"Soal Sabah dalam Malaysia tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa.
"Jangan sesiapa memandang iltizam Malaysia bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara.
"Kita akan pertahankan prinsip (Sabah di bawah Malaysia) dan hakikat ini secara mutlak," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat di Felda Sahabat 16, Felda Sahabat, dekat Lahad Datu hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.
"Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia.. bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia," katanya.
Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.
Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Beliau berkata pungutan suara itu dibuat dengan cara demokratik dan atas faktor itu tiada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perkara itu.
Justeru Sabah akan terus kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya, katanya.
- Bernama
Sumber malaysiakini
No comments:
Post a Comment