Monday, June 4, 2012

Foto-Foto Bandaraya Pesisir Air Kuala Terengganu

i- CITY TERENGGANU
i- CITY TERENGGANU

KEINDAHAN MALAM DI KUALA TERENGGANU


RUMAH KEDAI PAYA KELADI
 BANDARAYA KUALA TERENGGANU

TERMINAL LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU

DEKAT STADIUM GANU

PAGI DI KUALA TERENGGANU

MALAM DI KUALA TERENGGANU
BATU BURUK

TOK JEMBAL


SEBERANG TAKIR

MALAM DI DATARAN SHAHBANDAR KUALA TERENGGAN

TAMAN AWAM BATU BURUK

JETI PENAMBANG


TERLETAK DI BUKIT BESAR K.T.

PAGI DI JAMBATAN SULTAN MAHMUD, K.T.


SEDANG DALAM PEMBINAAN

ISTANA MAZIAH


BUKIT PUTERI

MALAM DI KUALA TERENGGANU

SUASANA MALAM DI KUALA TERENGGANU


KAMPUNG CINA

SEKITAR BANDAR KUALA TERENGGANU

BAZAR WARISAN

MUZIUM TERENGGANU


BULATAN LADANG K.T.


SHAH BANDAR
PASAR PAYANG

Sumber daripada kami anak TERENGGANU  



DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 



Salam Kepada Pembaca,

Penulis telah perbetulkan semua image-image doa supaya penuntut-penuntut dapat membaca dengan baik kerana minggu ini sekarang adalah peperiksaan pertengahan tahun. Semuga dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan ini.
1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)


(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"

3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".
4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 

(Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.


Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.
Wasallam.

Sumber mengejar cahaya

Sunday, June 3, 2012

DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK-ANAK.



ANAK itu adalah amanah ALLAH SWT. Sebagai ibubapa hendaklah kita senantiasa berdoa supaya mereka selamat di muka bumi Allah SWT ini dari perkara-perkara yang tidak diingini. ALLAH SWT mengamanahkan kita mengasuh, menjaga dan mendidik dengan sebaik-baiknya supaya mereka membesar menjadi hamba-Nya yang soleh dan khalifah-Nya yang berbakti di muka bumi. Amalkan selalu doa ini setiap kali selepas solat supaya Allah SWT memelihara mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Maksudnya:

Adalah Rasulullah berdo'a untuk perlindungan Hasan dan Husain, beliau berkata: “Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari setan, binatang yang berbisa dan 'ain yang menimpanya" . (162. HR. Bukhari, 4/119).

sumber mengejar cahaya

Saturday, June 2, 2012

Foto-Foto Himpunan Hijau Di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah

Sumber KedahLanie


 






 


 



 




 

 










 





 



DOA RAWATAN MATA RABUN JAUH ATAU DEKAT





Salam Kepada Pembaca,

N3 kali ini berkaitan rawatan untuk mata yang rabun jauh atau dekat. Kepada mereka yang mengidap kencing manis yang tinggi. mata juga boleh terjejas. Yang memakai kanta sentuh serta cermin mata dan yang mengambil ubat yang dosnya tinggi boleh mengakibatkan mata menjadi rabun. Penglihatan objek kelihatan kelabu dan mata berpinau terutama yang mengadap komputer untuk jangkamasa yang lama.
Untuk pengalaman captain pada hari Isnin dan rabu yang lepas semasa berada di klinik Mata, Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan pesakit adalah warga emas yang terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam lamanya. Captain membawa anak ke klinik mata tersebut kerana untuk pemeriksaan mata. Untuk mendapatkan pemeriksaan mata di klinik kerajaan sangatlah mencabar kerana terpaksa menunggu lama kerana setiap pemeriksaan untuk seorang pesakit sahaja memakan masa sehingga 30 minit. Bayangkan jika anda giliran yang ke 20?? Jika anda komplen lambat serta sudah lama menunggu kepada "Staff Nurse" yang bertugas. Inilah jawapan mereka "NAK CEPAT PERGILAH KLINIK SWASTA".  

InsyaAllah, Setiap penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Qaf, ayat 22.

Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Wasallam.

sumber mengejar cahaya

Friday, June 1, 2012

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA DOA MUSTAJAB


Setiap insan ingin hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Namun kita harus sedar bahawa sesebuah keluarga itu bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. 

Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. 

Di sini, captain ingin berkongsi beberapa doa-doa kebahagiaan untuk kita sama-sama manfaatkan.

Ada seorang pembaca wanita telah bertanya tentang doa mana yang sesuai diamalkan. Amalkanlah doa yang ke-2 dan yang ke-3. Semuga mendapat kebahagiaan yang dicari melalui doa-doa ini. InsyaAllah.

Doa 1.


Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 74)

Doa 2.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yang Engkau redai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu. dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". (Al-Ahqaf:15)

Doa 3.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku!, Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim:40).

Wasallam.

Sumber mengejar cahaya