Monday, October 8, 2012

NASIB KAMAL AT-TARTUK YANG MERUNTUHKAN ISLAM KETAHUI DIRINYA



 
Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalamualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.

Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, “Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.

Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.

Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.

Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya.

Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimutuntuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, rasa panas tidak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk”.
 
Sumber Utusankini

USS George Washington di Port Klang Malaysia




                                                         USS George Washington
Sebuah kapal Induk pengankut kapalterbang Amerika Syarikat USS George Washington telah berlabuh untuk pertama kali nya di Port Klang semalam. Di maklumkan ianya bertujuan mengadakan kerjasama duahala dengan Malaysia.
Diantara agenda yg diadakan nanti termasuklah "Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang, kata Kapten Greg Fenton.
Projek komuniti kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, tambahnya lagi.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka dan menambahkan pengalaman bagaimana suasana maritime di Malaysia.
Anak2 kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials.
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dijemput ke satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan bersiap sedia untuk bertindak untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. – editor/bernama 

sumber Tempayan Retak

Thursday, October 4, 2012

DAHSYATT!!! Mayat Wanita Berusia Hampir 700 Tahun Di Percayai Beragama Islam Di Temui Masih Sempurna!!

Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun? | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.











Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.

Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.

Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.

Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.


Sumber :-MelayuKini.net

Kekuatan Pejuang Ikhwanul Muslimin yang sangat digeruni Sekular


CAIRO, Hampir setiap muncul tindak kekerasan di negara-negara Islam (Arab), orang selalu mengaitkannya dengan Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan pergerakan Islam yang lahir diMesir, sekitar tujuh dekad lalu. Dan, benarkah Al-Ikhwan mengajarkan tindak kekerasan? Dan apa hubungan Hamas dan gerakan Hasan At-Turabi di Sudan dengan pertubuhan Al-Ikhwan? Ini sebuah tulisan yang membincangkan secara ringkas tentang Al-Ikhwan sebagai sebuah organisasi pergerakan Islam.

Sewaktu kekhilafahan Islam jatuh ke tangan Bani Umaiyah pada 661 M, dengan Muawiyah bin Abi Sufyan menjadi khalifah pertama, sekurang-kurangnya muncul dua sikap umat dalam menghadapi kenyataan itu. Pertama, sikap menolak. Kedua, sikap menerima dengan reserve.

Sikap pertama didasari pada kenyataan bahawa Muamiyah mendapat kekuasaan dengan cara yang tidak sah. Di antara mereka, ada yang menolaknya dengan vokal, yang disertai dengan perancangan untuk meluruskan jalannya. Dan ada yang menolaknya dengan sikap pelarian diri kepada kajian masalah-masalah Islam dan menghindari hal-hal yang membawa pertengkaran dengan kerajaan.

Sikap kedua adalah menerima pemerintahan Muamiyah sebagai kenyataan. Sekalipun tidak melambangkan imej Islam politik, sekurang-kurangnya ia telah mampu mempesatukan umat di bawah sebuah negara yang berdaulat. Ia juga tidak melarang umat untuk meyakini rukun iman dan menjalankan rukun Islam yang lima. Sikap kedua-dua ini membentuk teologi Al-Murjiah, yang seterusnya menjadi teologi Ahl Sunnah wal Jamaah, untuk membezakannya dengan teologi kaum Khawarij dan Syiah. Alat-perangkatnya selama berabad-abad diisi oleh sayap kedua dari sikap pertama, iaitu pihak yang menyibukkan diri untuk mengembangkan warisan agama dan intelektual Islam dengan menjauhi konfrantasi langsung dengan pemerintah yang berkuasa.

Aliran pertama yang bersifat vokal dan bahkan melibatkan pergerakan di bawah tanah untuk menyusun kekuatan dalam rangka membentuk sebuah kerajaan yang lebih Islamik, banyak mendapat kesulitan dari pemerintah yang berkuasa. Tokoh-tokohnya diburu-buru dan ajarannya ditolak. Inilah asas bakal pergerakan Islam yang mempunyai penyokong sepanjang sejarah Islam sampai ke abad moden. Organisasi Al-Ikhwan al-Muslimun - yang biasa disingkat dengan Al-Ikhwan - adalah sebuah pewaris dari Islam pergerakan ini dengan bentuknya yang khas di zaman moden.

Hayah Ikhwan Al-Muslimin (Pertubuhan Persaudaraan Umat Islam) ditubuhkan Syekh Hasan Al-Banna di bandar Ismailiyah (sebuah bandar di pinggir Terusan Suez), Mac 1928, beberapa bulan setelah ia lulus dari Darul Ulum. Darul Ulum adalah sebuah sekolah tinggi pendidikan guru di Kaherah, dan Ismailiyah adalah bandar di mana ia ditempatkan oleh Kementerian Pendidikan Mesir untuk menjadi guru di sebuah SMP.
Setiap hari - selepas mengajar, ia mengunjungi warung kopi untuk berdialog dengan masyarakat. Malam harinya, ia solat berjemaah di masjid berdekatan, dan kemudian seringkali meneruskan pembicaraannya di warung kopi.

Pada masa-masa bercuti panjang setiap musim panas, ia menghabiskan waktu dalam perjalanan ke pelbagai kota dan desa di Mesir, untuk mengajar masyarakat di rumah, di atas kenderaan, di warung kopi, atau masjid. Tubuhnya yang tegap (sekalipun dengan tubuh yang agak rendah berbanding dengan rata-rata orang Mesir), serta penampilannya yang menarik, dan lidahnya yang fasih, memang menyokong Al-Banna untuk menjadi seorang public figure.
Dalam pertumbuhan awalnya, Al-Ikhwan lebih menumpukan usaha untuk pembentukan keperibadian masyarakat. Ini dilihat dari beberapa prinsip yang diajarkan Al-Banna yang merupakan penggunaan harian Al-Ikhwan. Prinsip-prinsip itu antara lain berbunyi: "Lakukanlah solat bila anda mendengar azan, bagaimana pun keadaan anda pada waktu itu. Baca Al-Quran, renungkan dan dengarkan, serta selalulah mengingati Allah. Jangan anda membuang-buang waktu untuk hal-hal yang tak berguna. "

Selanjutnya, Al-Banna juga mengatakan: "Jangan banyak bertikam lidah dalam masalah apa pun, kerana itu tidak bermanfaat. 
Jangan banyak berseronok semata-mata dan bersantai, kerana perjuangan bangsa perlu kesungguhan. Jauhilah membicarakan keburukan orang di belakangnya. Jangan mengejek organisasi-organisasi atau pergerakan-pergerakan dengan tidak adil. Berusahalah untuk selalu ramah bila anda bertemu rakan-rakan Al-Ikhwan, sekalipun ia tidak membuat inisiatif, kerana idiologi kita berdiri di atas tiang ilmu pengetahuan cinta dan kasih.

Bantulah orang lain sedaya upaya mungkin agar ia dapat memanfaatkan waktunya, dan apabila anda mempunyai kerja untuk diselesaikan, maka selesaikanlah kerja itu. "

Prinsip-prinsip tersebut tak lain adalah sebahagian daripada prinsip-prinsip Islam, yang disimpulkan dalam bahasa mudah agar dapat dilaksanakan dengan mudah dalam kehidupan sehari-hari. Kesimpulannya adalah bagaimana seorang muslim dapat menjalankan ajaran Islam secara murni dan konsisten dalam kehidupan moden.

Prinsip-prinsip itu dijalankan melalui jalur organisasi dari ranting, cabang, wilayah (yang tersebar di seluruh pelosok kota dan desa di Mesir), dan sampai ke pusat, yang secara organisasi selalu dinilai dari waktunya. Di sini kelihatan sekali ciri pergerakan dari pertubuhan Al-Ikhwan.

Setelah pemantapan keperibadian, maka program Al-Ikhwan selanjutnya adalah pembentukan masyarakat Islam yang menjalankan syariat Islam. Bagi Al-Ikhwan, Islam adalah jalan hidup melibatkan individu, masyarakat, negara, hubungan antarabangsa dan seterusnya. 
Al-Banna menegaskan, "Ia (Islam - Red) adalah sikap moral, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu dan mahkamah. Ia adalah bahan-bahan, kekayaan, usaha dan keperluan. Ia adalah jihad dan dakwah atau antara dan gagasan. Ia juga akidah yang benar dan ibadah yang betul, ibarat satu duit syiling dengan dua wajah. "

Seperti program pembentukan keperibadian, maka Al-Ikhwan juga bertekad untuk melaksanakan program sosial politik secara berperingkat. Dalam Anggaran Dasar (Nizam Asasi) Al-Ikhwan, antara lain menyebut: Al-Ikhwan sentiasa mengutamakan kemajuan berperingkat dalam pembangunan, usaha produktif, dan kerja sama dengan para pecinta kebaikan dan kebenaran. Al-Ikhwan tidak ingin mencederakan siapa pun, apa pun agama, bangsa dan kebangsaannya.

Aktiviti Al-Ikhwan mula menarik perhatian kerajaan dan dunia luar, selepas mereka memindahkan pusat kegiatan dari Ismailiyah ke Kaherah. Selain itu setelah Al-Banna menghantar surat kepada raja Mesir, Faruq (1936) dan beberapa menteri kabinet, supaya melaksanakan syariat Islam dan meninggalkan cara hidup yang tidak Islamik.

Situasi di Mesir pada 1930-1940-an, seperti keburukan moral, penembusan budaya asing, kerajaan yang tidak tegas, dominasi British yang begitu kuat dalam negeri, dominasi syarikat-syarikat asing, dan lain-lain, telah bersaham dalam membentuk sikap kesungguhan Al-Ikhwan. Sebagai gerakan dan idiologi, sikap Al-Ikhwan ini berkaitan erat dengan krisis intelektual, sosial, ekonomi dan politik yang melanda Mesir sejak abad ke-19.

Krisis-krisis ini sebahagiannya adalah hasil dari pelbagai polisi yang ditempuh oleh para penguasa Mesir sebelum ini, dalam bidang pendidikan, undang-undang dan politik melalui suatu proses pembaratan. Negara sejak abad 19 menghantar misi pendidikan ke luar negeri dan mengundang perancang dan tenaga ahli Barat ke dalam negeri. Sistem pendidikan Barat yang sekular barangsur-ansur mengalihkan pendidikan tradisional, dan undang-undang sekular Barat menggantikan undang-undang syariat yang telah berlaku selama berabad-abad.

Politik kerajaan semakin cenderung untuk memelihara kepentingan Barat. Terusan Suez sebagai jalan perhubungan penting antara Barat dan Timur berada di tangan asing. Di Palestin kekuatan Zionis antarabangsa semakin jelas untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi yang mengancam kewujudan umat Islam dan bangsa Arab. Sementara itu, para penguasa Arab lebih banyak membuat polisi yang dapat mempertahankan kepentingan mereka daripada kepentingan rakyat. Di pihak lain, Al-Azhar sebagai institusi keagamaan yang tertua di dunia Islam bersikap acuh dan sukar untuk dijadikan ikutan bagi sebuah pembaharuan yang selari dengan semangat Islam.

Sebagai organisasi pergerakan, Al-Ikhwan tidak mahu membiarkan keadaan yang tidak selari dengan tuntutan Islam itu berjalan terus. Melalui media dan sarana yang dimilikinya (surat khabar, majalah, pamplet, surat terbuka, pidato, khutbah, rapat umum dan lain-lain), organisasi ini memberikan rayuan kepada rakyat dan kerajaan agar mengambil garis Islam dalam semua polisi.

Kalau kemudian kerajaan melihat Al-Ikhwan sebagai ancaman, bukan semata kerana Rayuan kebaikan itu, tapi lebih kerana sebagai organiasasi massa, Al-Ikhwan dapat memaksakan kehendaknya. Usaha yang dilakukannya bukan hanya bidang penerangan, pendidikan dan kebajikan semata, tetapi juga merangkumi usaha-usaha ekonomi yang menjadi urat nadi organisasi, latihan bela diri dan bahkan pasukan para tentera. Dalam perang melawan sekutu Inggeris-Israel pada tahun 1948, sebagai contoh, pasukan sukarelawan Al-Ikhwan terbukti tempoh dalam mematahkan kekuatan musuh.

Sekitar Perang Dunia II, telah terjadi hubungan turun naik antara kerajaan dan Al-Ikhwan. Situasi genting yang berlaku di Mesir akibat perang, antara lain pembunuhan terhadap tokoh-tokoh politik (termasuk pembunuhan Perdana Menteri An-Nuqrasyi), membuat keadaan semakin sukar bagi Al-Ikhwan. 
Tokoh-tokoh Al-Ikhwan ditangkap, aset organisasi disita, dan pelbagai media massa mereka dihapuskan. Kejadian seperti itu berlaku berulang kali. Dari tahun 1940 hingga Disember 1948, pergerakan ini dilarang sepenuhnya. Selanjutnya pada malam hari tanggal 12 Februari 1949, Al-Banna ditembak mati oleh orang yang tak dikenali sewaktu ia sedang duduk di dalam kereta di depan bangunan Syubban Al-Muslimin di Kaherah.

Al-Banna meninggal, tetapi idea-idea dan karya organisasinya diteruskan oleh generasi penerus. Tak lama selepas pemergian Al-Banna, kepimpinan Al-Ikhwan digantikan oleh Hasan Al-Hudhaibi, seorang bekas Peguam. Menjelang Revolusi tahun 1952, sebahagian kekayaan Al-Ikhwan mula dikembalikan dan kebebasan mereka dipulihkan.

Pada mulanya, Jamal Abd Nasir 15 Januari 1918 - 8 September 1970) merupakan presiden kedua Mesir, dan mungkin merupakan salah seorang negarawan Arab yang paling terkemuka dalam sejarah.

Gamal Abdul Nasser dilahirkan di Iskandariah (Alexandria) dan aktif dalam gerakan Mesir menentang penjajahan dan kekuasaan asing ketika di Akademi Ketenteraan. Gamal Abdul Nasser berpangkat Major ketika terlibat dalam Perang Kemerdekaan Israel pada tahun 1948.

Selama beberapa bulan pada akhir perperangan, Gamal Abdel Nasser dan pasukannya terperangkap dalam kawasan yang dikenal sebagai "Poket Faluja". Ketika perdamaian tercapai, Gamal Abdel Nasir kembali ke Mesir. Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser memimpin Angkatan Bersenjata Mesir dalam rampasan kuasa yang menggulingkan Raja Farouk I.

Pada awal 1954, Gamal Abdul Nasser menangkap dan menahan presiden Mesir ketika itu, Jeneral Muhammad Naguib, dan pada 25 Februari 1954 Gamal Abdul Nasser menjadi Ketua Negara Mesir. Dua tahun kemudian, Gamal Abdul Nasser menjadi calon tunggal dalam pilihan raya presiden dan dilantik menjadi presiden Mesir kedua. Pada masa pemerintahannya, Gamal Abdul Nasser membangkitkan Nasionalisme Arab dan Arabisme, menasionalisasi terusan Suez yang mengakibatkan krisis Suez yang membuat Mesir berhadapan dengan Perancis, Britain dan Israel yang mempunyai kepentingan terhadap terusan itu. Krisis ini berakhir dengan keputusan dunia antarabangsa yang menguntungkan Mesir serta terusan Suez rasmi berada dalam kedaulatan Mesir. Kemudian mengadakan projek infrastruktur besar-besaran di antaranya adalah projek Empangan Aswan dengan bantuan kerajaan Kesatuan Soviet.

Setelah kalah dalam Perang Enam Hari dengan Israel pada tahun 1967, Gamal Abdul Nasser ingin menarik diri dari dunia politik tetapi rakyat Mesir menolaknya. Gamal Abdul Nasser sekali lagi memimpin Mesir dalam Peperangan 1969-1970 (War of Atrition).

Gamal Abdul Nasser meninggal akibat penyakit jantung dua minggu selepas peperangan tamat pada 28 September 1970. Gamal Abdul Nasir digantikan oleh Anwar Sadat sebagai presiden Mesir.dan Anwar Sadat sendiri adalah termasuk aktivis Al-Ikhwan. Namun kemesraan antara Al-Ikhwan dan Nasir serta Sadat akan berakhir, tak lama selepas yang bertama menjadi presiden. Di bawah pemerintahan Jamal Abdul Nasir, Al-Ikhwan mengalami penderitaan kembali. Para pengikutnya dipenjarakan dan beberapa di antaranya malah ada yang digantung. 
Buku-buku dan penerbitan mereka dilarang terbit.Akibat dari keadaan yang kurang menguntungkan itu, beberapa tokoh Al-Ikhwan banyak yang terpaksa lari ke luar negeri. Ada yang ke negara-negara Arab dan lain ke Eropah dan Amerika. Namun di mana pun mereka berada, mereka tidak melupakan perjuangan organisasi dan selalu melakukan kegiatan-kegiatan sesuai dengan keadaan yang ada.

Dari situ, walaupun di dalam negeri (Mesir) Al-Ikhwan banyak mengalami halangan, gagasan Al-Ikhwan tetap berkembang. Selain itu banyak di kalangan idiolog-idiolog Al-Ikhwan yang berbakat menulis dalam pelbagai bidang. Misalnya Audah, Syed Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad Al-Ghazali, Abdullah As-Samman, As-Sibai, Mushthafa Ramadan, Fathi Yakan dan lain-lain.

Kemudian muncul dialog generasi kedua yang lebih berbentuk akademik sebanding dengan Al-Qardhawi, Isa Abduh, Al-Jerisyi, At-Turabi, Asy-Syalabi dan seterusnya. Karya-karya mereka banyak yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa asing, termasuk bahasa Malaysia. Dengan demikian, Al-Ikhwan telah memberikan sahamnya untuk sebuah pemahaman Islam pergerakan di seluruh dunia.

Di beberapa negara Arab pada masa ini, seperti Sudan, Jordan, dan Palestin, kegiatan politik Islam Al-Ikhwan nampak menonjol. Di Sudan, berkat jasa Dr Hasan At-Turabi, idiologi terkenal Al-Ikhwan, beberapa program Islamisasi telah dapat dilaksanakan dalam negara, sekalipun mendapat tekanan yang berat dari negara-negara Barat, dan bahkan Mesir sendiri sebagai negara jiran dan tanah kelahiran Al-Banna.

Di Jordan beberapa wakil Al-Ikhwan dapat duduk dalam parlimen dan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan. Di Palestin, di balik gerakan Al-Hamas yang mencabar negara sekular yang ingin ditubuhkan oleh Arafat juga dikhabarkan berdiri aktivis-aktivis Al-Ikhwan.

Hayat Ikhwan Al-Muslimin sebenarnya tidak lain dari sebuah organisasi pergerakan Islam yang berusaha menerapkan cara-cara hidup yang Islamik, terutama kehidupan sosial-politik, melalui sebuah program yang selalu disemak dari masa ke masa. Kerana dominasi budaya sekular yang begitu besar di dunia Islam, termasuk sekularisasi dalam pemerintahan, organisasi ini sering berada dalam konflik dengan kekuatan-kekuatan sekular yang ada dalam masyarakat. Teologi mereka yang tidak memisahkan antara ijtihad dan jihad, agama dan politik, membuat nama mereka sering dihubungkan kepada aksi politik dan tindak kekerasan, baik secara sah atau tidak.

Sumber halimislam.com

Wednesday, October 3, 2012

Misi Kemanusiaan Kasih Sayang Sulu

Pernah suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari keturunan Rasulullah saw juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya. Bahkan mereka di tanam dengan ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka  hidup aman damai dengan kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama SULU DARUL ISLAMKini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif , tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik , rumah yang usang beratapkan rumbia berlantaikan bulu, tiada pendidikan yang sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang sentiasa berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek  kesan peperangan yang panjang.

Harum membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara ini . Mengongsi  rasa  ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta.


Kita memfokuskan dengan  menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih-sayang yang lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.

Kepulauan Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah arab yang dikatakan dari keturunan Rasulullah saw. Mereka inilah yang telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan persaudaraan dalam Islam.

Dengan semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW ----Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) tampil mengambil inisiatif merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan wang  kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat cuma memenatkan ,dan kami melihat sendiri kedamaian SULU dan kemeleratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.

Berikut dilampirkan suasana sebenar rakyat SULU yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan dunia;


Kehidupan kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan , pendidikan, dan usaha mengembalikan zaman kanak-kanak  mereka yang gembira. 
Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan , di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang 




Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.

Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.


Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.



Pemandangan laut lepas dan aktiviti  laut masyarakat Sulu.



Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah 

Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.
Si Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan  berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat semakin lemah, beliau berdoa berharap  agar dapat menatap wajah dan melepaskan kerinduan kepada  anak yang disayangi . Kesan peperangan yang panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah-pisah.






Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu.

Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian , namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah mendapat gaji yang setimpal.
Dua gambar diatas ini menunjukkan bagaimana  daifnya sekolah umat ISLAM di SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.




Anak kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia. Kebanyakan  rumah masyarakat di SULU hanya berdinding kan buluh, beratapkan jeramai, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini 
Masjid ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk  menampung kos pembinaannya bagi kegunaan Umat Islam disana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat Rakyat Kepulauan Sulau yang kuat tauhidnya kepada ALLAH swt



Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu


Kepulauan SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni  keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.







Ahli keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negetif oleh media antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya menggamit isi hati kami.


Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga
Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG   mewakili Rakyat Malaysia diraikan dengan penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka


Beginilah keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU , tiada bilik..inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an


Seorang anak muda SULU terpaksa menanti air untuk  kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa  dicatu disana.



Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas


Gambar anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.










Pengangkutan utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa  menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU .




Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu digembirakan . Masyarakat Sulu  mempunyai wajah orang Melayu.--Wajah Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan Kepada Allah.








Persis stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM SULU.


Pemandangan Indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari beratus-ratus gugusan pulau di  Kepulauan Sulu


 Kepulauan Sulu mempunyai  "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya 


Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU
 
Sumber harum2012 blogspot