begitu belia. Kini, kerana ketakutan sang penjajah, sekitar 500 anak kecil penghafal Quran itu telah syahid.
Perang panjang dengan Yahudi akan berterusan entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestin dan besok boleh jadi Malaysia. Bagaimana perbandingan perhatian kerajaan Malaysia dalam membina generasi penerus dibanding dengan negara jiran.

Ambil contoh tetangga kita yang terdekat adalah Singapura. Contoh yang penulis ambil mudah sahaja, rokok. Singapura selain menerapkan peraturan yang ketat tentang merokok, juga harganya sangat mahal.

Benarkah merokok dapat melahirkan generasi "BODOH!" Kata BODOH bukan dari penulis, tapi kata itu sendiri dari Stephen Carr Leon sendiri. Dia sudah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
 
Sumber halimislam.com

Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun





puk
Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota BaÅŸakÅŸehir Ä°stanbul.

Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di Ä°stanbul hari Isnin lalu.
Korang berani jadi seperti dia?
"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.

Tamimi tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.

Sambil membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "

Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar BaÅŸakÅŸehir.
 
 
Sumber detikislam.blogspot

Wednesday, December 26, 2012

Tuntut royalti Terengganu


W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
26 Disember 2012
KUALA TERENGGANU – Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meneruskan usaha menuntut hak Terengganu jika benar kawasan medan minyak baru di Blok PM307 Bertam berada di kawasan perairan negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, usaha tersebut perlu dilakukan sekiranya fakta awal berhubung laporan yang diterima dari sebuah syarikat cari gali dari luar negara itu benar walaupun pihak atasan telah pun membuat kenyataan berhubung perkara itu.

Menurutnya, apa yang penting, tuntutan perlulah berdasarkan fakta yang jelas walaupun sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Pahang dijangka menerima sekitar RM100 juta setahun ekoran penemuan kawasan tersebut.

“Saya sebagai Pengerusi Amanah Terengganu menggesa Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menuntut hak Terengganu ke atas Blok PM307 itu setelah beliau sendiri mengakui blok tersebut dalam kawasan perairan Terengganu yang boleh menghasilkan pendapatan RM100 juta setahun berdasarkan surat dari Syarikat Lundin Oil dari Sweeden,” katanya.

Raja Bahrin berkata demikian dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan 13 Disember lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307 Bertam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dua hari laporan berhubung kenyataan Ahmad Said pada Sidang Dun Terengganu ke-12 bahawa syarikat cari gali berpangkalan di Sweeden mengesahkan Blok PM307 Bertam berada dalam perairan Terengganu dan surat secara rasmi telah ditulis kepada Petronas tetapi belum mendapat jawapan rasmi.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin minta supaya isu  itu diselesaikan secara matang tanpa melibatkan emosi dan sentimen kenegerian, kedudukan dan kuasa seseorang.

“Hujah yang matang dan rasional  penting kerana seseorang pemerintah akan dihormati atas kebijaksanaan dirinya dan bukan semata-mata atas kuasa serta kedudukan sebagai orang besar dan pemerintah,” katanya.

Pada masa sama, Raja Bahrin turut meminta Ahmad menuntut kembali royalti minyak yang telah ditarik balik Kerajaan Negeri di bawah pimpinan beliau beberapa bulan lalu.

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti difailkan di mahkamah oleh Pas ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Sumber Sinar Harian

Sunday, December 23, 2012

Keputusan pungutan suara rakyat Mesir peringkat kedua di 17 wilayah

Keputusan pungutan suara rakyat Mesir peringkat kedua di 17 wilayah semalam menyaksikan 72.1% bersetuju dan 27.9% tidak bersetuju.

Keputusan pungutan suara peringkat kedua di 17 wilayah semalam menyaksikan 72.1% bersetuju dan 27.9% tidak bersetuju.

Bermula dari atas: Wilayah Ismailiyah, Luxor, Bahrul Ahmar, Buhaira, Giza, Suez, Fayyum, Qalyubiyah, Menufiyah, El-Menia, Wadi Jadid, Bani Suwef, Port Said, Dumyat, Qina, Kafr Sheikh dan Marsa Matruh.

Kecuali wilayah Menufiyah, baki 16 wilayah lain menyaksikan kemenangan buat Perlembagaan Mesir termasuk wilayah Kafr Sheikh, kampung halaman Hamdin Sobahi.

Menufiyah merupakan negeri kelahiran Mubarak dan Anwar Sadat.

Keputusan rasmi hanya akan diumumkan melalui televisyen dan radio esok.

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen


KUALA LUMPUR, 21 Dis — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai  2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,” katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.
Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. — Bernama

Gaza Tanah Kelahiran Imam As-Syafie

ketahuilah
Ada sesuatu tentang Gaza yang kita perlu tahu....

Ghazza adalah tanah kelahiran Imam As-Syafie dan beliau dibesarkan di Askalan.

Beliau mengatakan " Aku telah dilahirkan di Ghaza pada tahun 150H (767M) Hijrah ), dan aku telah di bawa ke Mekah ketika umur aku 2 tahun.

Menurut riwayat yang lain "" Ayah aku berasal daripada Tabalah, dan ayah aku sebelum ini berada di Madinah, ketika di Madinah timbul suatu perkara yang kurang menyenangi beliau, maka beliau keluar berpindah ke Asqalan dan muqim di situ.Aku telah dilahirkan di sini ( Asqalan ), dan ayah aku telah meninggal dunia.Bapa saudara aku telah datang dari Makkah dan membawa aku balik ke sana ketika umur aku 2 tahun"

Ulama merumuskan Imam as-Syafie dilahirkan di perkampungan Ghazza (bandarnya ialah Askalan).

Imam Ahmad pernah berkata, "Diceritakan daripada nabi bahawa Allah akan menghantar kepada umat ini seorang pembaharu agama, Umar Abdul Aziz dihantar untuk seratus tahun pertama dan aku berharap Imam Syafie adalah pembaharu abad kedua"

Kini Askalan (dicemarkan oleh Israel dengan nama 'Ashkalon') letaknya 18 km dari Ghazza.

Seorang lagi ulama terkenal Imam Ibnu Hajar as-askalani merujuk kepada bandar Askalan. Dinisbahkan kepada Askalan kerana sebahagian keluarganya yang berasal dari Tunis menetap di Askalan. Beliau mengarang kitab yang menjadi rujukan penting umat Islam iaitu 'Fathul Bari' yang merupakan syarah kepada Kitab Sahih Bukhari. (Imam Ibnu Hajar sendiri dilahirkan di Kaherah pada tahun 773M - sezaman dengan Imam Syafie)

Egypt constitution likely to be approved - Middle East - Al Jazeera English

Egypt constitution likely to be approved - Middle East - Al Jazeera English

Saturday, December 22, 2012

Thursday, December 20, 2012

Malaysia Is A Blessed Nation - Tun Mahathir


 

KUALA LUMPUR: Having lived since the early 19th century when the country was known as Malaya, Tun Dr Mahathir Mohamad has a unique perspective on how Malaysia has been fortunate in many ways.  
The man who helmed the country for 22 years in the late 19th century and early 20th century has seen much of the country's remarkable transformation and sterling achievements.
From a British colony to an independent nation and from an agrarian economy to a highly diversified one, Malaysia has made a smooth transition in social, political and economic spheres with the exception of some minor hiccups.     
Malaysia has been relatively peaceful over the years. The only significant period of turbulence came with the Japanese Occupation during World War II and the May 13, 1969, incident.
This was the basis of a speech on Malaysia's legacy, conveyed to Parliamentarians by Dr Mahathir during a recent dinner function.
   
THE PARALLEL   
   
All Malaysians already know about these historical events. However, Dr Mahathir believes the country's 28 million people should be reminded of them every now and again so that they have every reason to be proud of their country.
"I always make comparisons between the past and present. During the country’s days under British rule, 70 per cent of the population lived below the poverty line," he pointed out.
However, today, after 55 years of independence, the majority of Malaysians live as comfortably as their counterparts in developed nations.
Dr Mahathir described Malaysia's economic transformation as something extraordinary when compared with many other nations that had gained independence
during the same period, including Uganda in Africa.
"Uganda was once considered by the British to be far more developed than Malaysia, yet when I was there, the country's leader asked me how Uganda had ended up 50 years behind Malaysia," he said.
Many European nations such as Greece, Portugal and Italy were once considered economically superior. But now, they are facing a deep economic crisis and have to be bailed out.
The world's superpower, the United States, has also ended up in an economic malaise with high unemployment rates.
   
MALAYSIA CONTINUES TO TRIUMPH
        
However, Malaysia has fared much better than these nations, even from the perspective of humanitarian and political issues—something that Dr Mahathir feels Malaysians have yet to fully appreciate.
The three major races, Malays, Chinese and Indians, and the 29 ethnic groups in Sabah and Sarawak, despite their different religious affiliations and political ideologies, have been living in harmony.
Dr Mahathir pointed out that this is in stark contrast with the situation in many other homogenous societies such as Pakistan, Iraq and Afghanistan, where conflicts among the different ideologies and sects (the Sunni and Syiah) are the order of the day.
"The Arab world too has its own share of problems. There were uprisings that brought down the Libyan and Egyptian governments, and the same is happening in Syria and Bahrain.
"Closer to home, our ASEAN neighbours, such as Thailand and the Philippines, have witnessed street demonstrations," he said.
   
GEOGRAPHYICAL ADANTAGE
      
Dr Mahathir noted that Malaysians should count their blessings since the country is strategically located and the land is free from natural calamities such as earthquakes, typhoons and volcanic eruptions.
"We have to be thankful for the fact that we are protected from the strong winds of the Philippines in the east, and in the west, we are protected from tsunamis by Sumatra," he said.
Without such natural calamities, he pointed out, Malaysia was able to build the world's third-highest skyscraper, the Petronas Twin Towers, at a cost of RM3 billion, which is one-third the amount that earthquake-prone countries would have to pay.
Like other Malaysians, Dr Mahathir is proud of the country's achievements and is optimistic that with prevailing societal harmony and economic growth, Malaysia will continue its positive transformation even beyond 2020.
- Bernama

Peniaga: Antara syurga dan neraka



 Mohd Asri Zainul Abidin

 — Melihat Muslim menjadi peniaga terututama dalam negara ini amat menggembirakan. Betapa kita ingin agar kekuatan ekonomi umat Islam ini berkembang. Sejak dahulu, saya berkempen agar Muslim membantu perniagaan Muslim. Membeli dan menghulurkan sokongan agar mereka berjaya. Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh menentukan perjalanan sesebuah masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula mendedahkan sesebuah masyarakat kepada penghinaan dan percaturan pihak lain. Secara kolektif, disebabkan kita majority kita memiliki “purchasing power” yang tinggi. Lihat saja, apabila umat Islam di negara ini ingin memboikot produk pro-Zionis, syarikat-syarikat berkaitan mula gelisah dan cuba mencari pelbagai pendekatan menawan semula perasaan kita.
Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sifat peniaga Muslim
Apabila Muslim berniaga, dia sepatutnya membawa nilai-nilai mulia yang diajar oleh Islam semasa mengendalikan perniagaannya. Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda: “Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf ‘hasan’).
Hadis ini menggalakkan Muslim berniaga tetapi hendaklah bersifat jujur dan amanah. Perniagaan di samping ia sumber rezeki, ia juga boleh menjadi sumber pahala yang membawa seseorang ke syurga dan darjat yang mulia.
Peniaga yang jujur lagi amanah pasti tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang haram, menipu, memungkiri apa yang dijanjikan, mengelirukan pembeli, memutar belit dalam urusan dan segala sifat-sifat yang buruk dan keji. Urusan perniagiaan penuh kehormatan. Maka layaklah dia bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada. Dalam konteks seperti Malaysia, dia boleh memberikan mesej yang baik tentang kemuliaan ajaran Islam kepada pihak lain.
Penipuan dan khianat
Dalam masa yang sama, peniaga juga terdedah untuk menjadi pendusta dan pengkhianat jika dia tidak berakhlak. Menipu apa yang diberitahu kepada pembelinya dan mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak sangka.
Dalam skala besar, ahli-ahli perniagaan yang mendapat projek-projek mega yang diwujudkan untuk kepentingan negara dan awam bukan sedikit yang menipu dalam pelbagai cara; kos, kualiti, pengurusan dan lain-lain. Ini sehingga negara dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi ataupun kualiti hasil kerja yang rendah, ataupun kedua-duanya sekali. Penipuan harta awam dan kezaliman mereka mengakibatkan  rakyat terpaksa menerima hasil yang tidak sepatutnya seperti jambatan, bangunan yang rosak dan bahaya. Dosa mereka ini terlalu besar. Tidak boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan masjid dan surau. Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)
Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai orang Melayu Muslim menjual pelbagai “ubatan”, makanan tambahan dan seumpamanya. Pelbagai dakwaan yang sebahagianna tidak terbukti benar tapi diwujudkan bagi menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan RasulNYA dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta. Khianat atas khianat.
Perniagaan makanan
Ramai Muslim yang mengusahakan perniagaan makanan terutama kedai ataupun gerai makanan. Para pembeli hanya melihat makanan yang sudah siap, tetapi mereka tidak nampak bagaimanakah makanan itu disediakan. Ada pengusaha yang tidak mengambil berat soal kebersihan. Proses makanan itu disediakan jika dilihat sendiri oleh pelanggan tentu mereka tidak sanggup makan. Mereka tertipu dengan apa yang telah terhidang. Mereka tidak tahu mereka mungkin telah menelan makanan yang kotor, ataupun adanya bahan yang bahaya untuk kesihatan mereka.
Peniaga yang seperti ini merupakan penipu dan pengkhianat yang setiap hari peniagaannya menzalimi dan mengkhianati orang lain. Mereka terus berdosa dengan pelanggan mereka. Malangnya, kadang-kala mereka terlupa bahawa setiap hari mereka menambahkan dosa mereka dengan manusia lain yang itu semua akan dibawa ke hadapan Allah nanti. Mungkin juga dibalas di dunia ini, jika Allah kehendaki. Nabi s.a.w tidak menerima peniaga seperti ini sebagai pengikut baginda.
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)? Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku” (Riwayat Muslim).
Dosa
Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan ataupun hiasan yang menawan sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa yang besar. Lebih buruk lagi, ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat al-Quran di dinding-dinding kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya tetapi sekadar untuk menarik perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan mereka tidak seiras dengan ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka yang datang dan mempercayai mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak tergamak dimakan jika pelanggan mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran menegaskan: (maksudnya) “dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata”. (Surah al-Ahzab, 58)
Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam halal. Sabda Nabi s.a.w: “Muslim saudara Muslim. Tidak halal seorang Muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Kita berbangga melihat Muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA. Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke neraka.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ada bekas Mufti Perlis.

Jenazah Mohd Noor Fikrie selamat dikebumikan



NONE

 
Jenazah anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman, Benut, Pontian pagi ini.

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.

Sementara itu, bapa allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Mohd Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya.

-Bernama

Keluarga Mohd Noor Fikrie kesal allahyarham dilabel pengganas

NONE


 
Keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Jumaat lalu terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas.

Menurut adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran tersebut sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek.

"Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga," katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum.

Beliau yang kelihatan hiba selepas pengkebumian abang sulungnya itu di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman di Pontian pagi ini berharap, arwah tidak lagi dilabelkan dengan panggilan itu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ialah isteri Siti Sarah Raihana dan tiga anak iaitu Aina Sofia, 6, Aisyah Nadia, 5 dan Yati Izati, 4, serta ibu bapa allahyarham.

Sementara itu, bapa allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut melahirkan perasaan sama dan mempersoalkan bukti yang dapat mengaitkan anaknya itu dengan kegiatan keganasan.

"Mana bukti dia pengganas, dia ada letupkan bangunan ke? Dia ada buat keganasan ke?," katanya.

Menurut Abd Kahar, kali terakhir beliau berjumpa anaknya adalah pada Mac lepas dan tidak menyangka ia merupakan pertemuan terakhir.

-Bernama

Tuesday, December 18, 2012

Menjana Kehebaatan Diri Dalam Pergaulan!

Oleh KupuKupu,
Assalamualaikum

----------------------------------------------------------
Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita pula. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.


Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dgn memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tentu boleh kan kalau kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalinkan hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."


"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

Erti bacaan dalam solat


Oleh finn_a,
...
solat adalah satu kewajjipan yang wajib dilakukan oleh umat islam.....solat adalah tiang agama..
selama ini, adakah kita memahami dan menghayati solat dengan khusyuk dan tawaduk?..



ERTI BACAAN DALAM SOLAT.


Erti doa iftittah :

Allah maha besar dengan segala kebesaranMu

Segala puji hanya bagiMu ya ALLAH , yang tidak terhitung banyaknya

Maha suci ALLAH diwaktu malam dan siang.

Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAH

Yang menjadikan langit dan bumi dan diantaranya

Aku adalah muslim yang sejati

Bukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA).

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku

Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAH

Tuhan sekelian alam.

Tiada aku menyekutukan Mu

Sepertimana perintahMu kepadaku

Dan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.




ERTI BACAAN AL- FATIHAH.


Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAH

Tuhan sekelian alam

Engkau yang maha pengasih dan maha penyayang

Raja , yang menguasai hari pembalasan (qiamat)

Hanya kepadaMu kami menyembah

Dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat , kejayaan dan kemenangan

Bukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkai

Dan orang-orang yang sesat.



Kabulkanlah doa kami.





ERTI BACAAN DALAM RUKU;.



Maha suci Tuhanku yang maha hebat

Segala puji hanya untukMu.







ERTI BACAAN DALAM IKTIDAL.



Allah maha mendengar puji-pujian keatas Nya

Ya ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.





ERTI BACAAN DALAM SUJUD.



Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai.

Segala puji hanya untukMu.









ERTI BACAAN ANTARA DUA SUJUD.



Tuhanku

Ampunilah segala dosa-dosaku

Rahmatilah keatasku

Elukkan keadaanku

Muliakan diriku

Berilah petunjuk kepadaku

Selamatkan aku dari segala bencana

Dan ampunkan segala dosa-dosaku.







ERTI TAHIYYAT.



Segala kehormatan yang amat berkat

Segala sembahyang dan amal yang baik

Semua hanya keranaMu ya ALLAH.

Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabi

Dengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH.

Salam sejahtera keatas kami

Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadah

Dengan amalan yang soleh

Aku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

Dan Muhammad itu pesuruh ALLAH.







SELAWAT IBRAHIMIAH.



Ya ALLAH ya Tuhanku

Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan

Kepada junjungan mulia , Muhammad saw

Juga ke atas ahli keluarga baginda yang mulia

Sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.



Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad

Seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim

Sesungguhnya Engkau ya ALLAH , yang amat terpuji lagi amat mulia.







ERTI BACAAN QUNUT.



Ya ALLAH

Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu

Bersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayah

Selamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkan

Kurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolongan

Berkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakan

Pelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukan

Sesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum.

Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan

Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhi

Segala ketinggian hanya bagiMu

Segala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakan

Ampunilah aku dan terimalah taubatku.






null
ku mulai "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"............... ku tersenyum..kau tersenyum..kemesraan menguntum.. 


sumber mymasjid.net