dikemaskini Ahli
parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan semakan
kehakiman untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi yang didakwanya
meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.
Beliau memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan turut menamakan empat pihak sebagai responden – Ketua Pendaftar Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SPR , Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.
Perkara tersebut diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.
Permohonan semakan kehakiman itu difail oleh Nurul Izzah bersama dengan seorang penduduk Bangsar, Kadir Sultan Abd Majid. Kadir dan peguam Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah, turut hadir di sidang akhbar tersebut.
Dalam dokumen semakan kehakimannya, Nurul Izzah mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama tersebut dalam Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.
Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.
"Melalui surat bertarikh 6 Mac 2013 dari responden pertama kepada peguamcara pemohon-pemohon, Responden Pertama telah menyatakan bahawa mereka mengambil maklum dan sedang meneliti perkara dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon-pemohon yang masing-masing bertarikh 4 Mac.
"Namun demikian, responden pertama masih telah gagal, enggan dan/atau abai untuk melaksana kuasanya untuk pada bila-bila masa membatalkan atau memotong nama-nama dalam senarai yang dilampirkan dalam surat peguamcara pemohon masing-masing bertarikh 4 Mac," dokumen itu dipetik.
Alasan lain permohonan semakan kehakiman itu dibuat antaranya ketua pendaftar pilihan raya SPR dan SPR sendiri mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan dan mengemaskini Rang-rang daftar pemilih di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
"Pemohon-pemohon mempunyai "legitimate expectation" bahawa Rang Daftar-Rang Daftar pemilih akan dibersihkan dan dikemaskinikan oleh responden pertama dan/atau kedua.
"Kegagalan, keabaian dan/atau keengganan responden pertama untuk membatal nama-nama yang terkandung dalam semua senarai tersebut atau apa-apa bahagian daripadanya telah dan akan menjejaskan pemohon-pemohon untuk pilihan raya yang bersih dan adil," dokumen itu dipetik.
Menurut dokumen itu lagi, pengesahan dan pengemaskinian semua alamat boleh dibuat secara efisien dan bukanlah tidak praktikal kerana responden mempunyai satu "Agency Link-up System" (ALIS) yantg dibangunkan untuk berkongsi maklumat dengan satu sama lain dengan senang.
Dokumen itu juga menjelaskan responden pertama dan kedua mempunyai tanggungjawab di bawah artikel 8 dan 119 Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 5 Akta Pilihan Raya 1958 untuk memastikan Rang Daftar Pilihan raya dikemaskini dan bebas daripada kejanggalan, atau nama yang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya.
"Hak-hak pemohon untuk suatu pilihan raya yang bersih dan adil akan terjejas sekiranya responden pertama masih gagal, enggan dan/atau abai melaksanakan kuasanya menurut peraturan 25(2)(g).
"Peraturan tersebut untuk membatalkan nama-nama yang terkandung dalam semua senarai yang dilampirkan dalam ketiga-tiga surat peguamcara pemohon tersebut," dokumen itu dipetik.
Sumber malaysiakini

No comments:
Post a Comment