Thursday, March 14, 2013

Jumlah kenaikan bonus dan dividen tabung haji 2012


 jumlah kenaikan bonus dan dividen tabung haji 2012
Lembaga Tabung Haji pada Khamis ( 7 Februari 2013) mengumumkan bonus Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012
Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta.
Inilah hadiah ulang tahun terbaik daripada Tabung Haji bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di Tabung Haji,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan bonus Jubli Emas itu
Sementara itu, para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Jubli Emas melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai 10 Februari ini

No comments:

Post a Comment